Unknown
BAB LIMA
PENUTUP

5.1       PENGENALAN
            Setelah menjelaskan secara terperinci mengenai tajuk kajian yang dijalankan beserta dengan perbahasan-perbahasan mengenainya maka jelaslah bahawa peranan remaja dalam mengembangkan dakwah begitu penting dalam menyebarkan agama Allah SWT dan menyampaikan kalimah thayyibah[1] terhadap umat Islam dengan dalil-dalil dan fakta-fakta yang telah dikemukakan oleh penulis.
            Seterusnya dalam bab ini, penulis akan membuat rumusan hasil kajian di samping memberi cadangan-cadangan membina yang dirasakan perlu untuk kepentingan bersama dan boleh diadaptasikan di dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Semoga kajian ini diberkati oleh Allah SWT dan diharapkan dapat memberi manfaat oleh segenap lapisan masyarakat yang ingin menceburi dan mendalami ilmu dakwah.

5.2       KESIMPULAN
            Setelah bertungkus-lumus dalam menyiapkan penulisan ini, maka disini penulis dapat membahagikan kepada dua kesimpulan iaitu kesimpulan umum dan kesimpulan khusus. Kesimpulan umum ialah satu kesimpulan secara umum kepada golongan remaja dalam mengembangkan dakwah, manakala kesimpulan khusus pula penulis akan membuat satu kesimpulan yang hanya tertumpu kepada golongan pelajar IKMAS sahaja melalui hasil daripada analisis dapatan kajian yang dibuat.

        i.            Kesimpulan Umum
            Peranan remaja dalam mengembangakan dakwah memberi fokus utama kepada golongan muda pada masa kini yang akan menghadapi dan berdepan dengan masyarakat yang kini semakin terdedah dengan gejalah-gejalah sosial yang semakin hangat di media-media massa. Keperluan kepada peranan remaja dalam mengembangkan dakwah adalah sangat tepat kerana negara maju yang sedang diusahakan ialah maju mengikut acuan Malaysia, iaitu maju bersama moral, spiritual dan material.
            Agama merupakan himpunan sejumlah prinsip dan peraturan yang memerlukan penghayatan. Walaupun agama mempunyai prinsip dan peraturan yang baik dan elok, ia tidak akan bermakna dan mendatangkan manfaat sekiranya ia tidak dihayati dan diamalkan. Oleh itu agama akan berperanan sekiranya ada orang yang mengamalkannya.[2]
            Agama Islam telah menentukan hala tuju yang perlu dimainkan oleh individu dan masyarakat agar dapat membentuk insan yang seimbang di dalam aspek-aspek jasmani, rohani dan intelek.[3]
            Jasmani, rohani dan intelek adalah suatu kegiatan dan kemahiran yang amat digalakkan dalam Islam. Jasmani, rohani dan intelek menjadikan manusia berfikir, dari berfikir menjadikan manusia itu tahu, dari tahu menghasilkan pengetahuan, dari pengetahuan datangnya maklumat dan dari maklumat terbinanya ilmu. Al-Quran memberi tumpuan tentang kepentingan kelompok Ulu al-Albab, iaitu orang-orang yang tajam dan kreatif pemikirannya.
            Golongan Ulu al-Albab ini ialah orang-orang yang mempunyai kekuatan berfikir, berilmu dan beramal. Bukan sahaja mereka mengkaji ayat-ayat Allah SWT yang tersergam indah di kelilingnya dengan segala hikmah dan rahsia di sebaliknya tetapi hasil pemikiran dan kajian yang dilakukan mendekatkan mereka dengan kebesaran dan keagungan Allah SWT.
            Tetapi sehebat mana kita berfikir, akal manusia adalah terbatas. Akal manusia tidaklah segala-gala. Akal manusia memerlukan petunjuk dan pedoman. Di sinilah datangnya hikmah daripada Allah SWT supaya manusia dipandu untuk bijaksana memilih yang mana buruk dan yang mana baik, yang mana hak dan yang mana batil dan yang mana benar dan yang mana salah.
            Oleh itu, kemahiran berfikir itu adalah suatu yang amat asasi bagi manusia untuk membolehkannya tahu dan berpengetahuan. Tetapi ilmu yang diperoleh memerlukan penyuluh bagi menerangi jalan hidup. Hikmahlah yang menjadi penyuluh yang terpenting bagi jalan berfikir manusia supaya ianya memiliki arah. Tanpa hikmah manusia hilang kebijaksanaan kerana kebijaksanaanlah yang membawa manusia kepada ketepatan, keadilan dan juga fitrah. Oleh itu, Islam melarang dan menegah umat Islam daripada meminum arak, dadah dan sebagainya kerana agama Islam adalah agama yang sangat menjaga kepada penganutnya supaya menjaga akal fikiran dengan sebaik-baiknya
            Islam adalah agama dakwah. Dakwah bererti menyeru dan mengajak orang supaya mengamalkan kebaikan dan petunjuk, menyuruh makruf dan mencegah mungkar. Setiap muslim menjadi kewajipan untuk menjalankan dakwah mengikut kemampuan masing-masing. Oleh itu apabila menjadi muslim, secara automatik menjadi pendakwah[4].
            “kamu adalah sebaik-baik ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”[5]. Ayat ini memberikan gambaran tentang kedudukan yang tinggi dan mulia bagi orang yang berdakwah terutamanya kepada golongan muda (remaja) kerana golongan mudalah dari segi adatnya mempunyai kesempatan yang lebih banyak untuk menyampaikan amal makruf dan nahi mungkar berbanding golongan tua.
            Semoga hasrat untuk melahirkan generasi muda yang berperanan dalam mengembangkan dakwah dapat di pupuk dan dididik dengan baik melalui aspek akidah, syariah dan akhlak dan akan dapat mewarnai tamadun Islam dan memahat sejarah yang baik dalam menuju kecemerlangan. Pelbagai strategi telah difikirkan dan diwar-warkan bagi memperkukuhkan peranan remaja dalam mengembangkan dakwah di Malaysia mengikut acuan yang telah digariskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dengan harapan terlaksananya peranan remaja seterusnya melahirkan generasi muda yang bakal menerajui negara bangsa yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Bak kata pepatah, “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”.

      ii.            Kesimpulan Khusus
            Berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas pelajar-pelajar Intitut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak telah didapati beberapa kekurangan serta kelemahan dalam beberapa aspek yang tertentu. Aspek pertama yang dapat dikesan ialah waktu kajian yang singkat dimana ianya menghimpit ruang serta peluang untuk menyelidik dengan lebih terperinci mengenai kehidupan pelajar IKMAS. Seharusnya, tempoh kajian mestilah dipanjangkan agar, pengkaji dapat mendalami nilai-nilai serta aspek-aspek lain yang perlu diketahui agar kajian akan lebih komprehensif dan menyeluruh.
            Daripada hasil kajian yang dibuat kepada pelajar-pelajar Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak kebanyakan pelajar-pelajar tersebut dapat memberi kerjasama dalam mengisi boring soal selidik dan memberi sokongan dan cadangan yang bernas dalam mengisi boring soal selidik, justeru itu tahap pengetahuan pelajar Institut Kemaniran Islam Malaysia Sarawak agak memuaskan dimana mereka agak faham konsep-konsep dakwah menurut Islam dan mengetahui serba sedikit mengenai peranan golongan pelajar dan remaja dalam mengembangkan dakwah. Disamping itu juga, penglibatan dalam program amali dakwah mendapat sambutan dan kerjasama dalam program tersebut sangat memberangsangkan. Mereka juga mempunyai rasa tanggungjawab mengenai peranan remaja dalam mengembangakan dakwah.
            Golongan remaja adalah sangat penting dimana golongan inilah yang akan membangunkan sesebuah negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian, pihak-pihak yang bertanggungkawab seperti para pendidik hendaklah mengambil berat akan disiplin dan masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar atau remaja bagi memastikan masalah pelajar atau remaja tersebut dapat diatasi dengan baik dan memberi kaunseling supaya golongan remaja tersebut dapat mengetahui betapa pentingnya peranan bagi seseorang remaja dalam mengembangkan dakwah.
            Dengan adanya  kaunseling yang diberi kepada remaja tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah disiplin mahupun masalah akademik yang dihadapi oleh remaja dan pelajar tersebut. Di samping itu juga, golongan tua atau ibu bapa hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada anak mereka bagi memastikan  masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dan memberi sokongan kepada mereka supaya mereka tidak terlibat dengan masalah-masalah sosial yang akan menjerumus mereka daripada kebinasaan.
            Akhirnya, penulis berharap agar perkongsian ilmu yang sedikit ini mampu memberi keinsafan dan kesedaran di hati setiap pembacanya terutamanya kepada umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam sebenar dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menjerumuskan diri umat Islam ke kancah kehinaan. Semoga umat Islam yang ada pada era globalisasi ini mampu bersaing di persada dunia setanding dengan negara maju yang lain dengan menonjolkan peribadi muslim yang sebenar di mata dunia. Semoga apa yang kita harapkan ini mampu kita capai bagi menjamin kemaslahatan ummah seluruhnya.

5.3       SARANAN DAN CADANGAN
            Daripada hasil kajian yang telah penulis lakukan akhirnya penulis akan mengemukakan beberapa cadangan untuk mempertingkatkan lagi hasil kajian ini. Di mana dengan adanya cadangan ini, maka usaha untuk menghasilkan kajian tersebut akan lebih terkenal dan mudah difahami oleh masyarakat khususnya kepada golongan remaja yang minat dan aktif dalam mengembangkan dakwah apatah lagi mereka yang tidak suka kepada gerakan golongan muda dalam  menyampaikan dakwah. Antara cadangan penulis ialah :

            5.3.1    Meningkatkan Keberkesanan Kepada Golongan-Golongan Tertentu

                                i.            Remaja
a.       Golongan remaja pada masa kini hendaklah sentiasa berwaspada dalam melakukan apa sahaja perkerjaan dan perbuatan kerana hal ini akan memberi banyak kesan yang sangat mendalam kepada golongan yang akan datang, oleh yang demikian remaja hendaklah memantapkan ilmu-ilmu agama di dalam diri agar tidak mudah terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang melanda negara kita disebabkan budaya barat yang datang dari luar melalui media-media massa seperti hiburan, internet, game dan sebagainya sangat berleluasa.
b.      Remaja masa kini hendaklah berfikir dan membuka minda bahawa masyarakat pada masa kini amat memerlukan didikan agama dan tidak lain hanya remajalah salah satunya aset yang sangat penting bagi mengembangkan dakwah kepada masyarakat tersebut dan usaha-usaha dakwah ini perlu ada dalam diri setiap remaja bagi memperjuangkan usaha yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebagaimana pada zaman Rasulullah SAW.

                              ii.            Pelajar-pelajar IKMAS
a.       Dalam mengembangkan dakwah khususnya kepada pelajar IKMAS adalah salah satu usaha yang sangat penting untuk memastikan usaha dakwah ini akan berterusan kepada pelajar-pelajar yang akan datang
b.      Pelajar-pelajar juga hendaklah memberanikan diri dalam menyampaikan dakwah kepada golongan remaja yang lain bagi mempraktikkan ilmu yang dipelajari semasa dalam pembelajaran seperti menyampaikan ceramah-ceramah atau tazkirah-tazkirah di dalam atau di luar IKMAS
c.       Pelajar-pelajar juga hendakalah sentiasa bertanya atau berjumpa dengan mana-mana pensyarah untuk berbincang mengenai masalah-masalah yang dihadapi untuk mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada mereka yang arif tentang masalah tersebut.

                            iii.            Kerajaan
a.       Perundangan Islam mestilah dijalankan kerana apabila tidak dilaksanakan maka perintah agama dan larangan agama akan dipandang remeh. Justeru, pemerintah Malaysia perlu bertanggungjawab untuk menyediakan suasana agama di dalam negara. Untuk menyediakan suasana agama pula, tidak cukup sekadar mengislamkan institusi-institusi yang ada di Malaysia. Perundangan Islam itu sendiri mestilah dikuatkuasakan. Apabila perundangan Islam dikuatkuasakan, maka tugas dakwah akan berkembang dengan lebih pesat.
b.      Jangan menghalang aktiviti yang di lakukan oleh golongan muda dalam menyampaikan dakwah. Apa yang kita lihat masyarakat masa kini ramai yang tidak suka dengan gerakan golongan muda ini, sehingga mereka menghukumnya luar daripada kebenaran. Mereka yang mencelanya lebih suka memandang kepada perkara-perkara yang negatif berbanding positif.

                            iv.            Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak IKMAS
a.       Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memberi ceramah atau tazkirah sebagai pengisian pada waktu selepas magrib dan sebagainya.
b.      Program amali dakwah juga adalah memainkan peranan penting kepada golongan pelajar untuk berhadapan dengan masyarakat di luar dan berpeluang untuk mempraktik dan mencari pengalaman dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat seterusnya dapat mengembangkan sedikit sebanyak ilmu yang di pelajari. Penulis berharap agar program amali dakwah di IKMAS akan berterusan. Penulis yakin banyak manfaat yang akan diperolehi oleh pelajar-pelajar apatah lagi yang tahu dalam bidang agama ini, maka ini lebih di utamakan. Dengan hasil mengikuti program amali dakwah ini, penulis yakin akan ramai pelajar-pelajar IKMAS akan mahir dalam berdakwah kepada masyarakat dan ilmu yang dipelajari di sini dapat di sumbangkan kepada masyarakat khususnya kepada mereka yang terlalu dahagakan ilmu agama.

                              v.            Jabatan Agama Islam Sarawak JAIS
a.       Para belia adalah bakal memegang tampuk pemerintahan negara seterusnya mencorakkannya menjadi sebuah negara islam yang unggul.[6] Hal ini hendaklah diambil berat oleh mana-mana jabatan agama di dalam negara kita ini untuk lebih memberi penekanan imu agama kepada masyarakat setempat.
b.      Jabatan-jabatan agama juga hendaklah sentiasa memerhatikan golongan-golongan muda yang terlibat dengan gejala sosial seperti budaya lepak, hiburan dan sebagainya untuk menangani masalah-masalah sosial seperti ini.
c.       Jabatan-jabatan ini juga hendaklah menunjukkan dan membuktikan rasa tanggungjawab mereka untuk membentuk dan membimbing generasi muda. Misi dan visi sebagai pendakwah dan pendidik hendaklah jelas. Generasi muda adalah orang yang memerlukan bimbingan dan pendidikan. Mereka hendaklah berusaha sedapat yang mampu untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan dengan sebaik mungkin.[7]

5.3.2    Meningkatkan Keberkesanan Program Amali Dakwah
            Kesedaran sivik mengenai kepentingan dakwah oleh golongan remaja dan pelajar di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding warga lain seperti di negara Mesir, Jordan, Afghanistan dan lain-lain. Golongan remaja dan pelajar di Malaysia Khususnya di IKMAS mengambil mudah tanpa memikirkan kesannya yang akan berlaku kepada generasi yang akan datang. Oleh yang demikian, program-program berikut merupakan cadangan-cadangan yang boleh diambil adalah seperti berikut:

                                i.            Penyediaan system latihan yang lengkap yang tetap kepada kakitangan yang terlibat dalam pengurusan amali dakwah
a.       System latihan yang kekal ini dapat menguatkan kompenen pengurusan amali dakwah dalam program-program latihan.
b.      Ia dapat membaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan amali dakwah melalui mengwujudkan kakitangan utama yang betul-betul mahir dalam kerja tersebut.

                              ii.            Mengukuhkan pendidikan dan disiplin
a.       Pengaruh pendidikan awal dari institusi kekeluargaan dan sekolah atau institut pengajian tinggi harus ditekankan secara berperingkat-peringkat.
b.      Disiplin pula harus dilaksanakan secara berterusan dalam menangani cara amali dakwah yang betul.

                            iii.            Memperbaiki pengurusan pengangkutan
a.       Pengurusan kenderaan yang baik dan elok adalah bagi memudahkan pengangkutan awal amali dakwah dari IKMAS ke lokasi atau tempat program amali dakwah. Ini adalah salah satu cirri-ciri kemudahan dan menjimatkan masa.

                            iv.            Peningkatan ilmu dan teknologi dalam amali dakwah
a.       Kerajaan negeri seharusnya menambahkan lagi bidang pengajian yang berasaskan ilmu agama, terutamanya di institusi peringkat tinggi supaya ia lebih banyak pakar-pakar dalam bidang ini dihasilkan.
b.      Kehadiran pakar-pakar yang lebih banyak, nescaya teknologi dakwah islamiah ini dapat ditingkatkan dan seterusnya mencapai kejayaan dalam mengembangkan daulah Islamiah.

                              v.            Peningkatan kesedaran golongan remaja dan pelajar
a.       Meningkatkan kesedaran golongan remaja atau pelajar, kempen-kempen bertemakan dakwah Islamiah melalui ceramah, forum, perbincangan, seminar yang diberikan boleh membantu.
b.      Disamping itu, media-media yang bebentuk elektronik atau percetakan juga boleh mengambil peranan dalam mendidik golongan remaja dan pelajar di negara kita terhadap kepentingan peranan remaja dalam mengembangkan dakwah.

5.4       PENUTUP
            Peranan remaja dalam mengembangkan dakwah merupankan ilmu yang penting dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Tanpanya adalah mustahil umat Islam dapat mengetahui dan mengamalkan segala suruhan Allah SWT secara sahih dan betul seperti mana yang dikehendaki oleh-Nya.
            Perkara yang perlu diberi perhatian sepenuhnya dalam bidang dakwah ini adalah mengenai akidah, syariah dan akhlak seperti mana yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Perkara ini sekiranya tidak diambil berat dengan segera maka ianya mendatangkan ancaman dan bahaya yang serius terhadap akidah, syariah dan akhlak umat Islam.
            Semoga dengan kajian ini diberkati oleh Allah SWT dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada individu yang ingin menceburi dan mendalami ilmu dakwah.
            Sebarang teguran dan komen terhadap apa jua kesilapan amatlah penulis harapkan. Semoga dengan penulisan ilmiah ini dapat memberi cetusan minat kepada pengkaji-pengkaji dalam kajian yang akan datang untuk mengkaji bidang yang berkaitan dengan dakwah secara mendalam dan meluaskan lagi skop perbincangannya.





[1] Kalimah laa ilaaha illa Allah
[2] Laman Web, Ryan Koko, http://ryan-koko.blogspot.com/2012/05/peranan-pendidikan-agama-islam-dalam.html,  28 Januari 2014
[3] Ibid.
[4] Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh Wan Roslili Abdul Majid (2001), Belia Dan         Masyarakat, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, h.29
[5] Surah Ali Imran (3): 110
[7] Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh Wan Roslili Abdul Majid (2001), op.cit., h.33.
1 Response
  1. Unknown Says:

    alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian. sedikit sebanyak dpt membantu saya dalam menyiapkan tesis.


Post a Comment

faith in islam

faith in islam
http://siaganantonio.blogspot.com. Powered by Blogger.