Ayah,
Tanggal
dua puluh lima bulan lapan dua ribu lapan,
Tarikh
yang tidak pernah luput dari ingatan anakanda,
Engkau
pergi meninggalkan ibu, kakak, adik dan semua keluarga yang tersayang,
Engkau
pergi untuk menemui Yang Maha Kuasa,
Ayah,
Segala
usaha kerasmu untuk membesarkan kami,
Tidak
pernah mengenal erti penat dan letih,
Keluar
waktu pagi dan balik waktu petang untuk mencari rezaki,
Engkau
datang dengan wajah yang berseri,
Ayah,
Disudut
hati kecilmu merasa resah dan gelisa,
Bagaimana
untuk menanggung biaya,
Namun
tidak pernah engkau meluah,
Demi
mencapai kebahagiaan keluarga,
Ayah,
Setiap
senja anakanda sering menunggu kepulanganmu,
Engkau
datang dengan senyuman dibibirmu,
Terus
menuju ke arah anakandamu,
Memeluk
erat sambil mengusap kepala daku,
Ayah,
Tubuhmu
yang membakar sering terkena matahari,
Membuat
kulitmu hitam terbakar,
Menjadikan
badanmu kurus mencengkam,
Kini
hanya mampu duduk melihat keadaan,
Tanpa
mendengar rintihan jiwamu yang usang,
Ayah,
Anakanda
sudah dewasa,
Jauh
dari keluarga untuk menimba ilmu agama,
Engkau
sudah tidak bermaya,
Sering
kali menyapu mengelap air mata,
Ayah,
Kini
engkau sudah tiada,
Engkau
pergi selama-lamanya,
Tanpa
sempat melihat anakanda berjaya,
Tanpa
sempat merasa hasil dari anakanda,
Ayah,
Hanya
doa mampu anakanda sampaikan,
Berikan
sejahtera dan keselamatan,
Segala
jasamu tetap anakanda kenangkan,
Selagi
nyawa dikandung badan,
Ya
Allah,
Dengarkanlah
rintihan hamba-Mu ini,
Dengan
nama-Mu Yang Maha Suci, Yang Maha Pengampun,
Ampunkanlah
dosa-dosa ayahanda kami,
Semoga
rohnya Engkau rahmati,
Amin
Ya Rabbal ‘Alamin..
Dengarlah wahai teman, hargailah kedua
orang tua dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua selagi mana mereka masih
hidup, kerana apabila mereka sudah menghembuskan nafas terakhir tidak ada
sesiapa yang dapat mengundurkan kembali masa yang telah berlalu. Kepada kita
yang masih bernyawa hanya doa yang mampu disampaikan untuk disedekahkan kepada
mereka yang sudah pergi menghadap Ilahi kerana sesungguhnya kita juga akan
pergi menyusuli mereka yang mendahului.
Semoga kita dapat mempersiapkan
diri dengan sebaik-sebaiknya sehingga dapat bertemu Allah dengan senyuman dan
penuh redha kepada-Nya, Amiin.
Author
siaganantonio.
Assalammualaikum...
pemgorbanan ibu bapa memang tidak dapat dinilaikan dengan kata2 dan wang ringgit .. tak ternilai. Kekadang sedih mengenangkan pengorbanan ibu membesarkan mselim3 menjadi insan berguna..
mselim3
benar tuan...
ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan dosa kedua-dua ibu dan bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kami kecil.. amiin..
semoga ayahandamu ditempatkan disisi mereka yang soleh..Amin.pengorbanan mereka tiada ternilai dengan apa sekali pun,singgah syawal ke sini..
semoga bapa ditempatkan dikalangan org2 beriman
amiin
semoga bapa ditempatkan dikalangan org2 beriman..amiin