Kandungan Khutbah Terakhir
Rasulullah SAW
Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah s.a.w
pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
“Wahai
Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu
dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang
tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai
manusia, Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta
yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu
sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah
bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu
segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai
manusia, Sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga
mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas
kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih
sayang.
Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas
mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak
sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai
manusia, Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah,
Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di bulan Ramadhan dan
tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya
kamu mampu.
Ketahuilah
bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua
adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam
Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, Bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan
sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai
manusia, Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, Nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Quran dan sunnahku.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga
yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari
ku. Saksikanlah Ya Allah! Bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada
hamba-hamba mu.”
Terima kasih..telah add anda sebagai follower
Alhamdulillah.., terima kasih.. :)
terima kasih info yg bermenafaat.
sama. :)