Unknown
BAB EMPAT
MENGANALISIS PERANAN REMAJA DALAM MENGEMBANGKAN DAKWAH DI INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK IKMAS

4.1       PENGENALAN                    
            Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan pelajar-pelajar Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak IKMAS dalam mengembangkan dakwah serta komitmen yang diberikan terhadap kepuasan dalam memberi sokongan dan sebagainya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat persepsi responden kajian terhadap aktiviti serta peranan terhadap mengembangkan dakwah.
            Setelah penulis membuat kajian kepada pelajar-pelajar IKMAS, hasil penelitian ini adalah kebanyakan pelajar adalah datangnya daripada keluarga yang sederhana, walau bagaimanapun, kebanyakkan pelajar sudah mengetahui dan memahami sedikit sebanyak pengetahuan tentang agama dan pentingnya dakwah kepada masyarakat. Kebanyakkan pelajar mempunyai pendidikan  agama dari sekolah menengah lagi, tetapi walaupun begitu, ada segelintir pelajar yang masih kurang faham tentang dakwah dan peranan remaja dalam mengembangkan dakwah. Mereka menganggap kerja-kerja dan usaha-usaha dakwah hanya terlibat kepada golongan-golongan yang tertentu sahaja. Penulis telah membuat kaji selidik  dengan beberapa orang pelajar di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak dan membuat rumusan dan kesimpulan hasil daripada kajian tersebut.
            Data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam bab ini. Keputusan yang diambil semuanya berdasarkan pentafsiran ke atas hasil pemprosesan data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik. Seramai 40 orang responden yang telah memberikan maklum balas daripada sejumlah 50 soal selidik yang diedarkan. Ini bermakna 90% responden memberikan kerjasama menjawab dan memulangkan soal selidik tersebut. Berikut akan dibentangkan hasil kajian dan perbincangan mengenainya.

4.2       DAPATAN KAJIAN
            Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak IKMAS, Kuching Sarawak merupakan  tempat  kajian  ini  dijalankan.  Tumpuan  kajian  dinilai terhadap jenis responden iaitu menurut jantina, bangsa, umur dan latar  belakang  responden. Kajian  ini  adalah  untuk  mengetahui  dengan  lebih  jelas  sejauh mana faktor-faktor tersebut mempengaruhi penanan berkenaan. Melalui  data  kajian  yang  telah  dijalankan  dapat  dibuktikan  bahawa  terdapat  dikalangan pelajar yang menyedari akan kepentingan peranan dakwah yang melibatkan golongan remaja satu usaha yang lebih baik demi memanfaatkan kepentingan bersama.

4.2.1    Latar Belakang Responden
 Latar  belakang  demografi  dilakukan  adalah  bagi  mengumpulkan  maklumat  tentang  responden,  iaitu  berkaitan  dengan  umur,  jantina,  asal,  dan  tahap  pengetahuan  responden.  Responden  yang  terlibat  adalah  berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Hal  ini  adalah   bertujuan untuk  mengetahui   dengan lebih  lanjut  berkaitan  latar  belakang  pelajar  bagi  mengkaji peranan remaja dalam mengembangkan dakwah dan mengenal pasti nilai-nilai dakwah yang masih diwarisi sehingga kini.
            Faktor  latar  belakang  jantina ,umur dan bangsa  digunakan  sebagai  pemboleh  ubah  dalam  kajian  ini  kerana  faktor  tersebut  adalah  berkaitan  tentang  pengetahuan  responden  terhadap  peranan remaja  yang  diadaptasi  dalam  cara  hidup  mereka.  Selain  itu,  tahap pengetahuan  juga  dijadikan  sebagai  pemboleh  ubah  dalam  kajian  ini.  Hal  ini  kerana  melalui  tahap pengetahuan,  pelajar dapat memahami apakah peranan remaja dalam dakwah.

            Jadual 4.1: Perbandingan peratusan terhadap responden yang berbeza jantina
Jantina
Bilangan (responden)
Peratusan (%)
lelaki
perempuan
23
17
57.5
42.5

Jumlah

40

100

            jadual 4.2: Lingkungan  umur  responden  pelajar  IKMAS
Lingkungan umur
Jumlah (responden)
Peratusan (%)
18-20 tahun
17
42.5
21-24 tahun
                     15
37.5
25 tahun ke atas
8
20

            Jadual 4.3: Perbandingan terhadap pecahan responden mengikut bangsa
Bangsa
Bilangan (responden)
Peratusan
Melayu
Iban
Melanau
Dusun
Lain-lain
21
4
8
4
3
52.5
10
20
10
7.5

Jumlah

40

100

4.2.2    Kajian Terhadap Kefahaman Responden Mengenai Peranan Remaja Dalam Mengembangkan Dakwah
            Menurut kefahaman responden berbagai kaedah dan pendekatan telah dilakukan bagi memahamkan pelajar mengenai pentingnya peranan remaja dalam mengembangkan dakwah dilaksanakan. Di IKMAS peranan remaja dalam mengembangkan dakwah  telah dilaksanakan sejak tertubuhnya IKMAS pada tahun 2001, walau bagaimanapun tahap pemahaman pelajar mengenai peranan tersebut pada mulanya amat rendah sehinggalah dari tahun ke tahun ianya meningkat sedikit demi sedikit. Bagi menilai tahap sebenar pemahaman pelajar terhadap peranan dakwah ini, kajian pemahaman responden dilakukan.
           
            Jadual 4.4: Latar  belakang kefahaman  responden terhadap peranan remaja dalam dakwah.

4.2.3    Kajian Terhadap Program Amali Dakwah Perlu Diperluaskan
            Hakikatnya kesemua reponden mempunyai rasa tanggungjawab dalam memperluaskan program ini. Cuma kemahuan atau kehendak untuk melibatkan diri dalam program ini amat sedikit dan kurang mendapat sambutan. Jadi, inisiatif diri dan kekuatan atitud amat perlu dalam mengaplikasikan program sebegini.

            Jadual 4.5: perbandingan peratusan terhadap program dakwah perlu diperluaskan
Tahap kefahaman
Bilangan (responden)
Peratusan (%)
setuju
40
100
jumlah
40
100

4.2.4    Kajian Terhadap Kaedah Paling Berkesan Bagi Menjayakan Program Amali Dakwah
            Mendisiplinkan merupakan satu perkataan yang kadang-kala membebankan pelajar. Malahan ia merupakan satu tekanan dan membuat rasa tidak selesa terhadap pelajar. Tinjauan hasil soal selidik ini  mendapati responden ingin membuat pembaharuan terhadap badan disiplin dan akademik. Dapat dibincangkan disini bahawa majoriti pelajar iaitu responden bersetuju sekiranya diperkukuhkan lagi  badan-badan disiplin dan akademik. Jika diperhatikan secara lagik, ada baiknya juga sekiranya badan disiplin ini diperketatkan. Kebiasaannya apabila badan disiplin ini diperluas dan dilaksanakan mungkin barulah pelajar mulai sedar sebenarnya tanpa disiplin juga boleh dilaksanakan. Tidak kiralah apa jua bentuk hukuman seperti denda dan sebagainya, peraturan-peraturan ini harus dijadikan landasan sebagai peraturan yang harus dipatuhi demi menjaga kepentingan dakwah Islamiah untuk kita sendiri.

            Jadual 4.6: perbandingan peratusan terhadap kaedah paling berkesan bagi menjayakan program dakwah
Kaedah Paling Berkesan
Bilangan (responden)
Peratusan (%)
Pendidikan
Badan Disiplin
Pendidikan & Badan Disiplin
Lain-lain
14
9
16
1
35
22.5
40
2.5
Jumlah
40
100

4.3       ANALISIS DAPATAN KAJIAN
            Berdasarkan dapatan kajian yang dipaparkan di atas, maka penulis dapat membuat beberapa analisis mengenai latar belakang responden, kajian terhadap kefahaman responden mengenai peranan remaja dalam mengembangkan dakwah, kajian terhadap program amali dakwah perlu diperluaskan dan kajian terhadap kaedah paling berkesan bagi menjayakan program amali dakwah :
            
4.3.1    Latar Belakang Responden
            Dalam jadual 4.1 menunjukkan responden-responden yang aktif dalam kategori jantina ini adalah terdiri daripada kategori lelaki. Responden lelaki menjadi majoriti dalam kajian soal selidik ini. Responden lelaki lebih mudah memberikan kerjasama dalam mengisi boring soal selidik. Peratusan yang diperolehi perempuan  adalah 42.5% seramai 17 orang dan lelaki adalah sebanyak 57.5% seramai 23 orang. Jumlah keseluruhan responden adalah seramai 40 orang.
            Walau bagaimana pun pemilihan jumlah responden lelaki dan perempuan agak seimbang, oleh itu kajian tersebut dapat menunjukkan gambaran situasi sebenar tahap pemahaman pelajar IKMAS.
            Manakala, Berdasarkan  Jadual  4.2,  lingkungan  umur  yang  telah  diberikan  borang   soal  selidik  ini  mempunyai  pelbagai  lingkungan  umur.  Responden  terdiri  daripada  remaja  yang  berumur  18  tahun  hingga  ke  responden  yang  berumur  30  tahun.  Seramai  17  orang  atau 42.5%  responden terdiri  daripada  lingkungan  umur  18  tahun  hingga  ke  20  tahun.  Manakala,  untuk  linkungan  21  tahun  hingga ke  24  tahun  seramai  15  orang  iaitu  bersamaan dengan  37.5%.
            Seterusnya dalam jadual 4.3 menunjukkan responden Melayu merupakan bilangan yang tertinggi iaitu sebanyak 52.5% diikuti responden Melanau sebanyak 20%, Iban dan Dusun masing-masing 10% dan lain-lain sebanyak 7.5%. berdasarkan data-data yang diperolehi, kaum Melayu adalah seramai 21 orang, manakala bagi kaum Melanau pula seramai 8 orang seterusnya kaum Iban dan dusun seramai 8 orang. Terdapat 3 orang mewakili bagi kategori lain-lain dimana responden dari kaum Bajau, Bisayah dan Kedayan.

4.3.2    Kajian Terhadap Kefahaman Responden Mengenai Peranan Remaja Dalam Mengembangkan Dakwah
            Berdasarkan  carta  pai  di dalam jadual 4.4,  responden  telah  dikenal pasti   dalam  boring soal  selidik  mempunyai  taraf  pemahaman  yang  berbeza.  Antara  pemahaman  yang  diperolehi  oleh  responden  adalah  peringkat  sangat faham, faham, berkecuali, tidak faham.  Seramai  43% mempunyai  pemahaman yang sangat faham.  Seterusnya,  48% pada  peringkat  faham.  Manakala,  responden  yang  bekecuali  adalah  sebanyak 8%. Manakala bagi yang tidak faham adalah sebanyak 3%.
            Dalam   latar  belakang  yang  telah  dikaji  ini  dapat  disimpulkan  bahawa  malalui  lingkungan  umur,  jantina,  kefahaman  adalah  menjadi  salah saru faktor utama berkembangnya dakwah melalui golongan remaja.  Hal  ini kerana  percampuran  kaum yang berbeza  sama  ada  lelaki  atau  perempuan,  umur,  dan  komunikasi  antara  orang  Melayu  dengan  kaum Iban, Melanau, Dusun dan sebagainya ketika  dalam   pembelajaran di IKAMS  serta  kehidupan  berjemaah mereka dilihat tiada sebarang permasalahan atau kejanggalan yang mengahalang mereka dari terus melakukan dakwah.

4.3.3    Kajian Terhadap Program Amali Dakwah Perlu Diperluaskan
            Dalam jadual 4.5, menunjukkan hasil kajian soal selidik daripada 40 responden memperlihatkan kesungguhan di mana kesemua daripada responden bersetuju supaya program ini diperluaskan. Responden menyedari akan kepentingan aktiviti amali dakwah yang melibatkan peranan remaja ini satu program yang lebih baik demi memanfaatkan kepentingan dakwah.

4.3.4    Kajian Terhadap Kaedah Paling Berkesan Bagi Menjayakan Program Amali Dakwah
            Berpandukan Jadual 4.6 di atas, peratusan tertinggi adalah 40% yang menyatakan bersetuju supaya kaedah pendidikan dan badan disiplin dapat memberi kesedaran kepada pelajar paling efaktif untuk menjayakan program amali dakwah. Sementara itu, pendidikan sahaja merupakan peratusan kedua yang tertinggi dalam memberi kesedaran dan diikuti badan disiplin sebanyak 22.5% dan yang terakhir iaitu lain-lain sebanyak 1%.
            Pelajar Melayu menunjukkan peratusan tertinggi dalam memberi sokongan pelaksanaan peraturan-peraturan dalam pendidikan dan badan disiplin.susulan berikutnya adalah dari kaum Melanau, Iban dan lain-lain. Bagi kategori umur pula, di bawah 24 tahun memberikan peratusan paling tinggi dan diikuti peringkat antara 18 tahun hingga 20 tahun, peringkat umur 25 tahun ke atas. Kesemua data-data ini berpandukan hasil data soal selidik.
            Pendedahan haruslah bermula diperingkat sekolah lagi kerana pendidikan daripada peringkat awal dapat membuka minda disamping amalan ini dipraktikkan dan akan menjadi kebiasaan sekali gus menjadi rutin pelajar. Justeru itu, organisasi pendidikan seperti sekolah-sekolah, kolej-kolej atau institut-institut dan universiti-universiti mestilah bersungguh-sungguh dalam mengaplikasikan dakwah dalam kehidupan seharian.
            Kekurangan pendekatan tentang kesedaran program amali dakwah menjadikan kempen ini kurang efektif dan tidak menjadi. Ia seperti ditunjukkan di dalam gambar foto pada lampiran 3. Oleh itu kempen kursus motivasi, seharusnya diterapkan agar pelajar-pelajar menjadi lebih peka dan rasa bertanggungjawab tentang keutamaan pengurusan program amali dakwah dan peranan remaja dalam mengembangkan dakwah  dapat dilaksanakan dengan baik.

4.4       KESIMPULAN
            Secara keseluruhannya, pencapaian indeks kefahaman pelajar dalam dakwah menunjukkan pencapaian yang baik iaitu sebanyak 90%. Manakala bagi pelajar yang tidak faham mengenai pentingnya peranan remaja dalam mengembangkan dakwah hanya sedikit sahaja iaitu 10% di mana ada segelintir daripada mereka yang menganggap bahawa kerja-kerja dan usaha-usaha dalam mengembangkan dakwah ini hanya ditugaskan kepada golongan-golongan tertentu sahaja
            Kajian kefahaman pelajar ini juga perlu dijalankan secara berterusan bagi memantau dan mengukur tahap prestasi peranan mereka dalam mengembangkan dakwah. Di samping itu juga pihak pentadbiran IKMAS dapat memberi dan mendidik mereka supaya kefahaman mereka mengenai pentingnya peranan remaja dalam mengembangkan dakwah ini meningkat dari semasa ke semasa.

            Kajian ini telah mengenal pasti bahawa prestasi kefahaman pelajar mengenai dakwah yang berada di bawah atau pada tahap sederhana perlu diambil tindakan segera oleh pihak yang berkenaan dan mereka perlu diasah dengan lebih gigih untuk mencapai tahap yang lebih baik dan cemerlang.
0 Responses

Post a Comment

faith in islam

faith in islam
http://siaganantonio.blogspot.com. Powered by Blogger.