Unknown
BAB TIGA
LATAR BELAKANG INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK IKMAS

3.1       PENGENALAN
            Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak IKMAS telah dirasmikan pada tahun 2001 dengan keluasan 70 hektar dan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sarawak JAKIM dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak. berdirinya IKMAS ini dengan belanja sebanyak 13.8 juta di bawah peruntukan pembangunan JAKIM. Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak IKMAS terletak berhampiran dengan jalan matang, salah satunya tempat yang menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara yang datang berkunjung ke Kuching Sarawak.[1]
            Pada 12 September 2001, Kompleks ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak. Kos pembinaan kompleks ini adalah sebanyak RM13 juta di bawah peruntukan pembangunan JAKIM. Institut ini kemudiannya dikenali sebagai Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS). Ia merupakan sebuah institusi Pengajian Tinggi yang melatih pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dalam bidang Pengajian Islam di peringkat Diploma dan Kemahiran di peringkat Sijil serta Sijil Tahfiz Al-Quran,[2]dan kemudian pada tahun 2011 penubuhan dalam bidang pengajian peringkat Diploma Tahfiz wal Qiraat mula di tubuhkan hasil daripada persetujuan daripada Darul Quran JAKIM atau dikenali sebagai DQ.[3]
            Perbincangan dan pertemuan tersebut telah membuahkan hasil, dengan itu maka tertubuhlah sebuah institusi dakwah di Sarawak iaitu IKMAS atas kesedaran daripada kerajaan Negeri Sarawak bagi menangani permasalahan agama Islam yang sekarang semakin mendapat tamparan dan tentangan yang amat hebat serta drastik dari mubaligh Kristian. Walaupun IKMAS ditubuhkan di Sarawak, tidak bermaksud hanya Sarawak mendapat tentangan anasir ini tetapi Sabah serta seluruh Malaysia turut menjadi sasaran anasir tersebut.Oleh itu, dengan adanya kesedaran dari kerajaan Sarawak tersebut, satu pertemuan tidak rasmi telah diadakan oleh Menteri Agama Negara-Negara MABIMS (Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura) pada 4 Ogos 1994 yang bertempat di Langkawi. Sebuah Institusi Pengajian Islam dalam ilmu dakwah iaitu dakwah iaitu Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah ditubuhkan melalui kata sepakat yang telah dicapai dalam perbincangan serta pertemuan tersebut. Pada awalnya dinamakan Madrasah Pesantren Asean sebelum ditukarkan menjadi IKMAS.[4]

3.2       SEJARAH PENUBUHAN
Seperti mana yang kita sedia maklum, penubuhan IKMAS adalah bertujuan melahirkan para ilmuan Islam, para pendakwah dan para pembimbing masyarakat. Pada masa sekarang, di Sarawak khususnya amat kurang golongan yang bijak pandai dalam ilmuan Islam serta pembimbing tentang agama Islam kepada masyarakat. Golongan sebegini amatlah diperlukan dalam sesebuah masyarakat untuk memberi tunjuk ajar ataupun berkongsi ilmu kepada mereka supaya tidak terpedaya dengan ajaran selain ajaran Islam sekaligus menjadi model serta petunjuk kepada masyarakat mengenai cara Islam yang sebenar.
Secara tidak langsung, pelajar-pelajar yang dilahirkan dari penubuhan IKMAS ini dapat membanteras kegiatan diayah Kristian terutamanya di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak untuk menghadapi cabaran-cabaran globalisasi tanpa sempadan yang boleh menjejaskan kedudukan umat Islam di Negara kita khususnya.[5]
            Institusi Kemahiran Islam Malaysia Sarawak ini ditubuhkan hasil keputusan tidak rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) kali ke-5 pada 3 dan 4 Ogos 1994 di Pulau Langkawi, Kedah. Lanjutan daripada pertemuan tersebut Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 September 1994 telah bersetuju menubuhkan sebuan institusi yang diberi nama Pensantren ASEAN yang dipersetujui pembinaan di Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan YAB Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud telah berbesar hati menganugerahkan tanah seluas 30 ekar di Telaga Air untuk pembinaan kompleks tersebut.[6] Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi beberapa bidang tanah iaitu  seluas 76 ekar untuk membina dua buah kompleks iaitu Pusat Latihan Sarawak JAKIM (PLS) dan IKMAS. Kompleks IKMAS diserahkan secara rasmi pada 30 Jun 1998.[7]
Memandangkan kedudukan kampung Telaga Air terlalu jauh dari bandar, maka dengan penubuhan IKMAS dan PLS akan dapat memberi peluang pekerjaan bagi penduduk setempat serta yang berkelayakan. Walaupun pada dasarnya penubuhan IKMAS hanya kawasan pembelajaran tetapi untuk kerja pembersihan, pengindahan kawasan, penyeliaan kantin dan penyeliaan makanan di dewan makan serta pensyarah-pensyarah sementara amatlah memerlukan tenaga luar maka boleh dikatakan juga sebagai kawasan pencarian nafkah kepada warga luar IKMAS.[8]
Mengapa lokasi Kampung Telaga Air menjadi pilihan penubuhan IKMAS? Hal ini kerana kawasan kampung ini berada amat jauh dari bandar dengan kurang gangguan kekecohan orang ramai serta kenderaan yang pesat. Dengan ini, pengajian yang lebih menekankan kepada menghafaz al-Quran maka kawasan kampung ini amat sesuai dengan udara yang segar dan kurang pencemaran serta kehijauan alam yang menenangkan fikiran dan sekaligus memudahkan pemahaman dalam menuntut ilmu dan memudahkan menghafaz.[9]
            Seperti IPTA-IPTA dan IPTS yang lain, IKMAS juga mempunyai falsafah, visi, misi dan objektif nya yang tersendiri bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tanpa semua ini sudah pasti pentadbiran IKMAS tiada matlamat serta arah tuju tertentu, antaranya adalah seperti berikut:

3.2.1    Falsafah
            Membentuk insan beriman yang memahami, merealisasi dan dapat menyebarluaskan semua aspek ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.[10]

3.2.2    Visi
            Menjadi sebuah institusi pengajian yang unggul berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.[11]

3.2.3    Misi
            Menyediakan kemudahan pembelajaran bersepadu yang merangkumi ilmu fardu ‘ain, fardu kifayah dan ilmu kemahiran untuk melahirkan pendakwah yang berketerampilan dan berwibawa.[12]

3.2.4    Objektif
                                  i.            Melahirkan dan menyeiakan pendakwah yang berilmu, beramal, berakhlak mulia, berhikmah serta mampu menghadapi cabaran semasa
                       ii.            Melengkapkan pendakwah dengan pelbagai ilmu kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak semasa.
                            iii.            Melatih pendakwah menjadi pembimbing dan tempat rujukan masyarakat berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Motto yang menjadi tonggak kepada rujukan IKMAS ialah ; “Beriman Berilmu dan Berdakwah”.[13]

3.3       ORGANISASI PENTADBIRAN IKMAS
            IKMAS diketuai oleh seorang pengetua dan terdapat beberapa bahagian telah ditubuhkan di IKMAS iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan yang mengurus bahagian berkenaan kemudahan serta pengurusan dalam IKMAS. Bahagian Akademik dan Peperiksaan serta Bahagian Kemahiran dan Latihan Dai’e pula ialah bahagian yang mengurus program pengajian pelajar serta latihan untuk persediaan seorang dai’e. Manakala bagi bahagian Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni pula, bahagian ini mengurus perkara berkaitan dengan kebajikan pelajar.
            Bahagian Akademik dan Peperiksaan, Bahagian Kemahiran dan Latihan Dai’e Serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, masing-masing mempunyai pembantu bahagian. Di bawah bahagian khidmat pengurusan pula mempunyai pekerja yang dapat menguruskan pengurusan dalam IKMAS seperti pembantu tadbir (kewangan), pembantu am rendah dan pemandu. Pembantu perpustakaan juga berada di bawah bahagian khidmat pengurusan.

            Carta 3.1: Carta organisasi pentadbiran IKMAS 



3.4       KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
            IKMAS menyediakan beberapa kemudahan infrastruktur kepada pelajarnya bagi memastikan sistem pengajian serta pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan mudah. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak IKMAS adalah seperti dewan atau bilik kuliah, makmal komputer, makmal bahasa, asrama dan kemudahan-kemudahan lain. Kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh IKMAS mempunyai kegunaan-kegunaan yang tertentu seperti berikut :

        i.            Perpustakaan mini
            Perpustakaan mini yang disediakan oleh IKMAS ini boleh memuatkan sebanyak 60 orang pelajar pada satu-satu masa. Perpustakaan tersebut telah dibina dengan dua aras, hal ini kerana bagi menampung jumlah pelajar yang ramai supaya tidak terlalu padat dan bising ketika berada di dalam perpustakaan. Pada aras bawah perpustakaan tersebut adalah bahagian penyimpanan buku di mana rak dalam perpustakaan ini memuatkan sebanyak 6000 buah koleksi buku (2000 judul) sebagai rujukan kepada pelajar manakala pada aras atas perpustakaan tersebut pula dijadikan sebagai kawasan para pelajar membaca bahan bacaan ilmiah dan juga disediakan juga sebuah bilik untuk sesi pembelajaran serta bilik mesyuarat.[14]
            Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa pengantar di IKMAS, namun perpustakaan IKMAS tidak hanya menyediakan buku-buku yang berbahasa Melayu malah juga memuatkan buku-buku yang berlainan bahasa bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Di antara peratusan buku mengikut bahasa dalam perpustakaan IKMAS ialah 65% buku dalam bahasa Melayu, 20% buku dalam bahasa Arab, 15% buku dalam bahasa Inggeris. Peruntukan jumlah buku-buku di perpustakaan IKMAS ini akan ditambah dari semasa ke semasa melalui peruntukan tahunan IKMAS.
      ii.            Makmal bahasa
            IKMAS juga mempunyai sebuah makmal bahasa yang dilengkapi dengan alat pandang dengar sebanyak 30 set bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran bahasa.
    iii.            Dewan atau bilik kuliah
            IKMAS mempunyai dua buah dewan kuliah yang boleh memuatkan sebanyak 60 orang pelajar dalam satu kelas pada satu-satu masa. Selain itu, IKMAS menyediakan 40 buah bilik tutorial yang dapat memuatkan 30 orang pelajar setiap bilik.
    iv.            Makmal komputer
            IKMAS juga mempunyai sebuah makmal komputer yang lengkap di dalamnya 30 set komputer bagi memenuhi keperluan ICT pelajar-pelajar. Makmal komputer ini juga digunakan oleh pelajar-pelajar IKMAS untuk menyempurkan kerja atau tugasan serta mencari maklumat mengenai tugasan yang telah diamanahkan oleh pensyarah. Selain itu, kelas kemahiran komputer iaitu KAK 101 dan 201 dijalankan di makmal komputer bagi memudahkan perlaksanaan pembelajaran serta pengajaran.
            Makmal komputer ini hanya dibuka bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang manakala bagi jadual malam, makmal komputer dibuka pada jam 8.30 malam sehingga jam 10.30 malam tetapi pelajar siswa dan siswi perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan untuk menggunakan makmal komputer tersebut. Para pelajar dikehendaki mencatat nama, jam masuk, nombor pc dan jam keluar bagi mengetahui pengguna yang merosakkan kemudahan yang disediakan.
      v.            Asrama
            Pelajar-pelajar yang menuntut di IKMAS telah disediakan dua kemudahan asrama bagi siswi dan siswa oleh pihak IKMAS. Asrama pelajar siswa mempunyai dua blok dua tingkat yang dapat menampung seramai 200 orang pelajar manakala bagi asrama pelajar siswi pula mempunyai dua buah blok 4 tingkat yang boleh memuatkan seramai 150 orang pelajar.
            Dua tingkat asrama pelajar siswa mempunyai pelabagai kemudahan, antaranya ialah empat buah bilik air. Setiap bilik air ini dilengkapi dengan tiga buah tandas, dua buah bilik mandi dan sinki yang panjang. Setiap bilik pelajar di asrama siswa dibekalkan empat buah almari pakaian, dua buah katil dua tingkat serta tilam dan bantal. Kemudahan untuk belajar juga disediakan kepada pelajar dalam setiap bilik seperti sebuah meja dan kerusi untuk setiap orang pelajar. Selain mempunyai bilik untuk pelajar di asrama siswa, asrama siswi juga mempunyai beberapa bilik khas yang disediakan seperti bilik televisyen, bilik gunting rambut, stor peralatan serta stor MPM. Keadaan bilik pelajar amatlah selesa kerana dilengkapi dengan empat buah lampu dan dua kipas angin.
            Blok asrama pelajar siswi pula merupakan dua buah bangunan empat tingkat yang mempunyai 13 buah rumah. Setiap rumah siswi disediakan kemudahan oleh pihak IKMAS seperti terdapat tiga buah bilik, dapur dan sebuah bilik air. Manakala setiap bilik dalam sebuah rumah terdapat dua buah almari pakaian, katil, tilam, sebiji lampu dan sebuah kipas angin berdiri.
    vi.            Kemudahan lain
          Dewan Utama. Dewan utama IKMAS ini juga dikenali sebagai Dewan Kenyalang yang dapat menampung seramai 300 orang. Dewan ini digunakan apabila ada majlis keramaian seperti Majlis Khitobah, Malam Kesenian Islam dan sebagainya. Selain itu, dewan ini juga digunakan sebagai dewan peperiksaan untuk para pelajar. Dewan ini bahkan digunakan juga sebagai dewan konvokesyen pelajar-pelajar IKMAS sendiri.
          Surau. Semua pelajar IKMAS diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu yang telah disyariatkan dalam Islam di surau Al-Taqwa. Surau ini juga sering diimarahkan dengan kuliah subuh, kuliah maghrib malah dijalankan juga kelas seperti kelas latihan khutbah, tahfiz dan sebagainya. Pelawat luar serta pegawai-pegawai JAKIM dari semenanjung malaysia juga mengunjungi serta berjemaah di surau ini.
Dewan makan. Di IKMAS ini juga terdapat dewan makan yang disediakan untuk para pelajar sebagai tempat mereka makan dan minum. Hal ini kerana makan dan minum mereka ditanggung sepenuhnya oleh JAKIM. Masa makan telah disusun oleh pihak pengurusan IKMAS iaitu sebanyak lima kali sehari. Waktunya adalah seperti berikut :

Jadual 3.1: jadual waktu makan dan minum
perkara
masa
sarapan pagi
7.00-8.00 pagi
minum pagi
10.00-10.30 pagi
makan tengahari
1.00-2.00 tengahari
makan malam
5.00-6.00 petang
minum malam
8.30-9.00 malam

            Sumber: Bahagian Khidmat Pengurusan IKMAS 2011/2014.
         
          Kantin. Kantin yang disediakan oleh IKMAS adalahuntuk umum bukan sahaja untuk pelajarnya. Kantin ini sering dikunjungi oleh pelajar jika mereka tidak sempat makan di dewan makan IKMAS ataupun makanan yang disediakan oleh pihak dewan makan tidak mengangkat selera makan mereka. Selain itu kantin IKMAS juga selalu di langgan oleh pegawai-pegawai IKMAS sendiri serta pelawat-pelawat dari luar. Kantin IKMAS menyediakan pelbagai menu yang berbeza supaya para pengunjung setia kantin dan para pelajar tidak bosan dengan menu yang disediakan.
          Kemudahan tempat sukan atau taman rekreasi. Tidak lengkap jika Institusi Tinggi tidak mempunyai kemudahan sukan dan rekreasi. Remaja sememangnya meminati sukan dan bersukan begitu juga para pelajar IKMAS. Padang Futsal, padang bola tampar, padang bola jarring, padang takraw, padang tenis serta padang gelanggang badminton telah disediakan oleh pihak IKMAS, khas kepada para pelajarnya. Dengan adanya kemudahan seperti ini, maka para pelajar dapat mengadakan pertandingan sukan sama ada sesama sendiri mahupun melibatkan pihak luar serta perlawanan persahabatan di antara mereka. Staf dan pegawai IKMAS juga turut menggunakn kemudahan ini untuk bersukan.
            Kekurangan kelengkapan insfrastruktur juga adalah salah satu faktor yang mungkin dapat mengurangkan minat kepada para remaja untuk belajar atau menuntut di sesebuah institut. Oleh yang demikian, IKMAS telah menyediakan kelengkapan infrastruktur dengan sebaik mungkin untuk pelajar yang menuntut di institut tersebut. Dengan segala kelengkapan infrastruktur yang ada di IKMAS ini adalah untuk kegunaan dan kemudahan kepada para pelajar IKMAS untuk menuntut di IKMAS dengan selesa. Ia seperti ditunjukkan di dalam gambar pada lampiran 2.

3.5       PROGRAM-PROGRAM PENGAJIAN DI IKMAS
            Antara program pengajian yang ditawarkan oleh Ikmas adalah seperti berikut:

3.5.1    Diploma Pengajian Islam Dan Dakwah
            Pelajar yang mengambil Diploma Pengajian Islam Dan Dakwah mempunyai enam semester iaitu mengambil masa lebih kurang tiga tahun. Pada tahun pertama iaitu dua semester terawal, para pelajar akan mengambil subjek akademik sahaja iaitu dengan diselitkan mata pelajaran kemahiran komputer dan keusahawanan.
            Bermulanya pada semester tiga sehingga lima, para pelajar ini mengambil persijilan kemahiran seperti kemahiran pemprosesan makanan, jahitan atau binaan. Setiap pelajar hanya boleh memilih satu sahaja daripada tiga pilihan kemahiran ini. Pada semester keempat para pelajar akan menjalani latihan industri iaitu setelah tamatnya semester tersebut dan dijalankan selama dua bulan.
            Selain itu, pada semester keempat juga, para pelajar ini akan mempelajari bahasa tempatan iaitu bahasa bidayuh, Iban dan Cina. Mereka hanya boleh memilih satu sahaja daripada tiga tersebut. Pada semester keenam pula para pelajar ini akan menjalankan amali dakwah di kampung-kampung yang terpilih selama 30 hari.
            Sebagaimana IPT-IPT yang lain, Ikmas juga mempunyai kelayakan masuk. Kelayakan belajar Ikmas ialah warganegara Malaysia (lelaki dan perempuan) dan berumur tidak kurang dari 17 tahun pada tarikh permohonan. Pemohon mesti memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian tiga subjek seperti berikut:
                                i.            Bahasa Melayu
                              ii.            Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan  Syriah Islamiah
                            iii.            Satu subjek lain dan lulus subjek Bahasa Arab Tinggi atau Komunikasi, Bahasa Inggeris atau kelulusan yang setaraf dengannya atau yang diiktiraf oleh kerajaan dan lulus temuduga khas.[15]
            Subjek-subjek  dalam Program Pengajian Diploma Pengajian Islam dan Dakwah selama tiga tahun adalah seperti berikut:

            Jadual 3.2: Subjek-subjek Diploma Pengajian Islam Dan Dakwah mengikut semester

semester
kod
kursus

semester1

PQR 102
PAQ 102
PFQ 102
PST 102
PTQ 102
KBA 102
KBI 102
KAU 101
KAK 101
DAK 103


Pengajian Al-Quran I
Akidah I
Fiqh Ibadah
Sejarah dan Tamadun Islam
Pengajian Tafsir
Bahasa Arab I
Bahasa Inggeris I
Pengurusan Keusahawanan I
Asas Komputer
Pengantar Dakwah Islamiah

semester 2

PQR 202
PFQ 202
PMH 202
PHD 202
KBA 202
KBI 202
KAU 201
KAK 201
PAQ 202
DMD 203


Pengajian Al-Quran II
Fiqh Muamalat
Metodologi Hadith
Pengajian Hadith
Bahasa Arab II
Bahasa Inggeris II
Asas Perakaunan
Sistem Teknologi Maklumat II
Akidah II
Metodologi Dakwah

semester 3

PQR 302
KBA 302
KBI 302
DKD 303
PUF 302
PMQ 302
PFQ 302
PAQ 301
EXX 301


Pengajian Al-Quran III
Bahasa Arab III
Bahasa Inggeris III
Komunikasi Dakwah
Usul Fiqh
Metodologi Al-Quran
Fiqh Muamalat
Akidah III
Elektif Kemahiran I

semester 4

KBA 402
KBI 401
DSP 403
DEK 402

PAT 402
DPA 402
KAD 401
EBX 401


Bahasa Arab IV
Bahasa Inggeris IV
Strategi Dakwah Di Malaysia
Etnik dan Kebudayaan Kaum di Malaysia
Pengantar Akhak
Perbandingan Agama
Latihan Industri
Elektif Bahasa Tempatan I

semester 5

PTD 502
DPD 503
KEY 501
DHE 502

DPK 503
EBX 503
KKP 501

PST 502


Pengantar Tasawwuf
Psikologi Dakwah
Kaedah Penyelidikan
Institusi Pentadbiran Hal Ehwal Islam di Malaysia
Pengurusan Dakwah dan Kepimpinan Islam
Elektif Bahasa Tempatan
Teknik Penulisan Kertas Ilmiah
Tamadun Islam di Malaysia

semester 6

KAD 601
KKP 601
KUR 602


Amali Dakwah
Penulisan Kertas Ilmiah
Ko-Kurikulum

            Sumber: Bahagian Akademik dan Peperiksaaan IKMAS 2011/2014.

3.5.2    Persijilan Asas Pengajian Islam (PERAPI)
            Program pengajian Perapi ini sebenarnya khas kepada saudara kita (mualaf).Program ini bertujuan membantu serta membimbing para pelajar yang baharu memeluk Islam untuk lebih memahami ilmu yang berkaitan dengan Islam.
Sistem pengajian Perapi juga berdasarkan sistem semester iaitu mempunyai dua semester (1 tahun).Jumlah minggu pengajian bagi setiap semester ialah 14 minggu. Sesi pengajian ini bermula pada bulan mei setiap tahun.
            Syarat-syarat kelayakan kemasukan pelajar untuk program Perapi ialah seperti berikut:
                                i.            Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hungga 25 tahun serta belum berkahwin.
                              ii.            Lepasan SPM sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu dan kepujian dua matapelajaran lain.
                            iii.            Mempunyai minat belajar, bersedia dibimbing, mematuhi peraturan dan arahan.
                            iv.            Boleh membaca, menulis dan komunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu.
                              v.            Tidak menunggu mana-mana keputusan peperiksaan dan tawaran kerja.
                            vi.            Sihat mental dan fizikal serta lulus ujian temuduga.[16]
Subjek program pengajian bagi dua semester tersebut adalah seperti berikut:

Jadual 3.3: Subjek-subjek Persijilan Pengajian Islam Dan Dakwah mengikut semester

semester
kod
kursus

semester 1


PKQ 106

PTQ 102
PAQ 102

PFQ 102
PKJ 102

PKI 104
PBA 102
PSR 102
PHD 102
PFT 102



Pengajian Kemahiran Al-Quran I

Pengajian Tafsir Al-Quran I

Pengajian Akidah Islamiah I


Pengajian Fiqh Ibadat

Pengajian Kemahiran Tulisan Jawi I

Kemahiran Asas Imam I

Bahasa Arab I

Pengajian Sirah I

Pengajian Hadith I

Pengajian Fiqh Thoharah


semester 2

PKQ 206


PTQ 202

PAQ 202

PAI 202

PFQ 202



PKJ 202

PKI 204

PBA 202

PSR 202

PHD 202

Pengajian Kemahiran Al-Quran II

Tafsir Al-Quran II

Pengajian Aqidah Islamiah II

Pengajian Akhlak Islamiah II

Pengajian Fiqh Munakahat dan Muamalat
Pengajian Kemahiran

Tulisan Jawi II

Kemahiran Asas Imam II

Bahasa Arab II

Pengajian Sirah II

Pengajian Hadith


Sumber: Bahagian Akademik dan Peperiksaaan IKMAS 2011/2014.

3.5.3    Diploma Pengajian Tahfiz Dan Dakwah
            Pelajar yang mengambil Diploma Tahfiz Dan Dakwah mempunyai enam semester iaitu mengambil masa lebih kurang tiga tahun. Pelajar Diploma Tahfiz dan Dakwah diberi masa selama 3 tahun untuk menghafaz 30 juzuk Al-Quran dengan silibus yang telah ditetapkan. Diploma Tahfiz dan Dakwah juga mempunyai subjek kemahiran seperti, taranum, seni khat dan kaunseling, tetapi para pelajar tahfiz tidak menjalani amali dakwah pada semester keenam, mereka hanya perlu membuat kajian Ilmiah.
            Sebagaimana IPT-IPT yang lain, Ikmas juga mempunyai kelayakan masuk. Kelayakan belajar IKMAS ialah warganegara Malaysia (lelaki dan perempuan) dan berumur tidak kurang dari 17 tahun pada tarikh permohonan. Pemohon mesti memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian tiga subjek seperti berikut:
                                i.            Bahasa Melayu
                              ii.            Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan  Syriah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi
                            iii.            Satu subjek lain dan lulus Bahasa Inggeris atau kelulusan yang setaraf dengannya atau yang diiktiraf oleh kerajaan dan lulus temuduga khas.
Subjek yang terdapat dalam pengajian Diploma Tahfiz dan Dakwah ialah:

Jadual 3.4: Subjek-subjek Diploma Pengajian Tahfiz Dan Dakwah mengikut semester

semester
kod
kursus

semester 1

PAQ 1014
PAQ 1014
PBA 1132
PIQ 1112
PIT 1072
PKO 1211

PSD 1453
PUI 1243

Hifz Al-Quran I (Syafawi)
Hifz Al-Quran 1 (Tahriri)
Bahasa Arab I
Asas Ilmu Qiraat I (Ilmi)
Ilmu Tajwid I
Pengenalan Asas Komputer
Pengantar Dakwah
Fiqh I


semester 2

PAQ 1024
PAQ 1024)
PBA 1142
PEN 1182
PIQ 1122
PIT 1082
PSD 1423
PUI 1223


Hifz Al-Quran II (Syafawi)
Hifz Al-Quran II (Tahriri)
Bahasa Arab II
English Language I
Asas Ilmu Qiraat II (Amali)
Ilmu Tajwd II
Metodologi Dakwah
Aqidah I

semester 3

PAQ 2034
PAQ 2034
PBA 2152
PEN 2192
PSD 2433
PTM 2172
PUI 2263
PKK 2201



Hifz Al-Quran III (Syafawi)

Hifz Al-Quran III (Tahriri)

Bahasa Arab III

English Language II

Psikologi Dakwah

Tarannum
Hadith Mustolah
Kurikulum: Seni Khat


semester 4

PAQ 2044
PAQ 2044
PBA 2162
PSD 2473
PUI 2233
PUI 2272


Hifzul Quran IV (Syafawi)
Hifzul Quran IV (Tahriri)
Bahasa Arab IV
Komunikasi Dakwah
Aqidah II
Adab Hamalatul Quran II


semester 5

PAQ 3054
PAQ 3054
PSD 3483
PSD 3493

PTQ 3092
PUI 3253


Hifzul Quran V (Syafawi)
Hifzul Quran V (Tahriri)
Pengucapan Dakwah
Bimbingan & Kaunseling Islam
Tafsir Al-Quran I
Fiqh II


semester 6

PAQ 3064
PAQ 3064
PSD 3463
PSD 3443
PTQ 3102
PSD 3501


Hifzul Quran VI (Syafawi)
Hifzul Quran VI (Tahriri)
Kepimpinan Islam
Pengurusan Islam
Tafsir Al-Quran II
Kertas Projek


Sumber: Bahagian Akademik dan Peperiksaaan IKMAS 2011/2014.

3.6       PENGAJIAN BAHASA ARAB DI IKMAS
            Dalam sesi pembelajaran, guru atau pensyarah akan menghadapi pelajar yang berbeza kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran pengajar dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna pengajar boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsangkan pelajar untuk belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
            Pengajaran Bahasa Arab di Ikmas diajar oleh tenaga pengajar luar atau pensyarah luar. Pelajar-pelajar IKMAS mempelajarinya dengan silibus yang telah ditetapkan oleh pentadbiran IKMAS iaitu empat semester bagi setiap pelajar mengambil diploma dan kedua-dua semester bagi pelajar Perapi.
            Pengajian Bahasa Arab bagi pelajar PERAPI adalah hanya asas bagi mengenal bahasa kepada mereka. Manakala bagi pelajar diploma, mereka diajar lebih mendalam serta bertaraf diploma yang pengajarannya lebih tinggi dari apa yang dipelajari oleh mereka di sekolah sebelumnya.

3.7       KESIMPULAN
            Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak IKMAS adalah sebuah institut pengajian tinggi dimana institut ini melahirkan generasi-generasi muda yang berkualiti dalam mengembangkan dakwah kepada masyarakat yang berbilang kaum berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
            IKMAS ditubuhkan adalah bertujuan unutk melahirkan sumber manusia yang terlatih dalam bidang dakwah dan mempunyai kemahiran dalam aspek teknikal. Tertubuhnya IKMAS telah memberi banyak peluang bagi mendidik anak muda khususnya dari Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia supaya menajadi pendakwah yang betul-betul mantap ilmu dan agamanya. IKMAS dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang terkini untuk bertujuan pembelajaran. Pelbagai ilmu dakwah diajarkan di IKMAS untuk bekalan sesama berhadapan dengan masyarakat. IKMAS mampu melahirkan pendakwah yang boleh menjadi tempat rujukan kepada masyarakat. Hal ini kerana di IKMAS para pelajar telah diterapkan dengan ilmu berkaitan agama seperti ilmu-ilmu agama yang asas iaitu ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
            Dengan segala kemudahan-kemudahan yang terdapat di IKMAS adalah untuk memudahkan para pelajar dalam menuntul ilmu, dimana segala kemudahan-kemudahan itu dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh pelajar-pelajar yang berada di IKMAS. Dengan segala usaha membangunkan IKMAS ini dapat diambil perhatian kepada seluruh umat Islam yang berada di Malaysia khususnya di Sarawak bagi memberi kerjasama dalam usaha membangunkan umat Islam sejagat.
            Selain daripada itu juga IKMAS adalah sebuah institut pengajian tinggi yang satu-satunya terdapat di Sarawak dalam mendidik remaja untuk mendalami ilmu agama, dimana IKMAS melatih supaya pelajar-pelajar dalam memahami asas-asas fardhu ain dan fardhu kifayah berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. IKMAS akan sentiasa berusaha membangunkan umat Islam di seluruh Malaysia.





[1] Laman Web, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, www.myikmas.com.my, 30 Januari 2014
[2] Ibid.
[3] Ibid.
[4] Ibid.
[5] Mohd. Haris Bin Abdullah (2004), Dakwah Kepada Golongan Non Muslim: Suatu Kajian Di Kg. Samarahan, Kuching: Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, h.49
[6] Laman Web, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, www.myikmas.com.my, op.cit.
[7] Ibid.
[8] Mohd. Haris Bin Abdullah (2004), op.cit., h.51
[9] Ibid.
[10]Laman Web,  Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, www.myikmas.com.my, op.cit.
[11] Ibid.
[12] Ibid.
[13] Ibid.
[14] Ibid.
[15] Ibid.
[16] Ibid.
0 Responses

Post a Comment

faith in islam

faith in islam
http://siaganantonio.blogspot.com. Powered by Blogger.