Unknown


Ayah,
Tanggal dua puluh lima bulan lapan dua ribu lapan,
Tarikh yang tidak pernah luput dari ingatan anakanda,
Engkau pergi meninggalkan ibu, kakak, adik dan semua keluarga yang tersayang,
Engkau pergi untuk menemui Yang Maha Kuasa,

Ayah,
Segala usaha kerasmu untuk membesarkan kami,
Tidak pernah mengenal erti penat dan letih,
Keluar waktu pagi dan balik waktu petang untuk mencari rezaki,
Engkau datang dengan wajah yang berseri,

Ayah,
Disudut hati kecilmu merasa resah dan gelisa,
Bagaimana untuk menanggung biaya,
Namun tidak pernah engkau meluah,
Demi mencapai kebahagiaan keluarga,

Ayah,
Setiap senja anakanda sering menunggu kepulanganmu,
Engkau datang dengan senyuman dibibirmu,
Terus menuju ke arah anakandamu,
Memeluk erat sambil mengusap kepala daku,


Ayah,
Tubuhmu yang membakar sering terkena matahari,
Membuat kulitmu hitam terbakar,
Menjadikan badanmu kurus mencengkam,
Kini hanya mampu duduk melihat keadaan,
Tanpa mendengar rintihan jiwamu yang usang,

Ayah,
Anakanda sudah dewasa,
Jauh dari keluarga untuk menimba ilmu agama,
Engkau sudah tidak bermaya,
Sering kali menyapu mengelap air mata,

Ayah,
Kini engkau sudah tiada,
Engkau pergi selama-lamanya,
Tanpa sempat melihat anakanda berjaya,
Tanpa sempat merasa hasil dari anakanda,

Ayah,
Hanya doa mampu anakanda sampaikan,
Berikan sejahtera dan keselamatan,
Segala jasamu tetap anakanda kenangkan,
Selagi nyawa dikandung badan,

Ya Allah,
Dengarkanlah rintihan hamba-Mu ini,
Dengan nama-Mu Yang Maha Suci, Yang Maha Pengampun,
Ampunkanlah dosa-dosa ayahanda kami,
Semoga rohnya Engkau rahmati,
Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

Dengarlah wahai teman, hargailah kedua orang tua dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua selagi mana mereka masih hidup, kerana apabila mereka sudah menghembuskan nafas terakhir tidak ada sesiapa yang dapat mengundurkan kembali masa yang telah berlalu. Kepada kita yang masih bernyawa hanya doa yang mampu disampaikan untuk disedekahkan kepada mereka yang sudah pergi menghadap Ilahi kerana sesungguhnya kita juga akan pergi menyusuli mereka yang mendahului.

Semoga kita dapat mempersiapkan diri dengan sebaik-sebaiknya sehingga dapat bertemu Allah dengan senyuman dan penuh redha kepada-Nya, Amiin.


Author siaganantonio.
7 Responses
  1. mselim3 Says:

    Assalammualaikum...

    pemgorbanan ibu bapa memang tidak dapat dinilaikan dengan kata2 dan wang ringgit .. tak ternilai. Kekadang sedih mengenangkan pengorbanan ibu membesarkan mselim3 menjadi insan berguna..

    mselim3


  2. Unknown Says:

    benar tuan...


  3. Pha Is Says:

    ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan dosa kedua-dua ibu dan bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kami kecil.. amiin..


  4. Ana Jingga Says:

    semoga ayahandamu ditempatkan disisi mereka yang soleh..Amin.pengorbanan mereka tiada ternilai dengan apa sekali pun,singgah syawal ke sini..


  5. Anonymous Says:

    semoga bapa ditempatkan dikalangan org2 beriman



  6. Unknown Says:

    semoga bapa ditempatkan dikalangan org2 beriman..amiin


Post a Comment

faith in islam

faith in islam
http://siaganantonio.blogspot.com. Powered by Blogger.