Unknown
BAB DUA
MENGETAHUI PERANAN REMAJA DALAM MENGEMBANGKAN DAKWAH

2.1       PENGENALAN
            Golongan remaja adalah pewaris generasi yang akan datang. Golongan remaja banyak memberi kesan kepada perkembangan budaya, bangsa dan agama, cara hidup remaja pada masa kini adalah gambaran budaya yang akan datang. Oleh kerana itu, sekiranya budaya pada masa kini itu baik dan sesuai maka dapat dianggap baik dan sesuai pulalah budaya yang terbina pada masa akan datang. Tetapi jika sebaliknya terjadi, kesannya amat besar pada pembangunan budaya dan bangsa khususnya kepada agama Islam.
            Remaja dan belia pada masa kini banyak terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa ditambah pula dengan konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara. Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi akidah umat Islam seluruh negara. Para belia yang ditarbiyah memainkan peranan yang amat penting supaya akidah umat Islam akan terus terpelihara. Ini kerana para belia inilah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara seterusnya mencorakkannya menjadi sebuah negara Islam yang unggul.[1]
            Ada cendekiawan Islam yang mengatakan bahawa anugerah Allah SWT yang terbaik bagi manusia ialah zaman belianya. Zaman belia adalah zaman yang paling gemilang bagi setiap orang. Zaman belia juga adalah zaman produktif, membangun dan membina. Tidak dapat dinafikan bahawa kekuatan sesebuah Negara pada masa hadapan terletak pada kehebatan dan budi pekerti golongan muda atau belia pada masa kini.[2]
            Tidak mengira zaman atau di mana pun tempatnya, bahkan sepanjang sejarah pemuda merupakan tiang penyangga umat Islam dan pembawa arah kemajuan.  Sejarah telah membuktikan, keberhasilan dakwah Rasulullah SAW tidak terlepas dari zaman para pemudanya. Keadaan ini dapat dilihat pada peribadi-peribadi Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Tsabit dan selainnya. Oleh kerana itu, untuk mengembalikan kejayaan Islam seperti pada masa Rasulullah SAW dan sahabatnya tidak ada alternatif lain kecuali membina generasi mudanya, sehingga kejayaan Islam yang sering kita alu-alukan dan kita dambakan dapat menjadi kenyataan.[3]
            Perkembangan masyarakat Islam menurut Sidi Gazalba ialah sebagai sekelompok manusia dimana mereka hidup dalam jaringan kebudayaan Islam yang diamalkan oleh kelompok itu sebagai kebudayaannya. Nanih Machendrawati dan Agus Ahmad Safe’i menerima pakai definisi dari sosiologi Gillin & Gillin mengatakan bahawa masyarakat Islam adalah kelompok kemanusiaan yang mempunyai tradisi, sikap dan perasaan persatuan yang diikat oleh kesamaan agama iaitu agama Islam.[4]
            Dakwah difahami umat Islam baik dari aspek pengertian mahu pun implementasi[5]nya, banyak dari mereka menganggap dakwah berperanan strategik serta menentukan dalam kerangka pembinaan mental dan spritual. Sebab Islam merupakan agama dakwah, dimana di dalamnya terkandung pengertian usaha menyebarluaskan kebenaran dan mengajak orang-orang agar yakin akan kebenaran Islam. Jelaslah bahawa dakwah merupakan upaya penyampaian ajaran Islam. Keindahan dan kesesuaian Islam dengan perkembangan zaman, baik dalam sejarah mahupun amalannya adalah ditentukan pada kegiatan dakwah yang dilakukan oleh sekelompok umat yang terpanggil untuk menyampaikan kewajipan itu.[6]
            Islam memang memberikan perhatian yang begitu besar kepada pemuda. Para sahabat Rasulullah SAW usianya lebih muda, bahkan ada yang jauh lebih muda dari Nabi Muhammad SAW, tetapi Beliau tidak segan-segan memberi tugas atau kepercayaan kepada sahabatnya. Usamah bin Zaid diberikan kepercayaan menjadi Panglima Perang di usianya yang baru sekitar 16 tahun. Ia merupakan satu-satunya Panglima Perang termuda sampai saat ini.  Realiti yang terjadi saat ini, di Palestin, peranan pemuda menjadi sangat penting sebagai penggerak perjuangan melawan penjajah zionis Israel demi mempertahankan al-Aqsha yang merupakan simbol kewujudan umat Islam di seluruh dunia. Pemuda jualah yang menjadi salah satu tiang penopang[7] aktiviti dan kemakmuran sebuah masjid. dapat dibayangkan, bagaimana keadaan dan nasib sebuah masjid tanpa aktiviti pemudanya.[8]
            Islam adalah agama yang sangat memperhatikan dan memuliakan para pemuda. Al-Quran menceritakan tentang gambaran pemuda ashaabul kahfi sebagai kelompok pemuda yang beriman kepada Allah SWT dan meninggalkan majoriti kaumnya yang menyimpang dari agama Allah SWT. Akibatnya, Allah SWT menyelamatkan para pemuda tersebut dengan menidurkan mereka selama 309 tahun.[9]

2.2       LATAR BELAKANG REMAJA PADA MASA KINI
            Pendampingan dan perhatian bagi remaja yang sedang mencari jati diri sangat diperlukan. Orang-orang yang ada di sekitarnya memiliki peranan penting, seperti orang tua, orang dewasa yang dapat memberi teladan yang patut di contoh, teman sebaya, lingkungan sekitar dan lain-lain.

            2.2.1    Pergaulan Remaja Masa Kini
                        Kita tentu tahu bahawa pergaulan bebas itu adalah salah satu bentuk perilaku menyimpang, yang mana “bebas” yang dimaksudkan adalah melampaui batas-batas normal ketimuran yang ada.[10] Masalah pergaulan bebas ini sering kita dengar dari media massa. Remaja adalah individu yang tidak terkawal oleh pengendalian diri yang sebenar. Masalah keluarga, kekecewaan, pengetahuan yang cetek, dan ajakan teman-teman yang bergaul bebas membuat semakin berkurangnya potensi generasi muda dalam mengembangkan dakwah.[11]
              Pergaulan remaja saat ini tentunya perlu perhatian yang sangat serius, tidak hanya dari pemerintah tapi juga oleh seluruh lapisan masyarakat. Saat ini pergaulan-pergaulan remaja ke arah negatif sangat banyak sekali, samada berupa dadah, sex bebas, pergaulan liar, dan sebagainya. Keluarga sebagai orang terdekat bagi para anak remaja tentunya memiliki faktor penting agar remaja tersebut tidak salah dalam bergaul. Walaupun sulit kerana tidak setiap saat orang tua mengawasi anaknya, kerana anaknya memiliki kegiatan di luar rumah dan orang tuanya pun mungkin sibuk bekerja, sehingga perhatian dari orang tua tidak sepenuhnya boleh diberikan kepada anaknya.[12]
            Meskipun begitu para remaja juga seharusnya boleh memilih hal yang positif dan negatif bagi mereka. Salah satu faktor yang penting adalah dalam bergaul, memilih teman tentunya juga harus boleh menilai dari sikap dan perilakunya. Sikap dan perilaku teman yang baik tentunya tidak mengajarkan hal-hal yang buruk. Remaja sekarang ini tidak pernah berfikir apa akibat sekiranaya salah bergaul, mereka hanya berfikir bergaul seperti itu membuat mereka senang, gembira dan tidak stress. Dengan bergaul mereka dapat teman-teman yang banyak dan merasa merekalah orang yang berkuasa di atas muka bumi ini. Mereka tidak pernah mendengarkan apa yang dikatakan oleh orang tua mereka lalu mereka terjerumus ke dalam pergaulan bebas, padahal orang tua tidak pernah bosan- mengigatkan kepada anak-anaknya agar tidak bergaul secara bebas, akan tetapi mereka tidak pernah menghiraukannya apa lagi mengerjakannya. Mereka juga sanggup membohongi orang tuanya agar dapat keluar malam atau sebagainya.[13]
            Terkadang orang tua sering lupa untuk berinteraksi dengan anak-anaknya. Ada diantara mereka yang lebih mementingkan pekerjaan daripada melakukan hal itu. Bagi mereka hal itu tidak perlu dilakukan padahal seorang anak tidak hanya memerlukan perhatian dan interaksi dengan orang tuanya. Mereka bukan sahaja merlukan komunikasi dengan orang tuanya, mereka juga ingin bertukar fikiran dengan orang tuanya. Mereka ingin menceritakan pegalaman apa yang mereka rasakan sehari-hari baik itu pangalaman yang baik mahupun pengalaman yang buruk.[14]

2.2.2    Remaja Dan Pengurusan Diri
            Pengurusan diri yang sempurna menjadikan remaja kelihatan menarik dari segi fizikal dan memiliki keperibadian yang mempesonakan. Dengan keperibadian yang demikian remaja akan menjadi individu yang dapat dicintai, disayangi dan dikagumi.
            Bagi membolehkan remaja mempunyai penampilan diri yang mempesonakan apabila dewasa nanti, latihan yang rapi dari peringkat awal di rumah amat diperlukan. Ia dapat melahirkan insan yang berakhlak, bersopan santun serta berkeyakinan tinggi dalam menghadapi hari muka. Peribadi yang unggul amat penting kerana ia perhiasan diri yang hakiki bagi setiap manusia yang bermasyarakat. Unit kumpulan masyarakat yang terkecil adalah keluaga di rumah. Masyarakat yang lebih besar  ialah masyarakat bandar dan Negara. Semakin besar kumpulan yang kita anggotai semakin tinggi keperluan menguruskan diri apabila berhadapan dengan orang lain. Keperluan yang paling tinggi nilainya yang diharapkan  daripada seseorang ialah adab dan sopan santun. Dengan adanya kemahiran bersopan santun remaja dapat memikirkan orang lain yang berada di sekelilingnya. Mengamalkan kehidupan yang beradab dan bersopan santun akan menjadikan diri kita selesa, baik serta dapat menyesuaikan diri dan bertolak ansur dalam semua keadaan dengan semua lapisan masyarakat[15]

2.2.3    Cabaran Hidup
            Kehidupan zaman remaja merupakan suatu zaman yang penuh dugaan hidup yang mencabar. Kewujudan cabaran ini menyebabkan banyak remaja menganggap kehidupan mereka tidak begitu penting lalu memudahkan mereka terjebak dalam pelbagai kancah gejala sosial yang mampu menjejaskan imej dan maruah diri remaja itu sendiri. Situasi ini seolah-olah memberi satu persepsi umum bahawa kemelut yang melanda remaja itu tidak boleh diselesaikan dengan begitu mudah. Namun, ada pelbagai strategi yang mampu dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk menangani pelbagai cabaran yang melanda kehidupan harian remaja itu.[16]
            Antara strategi awal ialah remaja harus disedarkan bahawa kehidupan mereka itu mempunyai matlamat atau tujuan yang tertentu. Kesedaran ini boleh ditimbulkan melalui pelbagai kempen kesedaran yang boleh dilakukan oleh pihak media massa menerusi filem atau iklan yang pasti ditonton oleh jutaan remaja kita. Setiap remaja yang menyedari bahawa kehidupan mereka mempunyai matlamat yang lebih besar selain daripada diri sendiri pasti akan mampu untuk menangani sebarang cabaran yang timbul dalam hidup mereka kerana sedar diri mereka mampu melakukan perubahan dalam kehidupan orang lain dan negara ini. Maka, remaja harus terlebih dahulu disedarkan tentang kepentingan memiliki matlamat hidup yang lebih jelas dan nyata.[17]
            Manakala strategi kedua ialah pihak sekolah harus mampu memberikan perkhidmatan kaunseling kepada mana-mana remaja yang bermasalah dengan efektif. Perkhidmatan kaunseling ini hendaklah dilakukan dengan sistematik dan diseliakan oleh guru-guru yang berpengalaman serta memiliki kemahiran yang cukup dalam aspek memberi nasihat yang positif kepada remaja kelak. Guru kaunseling bakal menjadi barisan awal untuk mengesan remaja yang bermasalah lalu segera membuat perubahan yang mampu membawa remaja terbabit ke pangkal jalan dengan segera. Sesungguhnya, khidmat kaunseling oleh pihak sekolah menjadi satu senjata pelindung yang paling praktikal dalam menangani cabaran hidup remaja kerana mereka menghabiskan masa yang lama di sekolah.[18]
            Selain itu, remaja yang sedang menghadapi cabaran hidup mampu menanganinya dengan kembali kepada ajaran keagamaan mereka. Semua ajaran agama di dunia ini cuba membawa penganutnya supaya menggunakan kaedah keagamaan untuk menjalani kehidupan di dunia dengan lebih baik selain mampu menyelesaikan masalah kehidupan mereka dengan lebih positif dan rasional. Benteng agama menjadi kriteria penting yang harus dimiliki dalam jiwa remaja terutama yang bermasalah kerana agama memberikan seseorang itu satu pegangan atau kepercayaan bahawa diri mereka mampu mengharungi badai kehidupan yang sedang melanda mereka itu. Jelaslah, semakin tebal kefahaman agama dalam diri remaja semakin besarlah peluang remaja itu untuk mampu menangkis sebarang cabaran kehidupan yang timbul dalam hidup mereka.[19]
            Pada masa yang sama ahli masyarakat umum turut berperanan untuk menegur atau membantu remaja yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka. Kalau kita lihat kini masyarakat tidak lagi mahu atau berani untuk menegur kelakuan sumbang remaja kerana tidak mahu dianggap menjaga tepi kain orang pula terutama dalam kehidupan masyarakat moden kini. Kegagalan setiap ahli masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab mereka untuk memberikan nasihat kepada remaja kita telah menyebabkan banyak remaja tersesat jalan lalu terbabit dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat negara ini juga. Jadi, masyarakat harus disedarkan tentang peranan mereka untuk sama-sama membantu remaja dengan memberi teguran dan sokongan kepada remaja dalam menyelesaikan pelbagai cabaran kehidupan yang melanda jiwa muda mereka itu.[20]
            Malah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh digerakkan untuk bersama-sama menangani masalah kehidupan yang melanda golongan remaja itu. Kelebihan persatuan ini ialah gabungan idea dan kerjasama ibu bapa serta guru mampu menjadikan mereka lebih peka akan cabaran hidup yang dilalui oleh remaja itu. Perkongsian maklumat dan pengalaman antara dua pihak yang penting dalam merencanakan kehidupan remaja ini pasti berupaya untuk mencetuskan satu pendekatan yang bukan sahaja bersifat psikologi tetapi juga praktikal dalam menyelesaikan kemelut hidup remaja tersebut. Lantaran itu, persatuan ini perlu lebih proaktif dalam merangka pelan atau aktiviti yang turut mampu menjadikan kehidupan remaja lebih riang dan selesa diharungi bersama-sama.[21]
            Konklusinya, semua strategi yang diperhalusi di atas itu harus dilaksanakan dengan segera tanpa banyak alasan lagi. Kerjasama semua pihak terutama pihak ibu bapa dan sekolah amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang bakal menentukan hala tuju negara kerana remajalah harapan pemimpin masa depan kelak. Kegagalan untuk menyelesaikan polemik ini secara rasional dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan satu masyarakat yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dalam arus persana globalisasi kini.[22]

2.2.4    Membina Kehidupan Cemerlang
            Kejayaan adalah gabungan dari ilmu, kemahiran dan kesungguhan. Matlamat menentukan usaha yang dilakukan. Matlamat mendorong individu agar terus berusaha dan terus tabah menghadapi ujian. Kejayaan dalam bidang apa pun tidak akan tercapai tanpa matlamat. Kehidupan memaksa setiap individu menyumbang. Bentuk sumbangan pula amat bergantung kepada apa yang dicari oleh individu itu dalam kehidupan atau matlamat yang ingin dicapainya dalam hidup.[23]
            Menurut kajian ahli sosiologi barat, orang yang berjaya dalam hidup bukan hanya terdiri dari orang yang mempunyai ketahanan fizikal, atau mempunyai makanan yang cukup berkhasiat atau yang mempunnyai daya intelek yang tinggi, tetapi yang membantu beliau menjadi terus tabah mengharung kehidupan ialah “MATLAMAT”.[24]

2.3       GOLONGAN REMAJA PADA ZAMAN RASULULLAH SAW DAN           SELEPASNYA
            Sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad SAW, bukan sedikit lahirnya pejuang  dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka, demi mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi daripada kepentingan diri, demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda telah berjaya mendidik para sahabat yang menjadi generasi al-Quran, yang sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah SAW, agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu. Maka lahirlah para pejuang terulung seperti Sayidina Hamzah, Mus’ab bin Umair, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Khalid Al-Walid, Saad bin Abu Waqas, Jaafar bin Abi Talib dan ramai lagi.[25]
            Agama Islam terus berkembang ke jazirah Arab dan kemudiannya ke Afrika. Seterusnya wilayah kedaulatan Islam terus berkembang hingga ke Eropah. Pada zaman ini lahirlah para pahlawan seperti Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair, Abdul Rahman Al-Ghafiqi dan lain-lain. Perkembangan agama Islam ini telah mendorong kepada terbentuknya barisan musuh yang bertujuan menyekat perkembangan  agama Islam, yang dipanggil Pakatan Perang Salib. Ketika itu lahirlah Salahuddin Al- Ayyubi, yang berjaya mempertahankan kesucian agama Islam serta membela umat Islam.[26]
            Selepas itu Islam berjaya sampai ke Konstantinopel melalui Muhammad Al-Fateh. Penentangan terus dilancarkan oleh pihak musuh yang ingin menghancurkan perkembangan agama Islam. Pada ketika ini lahirlah para pahlawan seperti Khairuddin Barbarossa, Raja Haji diikuti kemudiannya dengan pahlawan Sultan Agung Mataram, Sheikh Yusuf dan lain-lain. Ini diikuti dengan perjuangan Umar Mukhtar dan terakhir sekali Sheikh Yassin, yang menyemarakkan pejuang Hamas bagi membebaskan bumi Palestin.[27]
            Kepahlawanan mereka yang tidak pernah mudah menyerah kalah dan gigih mempertahankan kedaulatan agama Islam dengan mengorbankan nyawa sendiri, sewajarnya diketahui, hayati dan dicontohi oleh generasi muda Islam. Pengorbanan dan jasa mereka yang tidak ternilai seharusnya dihargai oleh kita semua, yang telah dapat menghirup dan menikmati nikmat Islam sekarang ini, tanpa berasa lalai kerana pihak musuh sentiasa berusaha untuk menghapuskan umat Islam dan ajaran Islam. Bentuk peperangan moden seperti perang penjajahan minda melalui penggunaan teknologi canggih serta budaya kuning, hendaklah disedari dan diawasi.[28]

2.3.1    Saad Bin Abu Waqas
            Dalam golongan remaja zaman Rasulullah SAW, penulis mengambil kisah daripada sahabat Rasulullah SAW iaitu Saad bin Abu Waqas. Dimana Saad bin Abu Waqas adalah salah seorang sahabat yang muda dan dalam lingkungan remaja berserta dengan Rasulullah SAW dalam banyak peperangan seperti perang Badar, perang Tabuk, perang Qadisiyah dan lain-lain lagi. Saad bin Abu Waqas juga adalah salah seorang sahabat yang dijanjikan masuk syurga.
            Saad bin Abu Waqas adalah tergolong dalam antara beberapa sahabat besar atau sahabat besar Rasulullah SAW. Beliau berasal  dari suku kaum Zuhrah dan mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Rasulullah SAW dari sebelah ibunya.[29] Ibu kepada Saad berasal daripada Bani Umaiyyah yang bernama Hamnah binti Sufian bin Umayyah bin Abdul Syam bin Abdul Manaf bin Qusaiy.[30]  Menurut ahli sejarah Islam, beliau di panggil oleh Rasulullah SAW sebagai ‘pak cik dari sebelah ibunya’ dan lantas dikatakan sebagai bapa saudara Baginda. Saad lahir dan membesar di kota Mekah. Beliau amat disayangi oleh ibunya. Oleh itu tatkala berita beliau memeluk agama Islam diketahui oleh ibunya, Saad telah didesak oleh ibunya untuk keluar dari agama Islam. Bahkan pernah satu ketika, ibunya pernah mengugut untuk tidak makan selama beberapa hari selagi Saad tidak keluar dari agama Islam dan kembali ke agama nenek moyang mereka. Saad sebaliknya enggan untuk tunduk kepada ugutan ibunya itu dengan berkata, dia tidak akan meninggalkan ajaran Islam sekalipun ibu kesayangannya itu mati beberapa kali. Hal ini mendorong ibunya untuk mengalah dan akhirnya terpaksa makan.[31]
            Berikutan apa yang berlaku ke atas Saad itu, Allah SWT telah menurunkan wahyunya, sebagaimana Firman Allah;

Maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan.[33]
            Apabila Saad bertemu Rasulullah SAW dan mengadu tentang ugutan ibunya itu, Allah SWT telah menurunkan wahyu di atas yang kemudian telah dibacakan oleh Baginda kepada Saad. Hal ini mendorong Saad untuk terus berbuat baik kepada ibunya dan melayannya seperti biasa. Firman Allah SWT itu banyak dijadikan pedoman oleh mereka yang memeluk agama Islam  tetapi mendapat tentangan daripada kedua ibu bapa masing-masing.[34]
            Saad memeluk agama Islam ketika berusia 17 tahun. Beliau tergolong dalam lelaki yang paling terawal memeluk agama Islam  iaitu selepas Sayidina Ali, Zaid bin Harithah dan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq. Ketika beliau menyertai Rasulullah SAW  dalam Perang Badar, adiknya yang berusia belasan tahun iaitu Umai turut ingin bersamanya menyertai perang. Oleh kerana usianya yang masih muda, adiknya itu tidak dibenarkan oleh Rasulullah SAW menyebabkan dia menangis. Akhirnya beliau turut dibenarkan ikut serta. Umair adalah salah seorang daripada 14 orang Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar.[35]
            Saad bin Abu Waqas pernah dicalonkan sebagai Khalifah selepas Sayidina Umar Al-Khattab meninggal dunia, tetapi beliau menarik diri daripada pencalonan bagi menyandang jawatan sebagai Khalifah. “saya bukanlah orang yang layak bagi memimpin negeri ini”. Saad Abu Waqas bingkas bangun, lalu beliau pun berkata, “Sesungguhnya, saya tidak layak dicalonkan bagi menjadi Khalifah yang begitu besar tanggungjawabnya. Saya tidak sebijak Khalifah yang pernah menyandang jawatan ini yang ternyata berkemampuan memerintah dunia Islam dengan penuh tanggungjawab.”[36]
            Saad bin Abu Waqas telah berhijrah ke Negara China setelah Khalifah Umar Al-Khattab meninggal dunia, beliau berhijrah ke China semasa Sayidina Uthman bin Affan menjadi Khalifah. Penghijraan Saad bin Abu Waqas ke China adalah untuk  menyampaikan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Saad memulakan ucapannya dengan menyebut ‘bismillahir rahma nir rahim’ yang bererti dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Kata-kata yang diucapkan oleh Saad itu berjaya menarik perhatian orang ramai yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut. Lantaran itu Saad dengan penuh hemah dan bijaksana pun menerangkannya sehingga dapat meyakinkan mereka yang bertanya. Beberapa orang daripada mereka memeluk agama Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di hadapannya sendiri.[37]
            Selepas beberapa tahun merantau ke Negara China, kinin sudah tiba masanya untuk Saad bin Abu Waqas pulang semula ke Madinah. Pada ketika itu badai ketegangan politik sedang hebat melanda umat Islam. Akibat pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan, keadaan umat Islam menjadi berpecah-belah. Saad berasa sungguh sedih dengan pertumpahan darah yang berlaku. Atas alasan apa mereka saling berperang tidak diketahui. Perkara itulah yang menghantui fikiran Saad sejak tercetusnya perbalahan antara umat Islam, Saad tidak sanggup ikut serta. Beliau mengambil sikap berkecuali dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Beliau turut meratapi kematian  berpuluh-puluh ribu umat Islam akibat peperangan yang ternyata sia-sia itu.[38]
            Beberapa tahun berlalu. Kesihatan Saad bin Abu waqas semakin merosot. Namun begitu, beliau tetap berulang-alik dari rumahnya ke masjid Nabi untuk sembahyang berjemaah dan mengajar ilmu agama. Ketika sudah dapat merasakan ajalnya semakin tiba untuk pergi menghadap Allah SWT. Pada suatu pagi, selepas selesai sembahyang subuh, Saad menyuruh keluarganya supaya berkumpul. Umar dan Al-Haqiq antara anak lelakinya yang sentiasa berada di sampingnya. Wajah Saad kelihatan tenang dan jernih. Kepalanya berada di pangkuan anak lelakinya. Mereka sedang bersedih kerana yakin akan kehilangan insan tersayang. “janganlah kamu bersedih wahai anak-anakku. Sesungguhnya, Allah tidak akan mengazabku kerana ayah termasuk dalam kalangan ahli syurga. Rasulullah sudah pun memberikan khabar gembira itu kepada ayah ketika hayatnya. Sekiranya begitu, untuk apa ayah takut menghadap-Nya, bukankah begitu?”.[39] Tidak lama kemudian saat sakaratulmaut pun tiba bagi menjemput insan yang dikasihi oleh Allah SWT itu. Pemergiannya diiringi dengan tangisan sedangkan beliau pergi dengan kegembiraan. Saad bin Abu Waqas pergi membawa kenangan terindah yang sudah dikumpulkannya sepanjang hayatnya untuk persediaan bertemu dengan Tuhan Yang Abadi. Beliau adalah antara sahabat Rasulullah yang terakhir yang dijemput Ilahi. Saad bin Abu Waqas meninggal dunia ketika berusia 80 tahun ataupun bersamaan tahun 55 hijrah. Jasadnya dikebumikan di tanah perkuburan Ba’qi yang terletak bersebelahan dengan masjid Nabi.[40]

2.3.2    Salahuddin Al-Ayyubi
            “ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga menganugerahkan Palestin juga untukku”; Salahuddin Al-Ayyubi.[41]
            Salahuddin Al-Ayubi atau juga dikenali sebagai Saladin di kalangan orang-orang Barat, dilahirkan di Tigris, yang terletak di sebelah barat Sungai Tigris. Salahuddin dilahirkan pada 1193. Nama penuh Salahuddin  ialah Salahuddin Yusuf Ibnu Ayyub. Beliau berasal daripada bangsa Kurdish yang sekarang ini tinggal di kawasan sempadan Iraq serta Turki. Beliau bertanggungjawab mengasaskan Kesultanan Ayyubiah di Mesir dan Syria serta menjadi pemerintahnya yang pertama.[42]
            Pada 1139, Salahuddin mengikuti bapa saudaranya Asaduddin Shirkuh berpindah dari Tikrit ke Mosul. Salahuddin kemudiannya menyertai Imaduddin Zengi yang telah melantik Salahuddin sebagai panglima perangnya di Baalbek. Setelah kematian Imaduddin Zengi, anaknya Nuruddin menjadi pemerintah di Aleppo serta pemimpin kaum Zenghi. Salahuddin kemudiannya berpindah ke Damaskus, di mana beliau telah jatuh hati dengan tempat itu. Menurut para pengkaji sejarah, Salahuddin ketika mudanya lebih berminat dengan ilmu-ilmu agama berbanding untuk menjadi tentera. Beliau menguasi bacaan al-Quran ketika muda remaja dan mampu menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan undang-undang dan aritmetik serta mempunyai pengetahuan tentang bijak pandai Yunani seperti Euclid dan lain-lain. Satu faktor lain yang mungkin mendorong Salahuddin lebih berminat dalam bidang keagamaan ialah kerana dalam perang Salib 1, Jerusalem telah ditawan oleh tentera Salib dalam satu serangan mengejut. Selain daripada itu, Salahuddin dikatakan mempunyai pengetahuan yang baik tentang sejarah dunia Arab.[43]
            Kerjaya Salahuddin mula menonjol ketika beliau berkhidmat di bawah pak ciknya, Asaduddin Shirkuh yang merupakan seorang panglima kepada Nuruddin yang handal lagi disegani. Pada penghujung 1169, Shirkuh telah meniggal dunia dan Nuruddin segera melantik penggantinya. Shawar, Perdana Menteri kepada Khalifah Al-Adid juga turut meninggal dunia. Khalifah Al-Adid kemudiannya telah melantik Salahuddin untuk menggantikan tempat Shawar. Pada majlis perlantikannya iaitu pada 26 Mac 1170, Salahuddin mula meninggalkan perbuatannya yang suka meminum arak sebelum ini dan bertaubat. Beliau menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan dan melupakan amalan hidupnya selama ini yang bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini kerana Salahuddin berpendapat bahawa perlantikannya sebagai Perdana Menteri Mesir adalah satu amanah dan anugerah dari Allah SWT untuk suatu perkara yang besar kelak. Ketika inilah beliau mula mendekati alim ulama dan banyak bertanyakan tentang jihad pada jalan Allah SWT.[44]
            Setelah berjaya mengukuhkan kedudukannya di Mesir, Salahuddin telah melancarkan kempen memerangi Tentera Salib. Beliau dan pasukan tentera telah mengepung Darum pada 1170. Salahuddin dan pasukan tenteranya kemudian menyerang dan menawan Gaza. Walaupun telah memerintah Mesir, Salahuddin menganggap diri beliau sebagai wakil kepada Nuruddin yang berkuasa di Syria dan memasuki Damsyik. Beliau diberikan sambutan yang meriah oleh para penduduk dan mengambil keputusan  memberikan tumpuan untuk menguasai kawasan-kawasan yang pernah dikuasai oleh beliau. Beliau telah menawan Aleppo pad 1176 dan kemudiannya menguasai Mosul pada 1186.[45]
            Buat sementara waktu, salahuddin membiarkan Tentera Salib bagi memberi tumpuan terhadap usaha-usahanya untuk mengukuhkan penguasaan di Syria. Selepas tewas dalam Perang Montsigard pada 1177, Salahuddin telah menyerang sebuah kubu Tentera Salib pada 1179 dan berjaya mengalahkan Tentera Salib. Apabila Raynald menyerang dan membunuh orang-orang Islam yang dalam perjalanan menunaikan haji pada 1185, Salahuddin bertindak balas dengan menyerang kawasan-kawasan yang dikuasai tentera Kristian pada bulan julai 1187. Beliau dan tenteranya juga telah bertempur dengan angkatan Perang Salib hasil gabungan beberapa orang raja diketuai Guy dari Lusignan. Dalam pertempuran yang diberi nama Perang Hittin ini. Tentera salib berjaya ditumpaskan pada 4 Julai, 1187. Palestin bejaya ditawan semula oleh Salahuddin daripada orang-orang Kristian.[46]
            Salahuddin berjaya menangkap Raynald, yang bertanggungjawab membunuh para jemaah haji Islam. Atas kesalahannya itu, Salahuddin sendiri bertindak memancung kepala Raynald. Raja Guy dari Lusignan, walaupun turut di tangkap, tidak dipancung oleh Salahuddin. Berikutan kemenangan tentera Islam dalam perang Hittin ini, Salahuddin telah berjaya merampas semula hampir semua kota-kota yang sebelum itu dikuasai oleh tentera Salib.[47]
Reginald dari Chatilon iaitu adik kepada Raja Guy yang memerintah Palestin, telah menawan ramai jemaah haji Islam yang baru pulang dari Makkah. Beliau telah menyeksa dan membunuh mereka. Ketika ada di antara mereka merayu minta dikasihani, dengan angkuhnya Renald berkata, “mintalah kepada nabi kamu Muhammad, untuk menyelamatkan kamu.” Apabila Salahuddin mendapat tahu berita ini, beliau amat merah. Beliau berjanji untuk membunuh Reginald dengan tangannya sendiri.[48]
            Setelah berjaya menawan Palestin, Raja Guy dan Reginald termasuk antara yang berjaya ditangkap. Kedua-dua mereka lalu dibawa ke khemah beliau. Salahuddin lalu berkata dihadapan Reginald, “Aku bersumpah sebanyak dua kali untuk membunuhnya. Pertama kali ketika dia mengugut untuk menyerang dua kota suci (iaitu Makkah dan Madinah) dan kali kedua ketika dia membunuh para jemaah haji. Sesungguhnya aku akan menuntut bela terhadapnya atas nama Nabi Muhammad SAW” Salahuddin lalu menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald.[49]
            Salahuddin menunjukkan sikap budiman dan penyayang beliau setelah berjaya menawan Baitulmuqaddis. Beliau melayan orang-orang Kristian dengan baik. Orang-orang Kristian yang miskin dibebaskan tanpa perlu membayar wang tebusan. Beliau turut memenuhi permintaan para isteri dan para ibu yang merayu agara mereka disatukan dengan suami dan anak-anak mereka. Tidak ada seorang pun orang-orang Kristian yang mengadu bahawa mereka telah dikasari, dihina atau diseksa. Hal ini diakui sendiri oleh ahli-ahli sejarah Kristian. Menurut ahli-ahli sejarah tersebut, seorang daripadanya Stanley Lane Poole (1914), keadaan ini jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh tentera Kristian pada Perang Salib 1. Ketika tentera Salib menawan Baitulmuqaddis pada 1099, Raja Godfrey dan Tranced menunggang kuda di jalan-jalan menuju Jurusalem dengan angkuhnya, orang-orang Islam yang terdiri daripada penduduk di Baitulmuqaddis telah diseksa, dibunuh dan dibakar. Orang-orang Islam dipanah dari jarak dekat oleh tentera-tentera Kristian dari atas bumbung dan menara gereja. Mayat mereka dibiarkan bertimbun-timbun dan dibakar.[50]
            Salahuddin menunjukkan semangat juang yang tinggi. Perkataan jihad tidak pernah lekang dari bibirnya. Beliau kerap berpuasa sunat dan bangun malam untuk mengerjakan solat tahajud sambil berdoa memohon pertolongan dari Allah SWT. Begitu juga dengan tentera-tentera Islam. Salahuddin berjaya menyatukan tentera-tentera Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Tentera-tentera dari Mesir, Iraq, Syria, Kurdish, Turki dan seluruh pelosok Arab dilayan dengan baik oleh Salahuddin dan diberi kepercayaan dalam menghadapi Angkatan Perang Salib. Salahuddin turut menahan lapar dan dahaga bersama-sama tenteranya. Beliau sama sekali tidak menunjukkan bahawa beliau seorang raja . keadaan inilah yang memberikan semangat juang yang tinggi kepada orang-orang Islam yang menyertai angkatan perang Islam di bawah pimpinan Salahuddin.[51]
            Bahauddin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis kisah tentang pahlawan agung Islam ini. Beliau menceritakan bahawa Salahuddin seorang yang pemurah dan selalu memberi sedekah kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan. Beliau juga selalu mendirikan solat berjemaah bahkan ketika beliau sakit yang membawa kematiannya pun, beliau masih mendirikan solat secara berjemaah. Cuma untuk tiga malam terakhir ketika beliau telalu tenat dan uzur, beliau tidak solat berjemaah tetapi tetap mendirikan solat lima waktu. Beliau juga selalu mendirikan solat malam. Bahauddin turut menceritakan bahawa Salahuddin tidak pernah membayar zakat kerana beliau tidak mempunyai harta dan wang yang cukup nisab[52]
            Disini, penulis ingin mengatakan Islam bukan agama peperangan. Namun pada ketika Islam diancam, Islam adalah agama yang mengangkat perang sebagai sesuatu yang suci.
            Tujuan perang dalam Islam berkembang bagi menegakkan agama Islam. Ini sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud, “Aku disuruh memerangi manusia sehingga mereka berkata tidak ada tuhan selain Allah, dan mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat, apabila mereka berkata demikian, darah dan harta mereka terselamat daripadaku kecuali dengan haknya, dan perhitungannya terserah pada Allah.”[53]
            Maka, kita dapat lihat disini betapa pentingnya golongan muda pada zaman Rasulullah SAW sehingga sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan agama yang suci iaitu agama Islam sehingga syahid di jalan Allah SWT. Begitu juga zaman selepasnya dimana Salahuddin Al-Ayyubi menjadi panglima perang di waktu usia muda demi mempertahankan agama Islam daripada ditindas oleh orang-orang kafir. Maka kita lihatlah zaman muda mereka penuh dengan usaha dalam menyampaikan kalimah suci iaitu “tiada tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu Rasulullah”. Peperangan juga adalah salah satu metod dakwah, maka dengan itulah dakwah islam sampai hingga kehari ini hasil daripada perjuangan orang-orang terdahulu.

2.4       KEUTAMAAN DAKWAH
            Dalam pandangan Islam, banyak sekali keutamaan dakwah, dalam al-Quran banyak ditemukan ayat-ayat yang bersifat memotivasi diri pemuda untuk melakukan dakwah, antaranya:

Maksudnya:
Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.[55]

Ayat ini memberikan gambaran tentang kedudukan yang tinggi dan mulia bagi orang yang berdakwah. Pada ayat-ayat lain Allah SWT menjanjikan keuntungan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat bagi orang-orang yang berdakwah. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.[57]

Berdakwah juga merupakan sebaik-baik perkataan

Maksudnya:
Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"[59]

Orang yang berdakwah akan mendapat anugerah rahmat Allah SWT yang melimpah. Perhatikan Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[61]

2.5       MORAL DAN AGAMA REMAJA
            Remaja masa kini menaruh minat pada agama menganggap bahawa agama berperanan penting dalam kehidupan. Minat pada agama antara lain tampak dengan membahas masalah agama. Mengikuti perjalanan-perjalanan agama di sekolah dan dipengajian tinggi dan mengikuti berbagai upacara agama. moral umat manusia yang semakin rumit, bahkan melupakan sendi-sendi ajaran keagamaan, merupakan kemerosotan moral yang kian hari semakin perlu kepada bimbingan rohani dan nilai-nilai etika di antara manusia  yang mungkin mampu mengubati trauma kehidupan era moden yang semakin canggih dan tidak lagi menyentuh nilai-nilai manusiawi sebagaimana yang diharapkan semua lapisan masyarakat. Nilai-nilai rohani tersebut kata al-Maududi dapat ditempuh dengan cara saling membantu (nasihat menasihati sesama manusia sebagai saudara). syari’at Ilahi juga harus disebarkan kepada setiap peribadi, termasuk dikalangan para generasi muda sehingga manusia bersatu dalam  merenungkan nilai-nilai ketuhanan yang menjadi tujuan akhir manusia.[62]

            2.5.1    Perkembangan Moral Remaja
            Moral diambil dari bahasa Latin Mos (jamak, mores) yang bererti kebiasaan, adat. Sementara moralitas secara lughawi juga berasal dari kata mos bahasa Latin (jamak, mores) yang berarti kebiasaan, adat istiadat. Kata bermoral mengacu bagaimana suatu masyarakat yang berbudaya berperilaku, dan kata moralitas juga merupakan kata sifat latin moralis mempunyai erti yang pada dasarnya sama dengan moral hanya ada nada lebih abstrak. Kata moral dan moralitas memiliki erti yang sama, maka dalam pengertian di sini lebih ditekankan pada penggunaan moralitas, kerana sifatnya yang abstrak. Moralitas adalah sifat moral atau keseluruhan asas dan nilai yang berkenaan dengan baik dan buruk.[63]
            Seorang dapat dikatakan bermoral apabila tingkah laku orang tersebut sesuai dengan nilai-nilai moral yang dijunjung tinggi oleh kelompok sosial. Sehingga tugas penting yang harus dikuasai remaja adalah mempelajari apa yang diharapkan oleh kelompok daripadanya dan kemudian mahu membentuk perilakunya agar sesuai dengan harapan sosial tanpa terus dibimbing, diawasi, didorong dan diancam hukuman seperti yang dialami waktu kanak-kanak.[64]
            Remaja diharapkan mengganti konsep-konsep moral yang berlaku umum dan merumuskannya ke dalam kelompok moral yang akan berfungsi sebagai pedoman bagi perilakunya. Sekarang remaja harus mengendalikan perilakunya sendiri, yang sebelumnya menjadi tanggunjawab orang tua dan guru.[65]
            Islam memberikan ukuran dan nilai-nilai dasar moral, untuk membimbing dan mengendalikan seluruh kehidupan manusia. Islam memberikan kod etika dan tindak-tanduk menyeluruh untuk individu dan menunjuk cara untuk sampai kepada keagungan moral setinggi mungkin, memberikan dasar-dasar moral sebagai tempat membangun masyarakat yang benar-benar baik. Dapat diterima sebagai dasar tindak-tanduk peribadi atau golongan, dapat menyelamatkan kehidupan manusia dari anarkis[66] dan kekacauan.[67]
            Menurut Maududi dan ia juga menegaskan bahawa untuk membentuk iman yang benar dan moral yang kuat harus dimulai dari pengucapan kata la Ilaha illallah, Muhammmadurrasulullah, dengan mengucapkan kata-kata ini, orang diharapkan berubah secara umum.[68]
            Proses perubahan yang diinginkan Maududi dalam  hal ini adalah bahawa dengan kekuatan kalimah syahadah tersebut, pengaruhnya dapat melampaui ikatan darah (tali persaudaraan).[69] Kalimat tauhid tersebut juga dapat menyatukan orang asing ke dalam satu bangsa, iman dan agama. Dengan itu, ternyatalah bahawa syahadah la Ilaha illallah, Muhammmadurrasulullah mengandungi bahagian Tauhid, kerana syahadah ini adalah Tauhid Uluhiyyah. Dan Tauhid Uluhiyyah mengandungi tauhid bahagian Rububiyyah dan Tauhid Asma’ Wal-Sifat.[70]
            Remaja dalam perkembangan keperibadiannya selalu memerlukan seseorang tokoh identifikasi. Identifikasi bererti dorongan untuk menjadi identiti (sama) dengan seorang lain. Pada remaja, biasanya tokoh yang ingin disamai (tokoh identifikasi) adalah ayah atau ibunya. Dalam proses identifikasi ini, anak mengambil alih (biasanya dengan tidak disedari oleh anak itu sendiri) sikap-sikap, norma dan sebagainya dari tokoh identifikasi. Jadi dalam proses identifikasi anak tidak saja ingin menjadi identiti secara lahiriah, tetapi justeru secara batiniah. Anak-anak yatim piatu tidak mempunyai tokoh identifikasi tertentu, sehingga perkembangan keperibadian yang kurang sempurna, mudah terpengaruh, mudah terjerumus dan terpengaruh dengan gejala sosial. Untuk menghindari hal ini sebaiknya remaja-remaja seperti itu diberi tokoh identifikasi pengganti (nenek, pak cik atau rumah anak-anak yatim).[71]
            Perkembagnan moral adalah salah satu topik tertua yang menarik minat mereka yang ingin tahu mengenai sifat dasar manusia. Kini kebanyakan orang memiliki pendapat yang kuat mengenai tingkah laku yang dapat diterima dan yang tidak dapat diterima, tingkah laku layak dan tidak layak, dan cara-cara yang harus dilakukan untuk mengajarkan tingkah laku yang dapat diterima dan layak kepada remaja.[72]
            Teori psikoanalisis tentang perkembangan moral menggambarkan perkembangan moral, teori psikoanalisis  dengan pembahagian struktur keperibadian manusia menjadi tiga  yaitu ID, EGO dan SUPER EGO. ID adalah struktur keperibadian yang terdiri atas aspek biologi yang tidak rasional dan tidak disedari. EGO adalah struktur keperibadian yang terdiri dari aspek psikologi iaitu sub sistem ego yang rasional dan disedari, namun tidak memiliki moral. SUPER EGO adalah struktur keperibadian yang terdiri atas aspek sosial yang berisikan sistem nilai dan moral yang benar-benar memperhitungkan “benar” atau “salah” tentang sesuatu.[73]

2.5.2    Perkembangan Keagamaan Remaja
            Latar belakang kehidupan beragama remaja dan ajaran agamanya berkenaan dengan hakikat dan nasib manusia,  memainkan peranan penting dalam menentukan konsepnya tentang apa dan siapa dia, dan akan menjadi apa dia. Agama seperti yang kita temukan dalam kehidupan sehari-hari terdiri atas suatu sistem tentang keyakinan-keyakinan, sikap-sikap dan praktik-pratik yang kita anut, pada umumnya berpusat pada pemujaan.[74]
            Disudut pandangan individu yang beragama, agama adalah sesuatu yang menjadi urusan terakhir baginya. Ertinya bagi kebanyakan orang, agama merupakan jawapan terhadap kehausannya, jaminan, dan keyakinan tempat mereka meletakkan dirinya dan untuk menolong harapan-harapannya.[75]
            Dari sudut pandangan sosial, seseorang berusaha melalui agamanya untuk memasuki hubungan-hubungan bermakna dengan orang lain, mencapai komitmen yang ia pegang bersama dengan orang lain dalam ketaatan yang umum terhadapnya. Bagi kebanyakan orang agama merupakan dasar terhadap falsafah hidupnya.[76]
            Bagi remaja, agama memiliki erti yang sama pentingnya dengan moral. Bahkan, sebagaimana dijelaskan oleh Adams dan Gullotta agama memberikan sebuah kerangka moral, sehingga membuat seseorang mampu membandingkan tingkah lakunya. Agama dapat menstabilkan tingkah laku dan boleh memberikan penjelasan mengapa dan untuk apa seseorang ada di dunia ini. Agama memberikan perlindungan rasa aman, terutama bagi remaja yang tengah mencari kewujudan dirinya.[77]
            Dibandingkan dengan masa awal kanak-kanak misalnya, keyakinan agama remaja telah mengalami perkembangan yang cukup bererti. Kalau pada masa awal kanak-kanak ketika mereka baru memiliki kemampuan berfikir simbolik. Tuhan dibayangkan sebagai seseorang yang berada diawan, maka pada masa remaja mereka mungkin berusaha mencari sebuah konsep yang lebih mendalam tentang Tuhan dan kewujudannya. Perkembangan pemahaman remaja terhadap keyakinan agama ini sangat dipengaruhi oleh perkembangan kognitifnya.[78]
            Oleh kerana itu meskipun pada masa awal kanak-kanak ia telah diajarkan agama oleh orang tua mereka, namun kerana pada masa remaja mereka mengalami kemajuan dalam perkembagnan kognitif, mereka mungkin mempertanyakan tentang kebenaran keyakinan agama mereka sendiri. Sehubungan dengan pengaruh perekembangan kognitif terhadap perkembangan agama selama masa remaja ini.[79]
            Seseorang dapat dikatakan bermoral, apabila tingkah  laku orang tersebut sesuai dengan nilai-nilai moral yang di junjung tinggi oleh kelompok sosialnya. Sehingga tugas penting  yang harus dikuasai remaja adalah mempelajari apa yang diharapkan oleh kelompoknya.[80]

2.6       PERANAN AGAMA DALAM MEMERTABATKAN GENERASI MUDA
            Agama merupakan himpunan sejumlah prinsip dan peraturan yang memerlukan penghayatan. Walaupun agama mempunyai prinsip dan peraturan yang baik dan elok, ia tidak akan bermakna dan mendatangkan manfaat sekiranya ia tidak dihayati dan diamalkan. Oleh itu agama akan berperanan sekiranya ada orang yang mengamalkannya.[81]
            Agama Islam telah menentukan hala tuju yang perlu dimainkan oleh individu dan masyarakat agar dapat membentuk insan yang seimbang di dalam aspek-aspek jasmani, rohani dan intelek.[82]
            Sebelum penulis menghuraikan pandangan Islam yang memertabatkan generasi muda khususnya kepada remaja menuju hidup yang lebih baik, penulis akan cuba menghuraikan beberapa prinsip penting yang menggambarkan pandangan Islam tentang peranan agama.
            Islam memandang bahawa kehadiran agama di dunia ini adalah bertujuan untuk mengubah masyarakat (al-nas[83]) dari berbagai-bagai kegelapan kepada cahaya; dari zulmat[84]t kepada al-nur[85] sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Ibrahim;

Maksudnya:
Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.[87]

         Lagi firman Allah S.W.T di dalam surah al-Maidah;

Maksudnya:
Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya.[89]


Maksudnya:
Dia lah Yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran Yang terang nyata, kerana ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.[91]
            
Dari ayat-ayat di atas jelas bahawa Islam adalah agama yang menghendaki perubahan dalam masyarakat khusus kepada golongan remaja. Islam diturunkan bukan untuk memperakui status masyarakat jahiliyah, tetapi kedatangannya untuk memperbaiki masyarakat tersebut dari pelbagai kegelapan atau kezaliman (zulmat).
            Islam adalah agama dakwah. Dakwah bererti menyeru dan mengajak orang supaya mengamalkan kebaikan dan petunjuk, menyuruh makruf dan mencegah mungkar. Setiap muslim berkewajipan untuk menjalankan dakwah mengikut kemampuan masing-masing. Oleh itu apabila menjadi muslim, secara automatik menjadi pendakwah[92].
            Dalam mengangkat darjat dan kedudukan generasi muda, islam telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab ini kepada beberapa pihak, di antaranya:

        i.            Institusi kekeluargaaan:
            Firman Allah di dalam surah Luqman;

Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar"[94]

         Seterusnya Luqman al-Hakim memberi nasihat kepada anaknya;

Maksudnya:
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
"Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".[96]

      ii.            Institusi dakwah dan pendidikan
            Para pendakwah dan para pendidik hendaklah menunjukkan dan membuktikan rasa tanggungjawab mereka untuk membentuk dan membimbing generasi muda. Misi dan visi sebagai pendakwah dan pendidik hendaklah jelas. Generasi muda adalah orang yang memerlukan bimbingan dan pendidikan. Mereka hendaklah berusaha sedapat yang mampu untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan dengan sebaik mungkin.[97]
            Penampilan diri para pendakwah hendaklah benar-benar boleh dijadikan contoh teladan yang baik bagi generasi muda, sehingga generasi muda menghormati dan menaruh kepercayaan kepada mereka sebagai pendakwah dan pendidik.[98]

2.7       PERANAN REMAJA DALAM MENGEMBANGKAN DAKWAH
            Pemuda yang akan berperanan dalam mengembangkan dakwah adalah pemuda yang memiliki iman yang mantap, ilmu yang memadai dan amal yang ihsani. Ketiga-tiganya harus menyatu pada diri pemuda yang akan mengembangkan dakwah Islam. Ilmu berguna memperkaya pengetahuan dan menjadi faktor pelengkap dari makna terhadap keimanan dan kehidupan, dan amal merupakan upaya keteladanan sebagai juru dakwah yang akan menjadi tuntutan  (orang yang didakwahi).[99]

2.7.1    Strategi Dakwah Islam
            Kata strategi berasal dari bahasa Yunani “strategia” yang diertikan sebagai “the art of the general” atau seni seorang panglima yang biasanya digunakan dalam peperangan. Dalam pengertian umum, strategi adalah cara untuk mendapatkan kemenangan atau mecapai tujuan. Strategi pada dasarnya merupakan seni dan ilmu menggunakan dan mengembangkan kekuatan (ideologi, politik, ekonomi,sosial-budaya dan pertahanan) untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan sebelumnya.[100]
            Menurut Onong Uchjana Effendi, bahawa strategi adalah rancangan dan pengurusan untuk mencapai tujuan. Untuk mencapai tujuan tersebut, strategi tidak berfungsi sebagai peta jalan yang hanya menunjukan arah saja, melainkan harus menunjukan taktik operasinya.[101]Strategi dakwah Islam adalah rancangan dan penyerahan kegiatan dan operasi dakwah Islam yang dibuat secara rasional untuk mencapai tujuan-tujuan Islam yang meliputi seluruh dimensi kemanusiaan.
            Strategi dakwah yang dipergunakan di dalam usaha dakwah harus memperhatikan beberapa asas dakwah, agar proses dakwah dapat mengena sasaran dan mudah diterima oleh masyarakat. Beberapa asas dakwah yang harus diperhatikan di antaranya sebagai berikut :
        i.            Asas filosofis.[102] Asas ini terutama membicarakan masalah yang erat hubungannya dengan tujuan-tujuan yang hendak dicapai dalam proses atau dalam aktiviti dakwah.[103]
      ii.            Asas kemampuan dan keahlian da’i.[104]
    iii.            Asas sosiologi. Asas ini membahas masalah-masalah yang berkaitan dengan situasi dan kondisi sasaran dakwah. Misalnya, politik, pemerintah setempat, majoriti agama di daerah setempat, filosofis sasaran dakwah. Sosio-budaya sasaran dakwah dan sebagainya.[105]
    iv.            Asas psikologi[106]. Asas ini membahas masalah yang erat hubungannya dengan kejiwaan manusia. Seorang dai’e adalah manusia, begitupun saranan dakwahnya yang memiliki karakter (kejiwaan) yang unik iaitu berbeza satu sama lainnya. Apatah lagi masalah agama, yang merupakan masalah ideologi atau kepercayaan tidak luput dari masalah-masalah psikologi sebagai asas (dasar) dakwahnya.[107]
      v.            Asas efektifitas[108] dan efisiensi[109]. Asas ini maksudnya adalah di dalam aktiviti dakwah harus berusaha menyeimbangakan antara kos, waktu maupun tenaga yang dikeluarkannya dengan pencapaiaan hasilnya, bahkan sekiranya dapat waktu, kos dan tenaga sedikit dapat memperoleh hasil yang maksima mungkin. Dengan kata lain ekonomi kos, tenaga dan waktu, tapi dapat mencapai hasil yang maksima mungkin atau setidak-tidaknya seimbang antara keduanya,[110]
            Dengan mempertimbangkan asas-asas sebagaimana tersebut diatas, seorang dai’e tinggal memformulasikan dan menerapkan strategi dakwah yang sesuai dengan kondisi mad’u sebagai objek dakwah.[111]

2.7.2    Cara Berdakwah
            Perkara yang perlu diperhatikan dalam berdakwah adalah mendahulukan yang paling penting diantara yang penting, dalam hal ini mendahulukan akidah tauhid sebelum memberikan bahan yang berhubungan dengan ibadah. Sepanjang pengamatan penulis, sebagian dakwah dewasa ini terutama di kalangan pemuda lebih banyak diberikan bahan tentang ibadah, tanpa terlebih dahulu diberikan pengajaran tauhid yang mantap. Terlebih tawaran tersebut disertai dengan ancaman-ancaman yang menakutkan. Keadaan ini terjadi, kerana adanya andaian pemuda-pemuda yang mengikuti pengajian adalah beragama Islam sejak lahirnya, agama berdasarkan keturunan.
            Sehingga timbul kesan persoalan-persoalan dalam rangka memantapkan tauhid diketepikan. Untuk itu kita tidak perlu hairan banyak diantara para pemuda yang rajin mengikuti pengajian tetapi rajin juga mengerjakan hal-hal yang dilarang oleh agama. Jika kita belajar dari Rasulullah SAW dalam berdakwah memerlukan waktu yang lebih banyak iaitu sekitar 13 tahun dalam rangka memantapkan keimanan manusia kepada Allah SWT, Rasulullah SAW menawarkan tentang persoalan-persoalan ibadah menghabiskan waktu sekitar 10 tahun. kerana waktu yang diperlukan sangat lama dan tidak mudah merubah kebiasaan dan keyakinan orang lain, maka dari sini dapat juga difahami bahawa dakwah memerlukan ketekunan dan kesabaran dari pelakunya.[112]
            Persoalan yang kita hadapi sekarang adalah tentangan dakwah yang semakin hebat, baik yang bersifat dalaman mahu­ pun luaran. tentangan itu muncul dalam berbagai bentuk kegiatan masyarakat moden, seperti perilaku dalam menda­patkan hiburan dan seni dalam erti luas, yang semakin mem­buka peluang munculnya kelemahan-kelemahan moral dan etika. Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan agar dakwah Islam di era informasi sekarang tetap relevan, efektif, dan produktif.[113]
            Pertama, perlu ada guru agama yang serius untuk memproduksi juru-juru dakwah dengan pembahagian kerja yang rapi. Ilmu tabligh belaka tidak cukup untuk mendukung proses dakwah, melainkan diperlukan pula berbagai penguasaan dalam ilmu-ilmu teknologi informasi yang paling mutakhir.[114]
     Kedua, setiap organisasi Islam yang berminat dalam tugas-tugas dakwah perlu membangun bengkel dakwah. Dari hasil ini akan dapat diketahui masalah-masalah jelas di lapangan, agar jelas apa yang akan dilakukan.[115]
            Ketiga, proses dakwah tidak boleh lagi terbatas pada dakwah bil-lisan, tapi harus diperluas dengan dakwah bil-hal, bil-kitaabah, bil-hikmah, bil-iqtishadiyah (ekonomi), dan sebagainya.[116]
            Keempat, media massa cetak dan terutama media elektronik harus digunakan juga. Media elektronik yang dapat menjadi panduan atau metod dakwah perlu dimiliki oleh umat Islam.[117] Bila keadaan Malaysia di masa depan dipenuhi oleh pesan-pesan agama lain dan sepi dari pesan-pesan Islami, maka sudah tentu keadaan seperti ini tidak menguntungkan bagi peningkatan dakwah Islam di tanah air.
2.7.3    Teladan Dalam Dakwah
            Seorang dai’e atau pemuda yang berdakwah, setelah ia dilengkapi dengan berbagai pengatahuan yang mendalam dan mengetahui Islam secara benar, pada tahap berikutnya pemuda selayaknya menjadi teladan, atau dengan kata lain mengamalkan ilmu yang ia miliki, direalisasikan dalam tingkah laku segala pemahamannya terhadap Islam.
            Ilmu dalam Islam bukanlah sekadar ilmu lantas mengendap begitu saja, tetapi ilmu dalam Islam adalah ilmu yang berfanfaat, ilmu yang dikatakan bermanfaat ialah ilmu yang boleh direalisasikan dalam bentuk perbuatan. Ilmu dalam Islam bukan perkataan falsafah, tetapi ilmu dalam Islam perlu perlaksanaan.[118]
            Seorang dai’e yang terlebih dahulu mengamalkan apa yang ia serukan akan memberikan pengaruh yang sangat besar terhadap masyarakat di mana ia berada. Tetapi seorang dai’e yang melakukan sesuatu berbeza dengan apa yang ia serukan maka dai’e tersebut tidak mendalam dan tidak memiliki martabat dalam masyarakat. Rasulullah SAW adalah contoh teladan yang baik terhadap apa yang ia serukan sehingga Islam dapat tersebar disemanjung jazirah Arab hanya dalam kurun waktu yang sangat singkat saja.[119]
            Aisyah Ummul Mu’minin pernah ditanya bagaimana akhlak Rasulullah SAW Aisyah menjawab bahawa Akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran, dalam erti lain bahawa Rasulullah SAW adalah keseluruhan dari isi kandungan al-Quran atau dengan kata lain Rasulullah SAW adalah dai’e memberikan teladan sepenuhnya terhadap apa yang beliau serukan.[120] Islam adalah sebuah agama yang indah jika dibaca dalam buku-buku, Islam mengajarkan perdamaian, keselamatan, cinta kasih, saling menghormati. Islam mengajarkan kebersihan zahir dan batin, Islam mengajarkan kejujuran, Islam menganjurkan menghormati fakir miskin dan anak yatim, Islam mengajarkan bagaimana menghormati orang tua. Ini semua adalah keindahan-keindahan yang ditemukan dalam ajaran Islam.[121]
            Tetapi sungguh sangat disayangkan ketika kita melihat realiti dunia Islam sangat berbeza sekali dengan apa yang ditemukan dalam buku-buku keIslaman. Orang-orang Islam kebanyakan tidak memperhatikan kebersihan, saling membunuh satu sama lain, tidak menaruh hormat terhadap sesama. Ini semua disebabkan kerana kurangnya bentuk realisasi ajaran Islam dalam kehidupan seharian[122].

2.8       PEMUDA HARAPAN ISLAM
            Al-Quran banyak mengisahkan perjuangan para Nabi dan Rasul yang kesemuanya adalah orang-orang terpilih daripada kalangan pemuda yang berusia sekitar empat puluhan. Bahkan ada diantara mereka yang telah diberi kemampuan untuk berdebat dan berdialog sebelum umurnya genap 18 tahun. Berkata Ibnu Abbas r.a. “Tak ada seorang nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia dipilih di kalangan pemuda sahaja (yakni 30 - 40 tahun). Begitu pula tidak seorang ‘Alim pun  yang diberi ilmu, melainkan ia hanya dari kalangan pemuda”[123].
            Tentang Nabi Ibrahim, al-Quran lebih jauh menceritakan bahawa beliau telah berdebat dengan kaumnya, menentang peribadatan mereka kepada patung-patung. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dan Demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan Yang benar Dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya.
Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini Yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?"
Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek Kami selalu menyembahnya".
Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah Dalam kesesatan Yang nyata".
Mereka bertanya: "Adakah Engkau membawa kepada Kami sesuatu Yang benar (sebagai seorang Rasul), atau Engkau dari orang-orang Yang bermain-main sahaja?"
Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan Yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah Yang menciptanya; dan Aku adalah dari orang-orang Yang boleh memberi keterangan mengesahkan Yang demikian itu.[125]

            Junjungan kita Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul tatkala baginda berumur 40 tahun. Pengikut-pengikut baginda pada generasi pertama kebanyakannya juga  daripada kalangan pemuda, bahkan ada yang masih kecil.
            Pemuda seperti itulah yang sanggup memikul beban dakwah serta  menghadapi berbagai  dugaan dengan penuh kesabaran. Firman Allah;

Maksudnya:
88. (Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang Yang beriman bersamanya, berjihad Dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang Yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga Yang berjaya.[127]

            Selanjutnya bagaimana peranan pemuda dalam mengembangkan dakwah islamiyah? Kita sebagai pemuda muslim wajib berperanan dalam pengembangan  dakwah Islam, kerana tonggak penggerak akan kemajuan Islam ada dipundak para pemuda Islam dengan segenap kemampuan serta pengorbanannya.[128]
            Salah satu peranan yang dapat kaum muda muslim lakukan dalam peranannya meneruskan risalah Rasulullah SAW adalah dengan berdakwah. Dakwah diertikan sebagai proses  mengajak, yang tentunya mengajak pada hal yang positif. Adapun cara mengajak atau cara berdakwah yang dimaksudkan sangatlah berbagai samaada pada mimbar dengan pengajian-pengajian, majlis taklim dan sebagainya, kerana proses dakwah sangatlah dinamik.[129]

2.9       DAKWAH ISLAM MASA KINI
            Para pemuda wajib mempersiapkan diri dengan pemahaman Islam yang jernih secara mendalam agar mampu menampilkan Islam sebagai sistem hidup yang komprehensif. Sistem Barat yang sedang memimpin dunia kini telah terbukti tidak mampu menjamin kesejahteraan dan ketenteraman serta kebahagian umat manusia, bahkan untuk masyarakat mereka sendiri pun tidak. Komunisme telah dikubur masyarakatnya sendiri pada tahun 1991. Kapitalisme nampaknya akan segera pula berakhir. Dua orang ahli dan praktis ekonomi AS, Harry Fifi dan Gerald Swanson, dalam bukunya yang terbit awal 1994 memperkirakan negaranya akan mengalami kemerosotan ekonomi pada tahun 1995. Mereka meramalkan, AS tidak akan mampu melunaskan hutangnya yang mencapai 6.56 trilion dolar pada tahun tersebut! Jadi Islamlah yang berhak memimpin dunia ini seperti dulu pernah terjadi. Rasulullah SAW bersabda: "Perkara ini (iaitu Islam) akan merebak ke segenap penjuru yang ditembus malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumahpun, baik gedung maupun gubuk melainkan Islam akan memasukinya sehingga dapat memuliakan agama yang mulia dan menghinakan agama yang hina. Yang dimuliakan adalah Islam dan yang dihinakan adalah kekufuran." [130]
            Inilah misi dan tanggung jawab generasi Islam di masa kini, iaitu mengembang dakwah Islam di tengah-tengah masyarakat kaum muslimin untuk menghidupkan Islam kembali. Hanya pemuda-pemuda Islamlah yang mampu menjayakan rencana tersebut. Banyak di antara pemuda sekarang yang telah bangkit, sedar dan bangun dari tidurnya bahawa Islamlah satu-satunya pandangan hidup mereka. Timbul dorongan besar dalam diri mereka untuk memperjuangkan islam, bersama gerakan-gerakan Islam yang saat ini sudah ada di seluruh dunia Islam yang jumlahnya sudah mencapai ribuan dan anggotanya kebanyakan adalah dari kalangan pemuda. Inilah masa kebangkitan pemuda Islam. Persatuan dunia Islam dan tegaknya kembali panji Laa Ilaha Illallaah Muhammadur Rasululllah ada di hadapan mereka.[131]
            Masa Depan Di Tangan Islam. Berdasarkan dalil-dalil yang kuat, diyakini Islam akan melingkupi seluruh dunia dimasa depan. 

Maksudnya:
Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) Dengan membawa petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikanNya atas Segala ugama Yang lain, Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.[133]

            Bila kejayaan Islam masa lalu muncul akibat dakwah Islam yang banyak ditunjangi oleh para pemuda pemudi Islam yang memiliki sifat dan sikap perjuangan yang gigih yang sanggup tanpa mengira siang dan malam demi kepentingan Islam. Maka demikian juga masa depan Islam. Sunnahtullah tidak pernah berubah. Siapa yang unggul dialah pemimpin ummat Islam masa lalu, terutamanya para pemuda-pemudi unggul kerana mereka benar-benar memeluk Islam secara Kaffah, lurus aqidahnya dan penuh ketaatannya pada syariatnya.[134]
            Pemuda-pemudi Islam sekarang hidup dalam lingkungan jahiliah disekitarnya berlaku tentangan kehidupan tidak Islam dalam hampir semua aspek kehidupan, disertai dengan proses melenyapkan islam melalui media massa yang semakin berleluasa. Dari satu sudut mereka tetap muslim tetapi dari sudut yang lain, pemikiran, perasaan dan tingkah laku dalam berpakaian, bergaul, bermuamalah telah banyak dicemari oleh pemikiran, perasan dan tingkah laku tidak islami yang kebanyakan bersumberkan dari khazanah pemikiran kafir Barat. Kafir Barat bersungguh sungguh melakukan proses pembaratan (westernisasi). Melalui racun sesat pemikiran Barat (westoxciation), mereka berusaha mempengaruhi dan membelokkan pemahaman kaum muslimin terutamanya kaum mudanya agar jauh dari nilai-nilai Islam yang murni. Dalam bidang ekonomi mereka mengembangkan kapitalisme yang berintikan asas manfaat. Menurut mereka, apa saja boleh dilakukan bila menguntungkan secara material, tidak peduli sekalipun ia bertentangan dengan aturan agama. Dalam bidang budaya menyebarkan westernisme yang berintikan amoralisme jahilliah. Bagi mereka tidak ada pantang larang, termasuk seks bebas, pakaian tidak senonoh, apatah lagi tidak menggangu kepentingan orang lain.[135]
            Dalam bidang politik, penyebaran nasionalisme yang menyebabkan kaum muslimin terpecah belah. Bila tidak waspada, pemuda-pemudi Islam masa kini akan dengan mudah terasing dari agamanya. Ajaran-ajaran Islam tentang pakaian, makanan politik dan sebagainya, ditanggapinya sebagai fikiran dan seruan yang asing.[136]
            Dahulu, (Imam) Syafii telah hafal al-Quran pada usia sekitar 9 tahun dan mulai diminta ijtihadnya pada usia kira-kira 13 tahun, akhirnya ia menjadi mujtahid, imam mazhab yang terkemuka. Hassan Al Banna mendirikan gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun. Usamah bin Zaid pada usia 18 tahun telah memimpin pasukan perang. Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam pada usia 8 tahun telah terlibat dalam perjuangan. Kini, apakah yang sedang dilakukan dan difikirkan oleh remaja berusia 8 hingga 18 tahun dan pemuda-pemudi berusia 23 tahunan? Remaja dan pemuda-pemudi sekarang lebih banyak aktif untuk memuaskan nafsu remaja semata-mata. Lihatlah cara berpakaian mereka, cara bergaul, kreativiti dan sejenisnya. Gambaran remaja dan pemuda-pemudi yang tampil di berbagai media, tak ada bezanya antara mereka (yang mengaku Muslim) dengan artis-artis yang jelas menyebarkan kekufuran dan kesesatannya, realiti inilah yang terpampang di depan mata dan telinga kita.[137]
            Daripada huraian di atas maka sangatlah jelas, perlunya kebangkitan umat, khususnya dari kaum mudanya, bila kita semua menginginkan kejayaan Islam kembali. Diperlukan pemuda-pemudi Islam sekualiti para sahabat yang memiliki komitmen tauhid yang lurus, keberanian menegak kebenaran.

2.10     KESIMPULAN
            Pembinaan watak remaja amat berkait rapat dengan masyarakat sekelilingnya. Anggota masyarakat yang baik dan beramanah akan membina masyarakat yang hidup dalam keadaan rukun dan harmoni serta membentuk generasi yang berdisiplin, bersemangat waja dan berketerampilan.
            Masyarakat yang mempunyai budaya hidup yang kucar-kacir akan mencetuskan kecelaruan dan kekeliruan dalam anggotanya. Oleh itu, ibu bapa dan anggota masyarakat sangat berperanan dalam mendidik remaja agar dapat menyesuaikan diri dengan anggota masyarakat dan menerapkan nilai-nilai murni dalam hidup bermasyarakat.[138]
            Pemuda yang akan berusaha dalam mengembangkan dakwah adalah pemuda yang memiliki iman yang mantap, ilmu yang memadai dan amal yang ihsani. Ketiga-tiganya harus menyatu pada diri pemuda yang akan mengembangkan dakwah Islam.[139] Ilmu berguna memperkaya pengetahuan dan menjadi faktor dari pemaknaan terhadap keimanan dan kehidupan, dan amal merupakan upaya keteladanan sebagai juru dakwah yang akan menjadi tuntunan mad’u.[140]
            Berdasarkan huraian dalam bab ini maka penulis mengemukakan beberapa kesimpulan sebagai berikut:
        i.            Pemuda adalah aset bangsa dan agama yang tidak boleh diabaikan, kerana ianya memiliki peranan yang pelbagai, iaitu peranan masa kini dan peranan masa depan, pemuda juga memiliki kelebihan dalam memikul misi dakwah jika dibanding dengan orang tua, kerana ianya berada di antara dua kelemahan-kelemahan iaitu kelemahan masa kanak-kanak dan kelemahan orang tua.
      ii.            Pemuda juga memiliki dua kekuatan, iaitu kekuatan mental yang dapat dipupuk menjadi mental patriotisme dan kekuatan fizikal, yang mana kedua-dua kekuatan ini dapat menanggung dan memikul beban-beban dakwah yang berat.
    iii.            Seorang pemuda sebelum berdakwah ia hendaklah membekali diri terlebih dahulu dengan berbagai macam pengetahuan. Baik pengetahuan keIslaman yang merangkumi pengetahuan tentang al-Quran, tentang hadis Rasulullah SAW, tentang biografi Rasul, tentang fiqh dan usul fiqh, tentang ilmu Tauhid, ia juga hendaklah membekali diri dengan pengetahuan sejarah dan pengetahuan kebenaran agar boleh berjaya ketika memikul misi dakwah.
    iv.            Ada beberapa peranan yang dapat dipikul oleh seorang pemuda dalam mengembangkan dakwah Islam iaitu, pemahaman murni terhadap agama Islam sehingga tidak menimbulkan dalam dirinya sifat al-Ifrat wa At-tafrit[141] dan sikap ekstrim.





[2] Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh Wan Roslili Abdul Majid (2001), “Belia Dan         Masyarakat”, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, h.4
[3] Laman Web, Kabid Penyiaran dan Dakwah PD, http://www.waspada.co.id/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=16348, 30 disember 2013.
[5] Pelaksanaan
[6] Laman Web, PMI PDIK UIN Suska, op cit.
[7] Penyangga
[8] Laman Web, Tabligh Online, http://tabligh.or.id/2013/peranan-pemuda-dalam-dakwah-islamiyah/, 28 Januari 2014
[9] Laman Web, Kumpulan tulisan Ust. Sofyan Siroj, Lc, MM, http://qr-sofyansiroj.blogspot.com/2011/07/peranan-pemuda-dalam-islam.html, 28 Januari 2014
[11] Ibid.
[12] Ibid.
[13] Ibid.
[14] Ibid.
[15] Robiah Kulop Hamzah (2001), Remaja Dan Pengurusan Diri, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h.42
[16] Ibid., h.43
[17] Ibid., h.43
[18] Ibid., h.44
[19] Ibid., h.45
[20] Ibid., h.45
[21] Ibid., h.46
[22] Ibid., h.46
[23] Ibid., h.47
[24] Ibid., h.47
[25] Shafie Abdul Rahman (2001), 25 Pahlawan Islam, Kuala Lumpur: Must Read Sdn Bhd, h.vii
[26] Ibid., h.viii
[27] Ibid., h.viii
[28] Ibid., h.vii
[29] Ibid., h.57
[30] Abdul Latif Talib (2011), Saad Abu Waqas, Kuala Lumpur: PTS Litera Utama Sdn. Bhd, h.vii
[31] Shafie Abdul Rahman (2001), op.cit., h.58
[32] Surah Luqman (31): 14-15
[33] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), ed. 8. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, h.412
[34] Shafie Abdul Rahman (2001), op.cit., h.58
[35] Ibid., h.59
[36] Abdul Latif Talib (2011), op.cit. h.332
[37] Ibid., h.348
[38] Ibid., h.357
[39] Ibid., h.363
[40] Ibid., h.364
[41] Shafie Abdul Rahman (2011), op.cit., h.125
[42] Ibid., h.125
[43] Ibid., h.125
[44] Ibid., h.127
[45] Ibid., h.128
[46] Ibid., h.128
[47] Ibid., h.128
[48] Ibid., h.128
[49] Ibid., h.129
[50] Ibid., h.130
[51] Ibid., h.131
[52] Ibid., h.131
[53] Abdul Latip Talib, Perang-Perang Yang Benar, Kuala Lumpur: PTS Litera Utama SDN.BHD, h.iv
[54] Surah Ali-Imran (3): 110
[55] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), ed. 8, op.cit., h.64
[56] Surah Ali-Imran (3): 104
[57] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), ed. 8, op.cit., h. 63
[58] Surah Fussilat (41): 33
[59] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), ed. 8, op.cit., h.480
[60] Surah At-Taubah (9): 71
[61] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), ed. 8, op.cit., h.198
[62] Abul A’la al-Maududi (1981), al-Ummah al-Islamiyah wa Qadhiyyah al-Qaumiyah, Mesir: Dar-al Anshar, h.162
[63] Laman Web, PMI PDIK UIN Suska, op cit.
[64] Ibid.
[65] Ibid.
[66] Penganut teori Anarkisme
[67] Laman Web, PMI PDIK UIN Suska, op cit.
[68] Abul A’la al-Maududi (1981), op.cit, h.77
[69] Ibid., h.78
[70] Dr. Muhammad Naim Yasin, Iman: Rukun, Hakikat dan Pembatalannya, Abdul Rahman Abdullah (terj.).  Alor Star: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd., h.19
[71] Netty Hartati (2004) , Islam dan Psikologi. Jakarta: Raja Grafindo Persada, h.29
[72] Laman Web, PMI PDIK UIN Suska, op cit.
[73] Ibid.
[74] Ibid.
[75] Ibid.
[76] Ibid.
[77] Ibid.
[78] Ibid.
[79] Ibid.
[80] Ibid.
[81] Laman web, Ryan Koko, http://ryan-koko.blogspot.com/2012/05/peranan-pendidikan-agama-islam-dalam.html,  28 Januari 2014
[82] Ibid.
[83] Manusia.
[84] Kegelapan, kesuraman
[85] Cahaya, sinar
[86] Surah Ibrahim (14) : 1
[87] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), ed. 8, op.cit., h.255.
[88] Surah al-Maidah (5) : 15
[89] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), ed. 8. Op.cit., h.110.
[90] Surah al-HAdid (57) : 9
[91] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), ed. 8. Op.cit., h.538.
[92] Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh Wan Roslili Abdul Majid (2001), “Belia Dan         Masyarakat”, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, h.29.
[93] Surah Luqman (31) : 13
[94] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), ed. 8. Op.cit., h.412.
[95] Surah Luqman (31) : 17-19
[96] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), ed. 8. Op.cit., h.412.
[97] Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh Wan Roslili Abdul Majid (2001), op.cit., h.33.
[98] Ibid., h.33.
[99] Laman Web, Kementerian Agama Kantor Kabupaten Bintan, http://www.kemenagbintan.com/2013/11/19/peran-remaja-dalam-pengembangan-dakwah/, 28 Januari 2014
[101] Onong Uchjana Efendi (1993), Ilmu, Teori dan Filsafat Komunikasi, Bandung: Citra Aditya Bakti, h.300.
[102] filosofis, falsafi, kefilsafatan, yang berfilsafat, seperti filsuf
[103] LamanWeb, Safrina TS. Akmala, http://saftsa.wordpress.com/2013/07/10/strategi-pengembangan-dakwah/, 28 Januari 2014
[104] Ibid.
[105] Ibid.
[106] Ilmu jiwa, kejiwaan
[107] Laman Web, Safrina TS. Akmala op.cit.
[108] keberkesanan
[109] kecekapan
[110] Asmuni Syukir (1998), Dasar-Dasar Strategi Dakwah Islam, Surabaya: Al-Ikhlas, h.32-33.
[111] Laman Web, Safrina TS. Akmala, op.cit.
[112] Laman web, Kementerian Agama Kantor Kabupaten Bintan, op.cit.
[113] Ibid.
[114] Ibid.
[115] Ibid.
[116] Ibid.
[117] Ibid.
[119] Ibid.
[120] Ibid.
[121] Ibid.
[122] Ibid.
[123] Laman Web, Kampus Pusat Institut Studi Islam Darussalam Gontor Ponorogo, http://ushuluddin4.blogspot.com/2013/06/peranan-pemuda-dalam-membawa-dakwah.html, 28 Januari 2014.
[124] Surah al-Anbia’ (21) : 51-56
[125] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), op.cit. h.236
[126] Surah at-Taubah (9) : 88
[127] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), op.cit. h.201
[128] Kampus Pusat Institut Studi Islam Darussalam Gontor Ponorogo, op.cit.
[129] Ibid.
[130]Laman Web,  Mohd Azrul Azuan, http://www.mohdazrul.net/2009/05/dakwah-islam-masa-kini.html, 28 Januari 2014
[131] Ibid.
[132] Surah At-Taubah (9): 33
[133] Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), ed. 8. Op.cit., h.192
[134] Laman Web, Mohd Azrul Azuan, op.cit.
[135] Ibid.
[136] Ibid.
[137] Ibid.
[138] Laman Web, Kabid Penyiaran dan Dakwah PD. JPRMI Serdang Bedagai, op cit.
[139] Ibid.
[140] Orang yang didakwah, sasaran dakwah
[141] Al-Ifrat :Pemahaman Islam secara berlebihan dalam erti kata lain extrimisme dalam memahami seruan agama. Adapun At-tafrit: adalah pemahaman Islam yang lemah sehingga segala sesuatu dalam agama selalu dianggap enteng dan mempermudah-mudahkan masalah
0 Responses

Post a Comment

faith in islam

faith in islam
http://siaganantonio.blogspot.com. Powered by Blogger.