Unknown
Aku mau pulang

Kita selalu membaca al-Quran untuk tenangkan hati, tetapi mengapa hati belum lagi tenang selepas membaca al-Quran..? kerana hati kita masih lagi gelap. Al-Quran itu suci, segelas susu yang dicampurkan dengan setitik dakwat hitam ke dalamnya akan merubah warna susu tersebut, begitu jugalah al-Quran yang suci sekiranya dicampurkan dengan benda yang kotor iaitu hati yang gelap. Bacalah al-Quran sebanyak mana pun sekiranya hati kita masih lagi gelap tidak akan membawa perubahan pada diri kita. Jadi untuk mengubahnya hendaklah kita segera bertaubat untuk bersihkan hati kita. Pintu taubat Allah itu seluas langit dan bumi, betapa kasihnya Allah kepada hambaNya sehinggakan di buka pintu taubat kepada hambanya seluas langit dan bumi, seorang ibu yang sangat menyangi anaknya tujuh puluh kali ganda jika dibandingkan dengan kasih sayang Allah kepada hambanya. Allah tidak hairan hambanya yang berbuat dosa, tetapi mengapa kita tidak bertaubat kepada Allah, sedangkan Allah itu maha penerima taubat.
kita selalu persoalkan mengapa harus begini sedangkan aku sudah bertaubat mengapa masih lagi buat dosa? Kerana hati kita belum lagi bertaubat kepada Allah dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi dosa-dosa kita masa lalu. Bertaubat tidak semestinya solat sunat taubat, tetapi taubat ialah berjanji kepada Allah bahawa kita tidak lagi mengulangi dosa-dosa kita yang lalu, sekiranya kita benar-benar bertaubat, Allah akan ampun dosa kita serta-merta seperti bayi yang baru lahir tidak mempunyai dosa… Allahu rabbi..
Ingatlah, sentiasalah kita mengenang dosa-dosa kita masa lalu agar lahir dalam hati supaya tidak mengulanginya semula, orang yang baik adalah sentiasa ingat dosa-dosanya masa lalu bukanya ingat kebaikannya masa lalu. Masih belum terlambat untuk bertaubat selagi nyawa belum sampai di halqum.
Kalau nak  mengadu, mengadulah pada Allah, luahkan sepuas-puasnya isi hati kita pada Allah, sesungguhnya Allah itu maha mendengar. Berdoalah minta hanya kepada Allah.
Bila hati sudah bersih, barulah kita dapat merasai  kemanisan iman, barulah al-Quran itu masuk ke dalam hati dan membawa perubahan pada diri kita… “mimpi pun hilang, hati pun tenang”.

#byhandsiagan.antonio_cintakhaliq


1 Response
  1. Anonymous Says:

    Allah Maha Pengampun dan pintu taubat sentiasa terbuka luas. Tapi kita masih bertangguh ...


Post a Comment

faith in islam

faith in islam
http://siaganantonio.blogspot.com. Powered by Blogger.