Unknown
ABSTRAK

SIAGAN ANTONIO (15-021/2011). “PERANAN REMAJA DALAM MENGEMBANGKAN DAKWAH: SUATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR IKMAS, SARAWAK”.

Kajian ini berkisar mengenai salah satu cabang ilmu dakwah remaja iaitu peranan remaja dalam mengembangkan dakwah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji remaja masa kini dalam berperanan mengembangkan dakwah terhadap pelajar Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak. Antaranya sejauh manakah tahap seseorang pelajar berperanan dalam mengembangkan dakwah kepada masyarakat pada masa kini. Ini kerana tuntutan dalam dakwah pada masa kini adalah wajib bagi mengatasi gejala-gejala sosial yang berlaku kepada masyarakat kita pada hari ini. Selain itu, persoalannya sejauh manakah tahap pemikiran dan usaha remaja kita pada masa kini dalam mengembangkan dakwah. Jika diperhatikan , gejala sosial yang berlaku kepada masyarakat kita pada akhir-akhir ini begitu memerbahaya kepada akidah, syariah dan akhlak khususnya kepada remaja. Penulis telah menggunakan beberapa metod untuk mendapatkan data dan membuat penilaian  terhadap fakta yang diperolehi dan menjawab persoalan-persoalan tersebut. Metod-metod tersebut ialah, pengumpulan data dan metod penganalisaan data. Dalam metod pengumpulan data, penulis telah menggunakan metod perpustakaan, metod dokumentasi, metod internet, metod observasi dan historis dalam dalam mengumpulkan bahan-bahan kajian. Manakala bagi metod penganalisaan data pula, penulis telah menggunakan metod induktif, metod deduktif dan metod komparatif. Kajian ini mengandungi lima bab termasuk bab pendahuluan dan penutup. Hasilnya kajian ini diharap dapat membuka minda dan pandangan para remaja dan juga kepada pengkaji-pengkaji yang lain bahawa betapa pentingnya peranan remaja dalam mengembangkan dakwah. Penulis berharap perkongsian ilmu yang sedikit ini mampu memberi keinsafan kepada setiap pembacanya agar dapat bersama-sama memperjuangkan usaha Baginda Rasulullah SAW dalam mengembangkan dakwah. Justeru itu, kajian ini juga adalah satu usaha untuk penambahbaikan kepada institut-institut  dan jabatan pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah atau institut-institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul yang lebih bersesuaian dengan situasi pelajar khususnya remaja yang terlibat dalam mengembangkan dakwah Islamiah. Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar-pelajar di sekolah-sekolah atau institut pengajian tinggi untuk mempelajari cara-cara berdakwah seterusnya dapat mengembangkan dakwah keseluruh alam. Penulis berharap agar kajian ini mendatangkan manfaat kepada para remaja yang akan berhadapan dengan masyarakat untuk mengembangkan dakwah Islamiah pada masa akan datang.
1 Response
  1. Unknown Says:

    mcm sama dgn tajuk tesis umu


Post a Comment

faith in islam

faith in islam
http://siaganantonio.blogspot.com. Powered by Blogger.