BAB EMPAT
MENGANALISIS PERANAN REMAJA DALAM MENGEMBANGKAN DAKWAH DI INSTITUT
KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK IKMAS
4.1 PENGENALAN
Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti peranan pelajar-pelajar Institut Kemahiran Islam
Malaysia Sarawak IKMAS dalam mengembangkan dakwah serta komitmen yang diberikan
terhadap kepuasan dalam memberi sokongan dan sebagainya. Selain itu, kajian ini
juga bertujuan melihat persepsi responden kajian terhadap aktiviti serta
peranan terhadap mengembangkan dakwah.
Setelah penulis
membuat kajian kepada pelajar-pelajar IKMAS, hasil penelitian ini adalah
kebanyakan pelajar adalah datangnya daripada keluarga yang sederhana, walau
bagaimanapun, kebanyakkan pelajar sudah mengetahui dan memahami sedikit
sebanyak pengetahuan tentang agama dan pentingnya dakwah kepada masyarakat.
Kebanyakkan pelajar mempunyai pendidikan
agama dari sekolah menengah lagi, tetapi walaupun begitu, ada segelintir
pelajar yang masih kurang faham tentang dakwah dan peranan remaja dalam
mengembangkan dakwah. Mereka menganggap kerja-kerja dan usaha-usaha dakwah
hanya terlibat kepada golongan-golongan yang tertentu sahaja. Penulis telah
membuat kaji selidik dengan beberapa
orang pelajar di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak dan membuat rumusan
dan kesimpulan hasil daripada kajian tersebut.
Data yang
diperolehi daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam bab
ini. Keputusan yang diambil semuanya berdasarkan pentafsiran ke atas hasil
pemprosesan data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik. Seramai 40
orang responden yang telah memberikan maklum balas daripada sejumlah 50 soal
selidik yang diedarkan. Ini bermakna 90% responden memberikan kerjasama
menjawab dan memulangkan soal selidik tersebut. Berikut akan dibentangkan hasil
kajian dan perbincangan mengenainya.
4.2 DAPATAN
KAJIAN
Institut Kemahiran
Islam Malaysia Sarawak IKMAS, Kuching Sarawak merupakan tempat
kajian ini dijalankan. Tumpuan kajian dinilai
terhadap jenis responden iaitu menurut jantina, bangsa, umur dan latar
belakang responden. Kajian ini adalah untuk
mengetahui dengan lebih jelas sejauh mana faktor-faktor
tersebut mempengaruhi penanan berkenaan. Melalui data kajian
yang telah dijalankan dapat dibuktikan
bahawa terdapat dikalangan pelajar yang menyedari akan kepentingan
peranan dakwah yang melibatkan golongan remaja satu usaha yang lebih baik demi
memanfaatkan kepentingan bersama.
4.2.1 Latar
Belakang Responden
Latar
belakang demografi dilakukan adalah bagi
mengumpulkan maklumat tentang responden, iaitu
berkaitan dengan umur, jantina, asal, dan
tahap pengetahuan responden. Responden yang
terlibat adalah berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung
Malaysia. Hal ini adalah bertujuan untuk
mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan
latar belakang pelajar bagi mengkaji peranan remaja
dalam mengembangkan dakwah dan mengenal pasti nilai-nilai dakwah yang masih
diwarisi sehingga kini.
Faktor latar belakang jantina ,umur dan bangsa
digunakan sebagai pemboleh ubah dalam
kajian ini kerana faktor tersebut adalah
berkaitan tentang pengetahuan responden terhadap peranan
remaja yang diadaptasi dalam cara hidup
mereka. Selain itu, tahap pengetahuan juga
dijadikan sebagai pemboleh ubah dalam
kajian ini. Hal ini kerana melalui tahap
pengetahuan, pelajar dapat memahami apakah peranan remaja dalam dakwah.
Jadual 4.1: Perbandingan peratusan
terhadap responden yang berbeza jantina
Jantina
|
Bilangan (responden)
|
Peratusan (%)
|
lelaki
perempuan
|
23
17
|
57.5
42.5
|
Jumlah
|
40
|
100
|
jadual 4.2: Lingkungan
umur responden pelajar IKMAS
Lingkungan umur
|
Jumlah (responden)
|
Peratusan (%)
|
18-20 tahun
|
17
|
42.5
|
21-24 tahun
|
15
|
37.5
|
25 tahun ke atas
|
8
|
20
|
Jadual 4.3: Perbandingan terhadap
pecahan responden mengikut bangsa
Bangsa
|
Bilangan (responden)
|
Peratusan
|
Melayu
Iban
Melanau
Dusun
Lain-lain
|
21
4
8
4
3
|
52.5
10
20
10
7.5
|
Jumlah
|
40
|
100
|
4.2.2 Kajian
Terhadap Kefahaman Responden Mengenai Peranan Remaja Dalam Mengembangkan Dakwah
Menurut
kefahaman responden berbagai kaedah dan pendekatan telah dilakukan bagi
memahamkan pelajar mengenai pentingnya peranan remaja dalam mengembangkan
dakwah dilaksanakan. Di IKMAS peranan remaja dalam mengembangkan dakwah telah dilaksanakan sejak tertubuhnya IKMAS
pada tahun 2001, walau bagaimanapun tahap pemahaman pelajar mengenai peranan
tersebut pada mulanya amat rendah sehinggalah dari tahun ke tahun ianya
meningkat sedikit demi sedikit. Bagi menilai tahap sebenar pemahaman pelajar
terhadap peranan dakwah ini, kajian pemahaman responden dilakukan.
Jadual 4.4: Latar belakang kefahaman
responden terhadap peranan remaja dalam dakwah.
4.2.3 Kajian
Terhadap Program Amali Dakwah Perlu Diperluaskan
Hakikatnya
kesemua reponden mempunyai rasa tanggungjawab dalam memperluaskan program ini.
Cuma kemahuan atau kehendak untuk melibatkan diri dalam program ini amat
sedikit dan kurang mendapat sambutan. Jadi, inisiatif diri dan kekuatan atitud
amat perlu dalam mengaplikasikan program sebegini.
Jadual 4.5: perbandingan peratusan
terhadap program dakwah perlu diperluaskan
Tahap
kefahaman
|
Bilangan (responden)
|
Peratusan (%)
|
setuju
|
40
|
100
|
jumlah
|
40
|
100
|
4.2.4 Kajian
Terhadap Kaedah Paling Berkesan Bagi Menjayakan Program Amali Dakwah
Mendisiplinkan
merupakan satu perkataan yang kadang-kala membebankan pelajar. Malahan ia
merupakan satu tekanan dan membuat rasa tidak selesa terhadap pelajar. Tinjauan
hasil soal selidik ini mendapati
responden ingin membuat pembaharuan terhadap badan disiplin dan akademik. Dapat
dibincangkan disini bahawa majoriti pelajar iaitu responden bersetuju sekiranya
diperkukuhkan lagi badan-badan disiplin
dan akademik. Jika diperhatikan secara lagik, ada baiknya juga sekiranya badan
disiplin ini diperketatkan. Kebiasaannya apabila badan disiplin ini diperluas
dan dilaksanakan mungkin barulah pelajar mulai sedar sebenarnya tanpa disiplin
juga boleh dilaksanakan. Tidak kiralah apa jua bentuk hukuman seperti denda dan
sebagainya, peraturan-peraturan ini harus dijadikan landasan sebagai peraturan
yang harus dipatuhi demi menjaga kepentingan dakwah Islamiah untuk kita
sendiri.
Jadual 4.6: perbandingan peratusan
terhadap kaedah paling berkesan bagi menjayakan program dakwah
Kaedah Paling Berkesan
|
Bilangan (responden)
|
Peratusan (%)
|
Pendidikan
Badan Disiplin
Pendidikan & Badan Disiplin
Lain-lain
|
14
9
16
1
|
35
22.5
40
2.5
|
Jumlah
|
40
|
100
|
4.3 ANALISIS
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan
dapatan kajian yang dipaparkan di atas, maka penulis dapat membuat beberapa
analisis mengenai latar belakang responden, kajian terhadap kefahaman responden
mengenai peranan remaja dalam mengembangkan dakwah, kajian terhadap program
amali dakwah perlu diperluaskan dan kajian terhadap kaedah paling berkesan bagi menjayakan program
amali dakwah :
4.3.1 Latar Belakang Responden
Dalam jadual 4.1 menunjukkan
responden-responden yang aktif dalam kategori jantina ini adalah terdiri
daripada kategori lelaki. Responden lelaki menjadi majoriti dalam kajian soal
selidik ini. Responden lelaki lebih mudah memberikan kerjasama dalam mengisi
boring soal selidik. Peratusan yang diperolehi perempuan adalah 42.5% seramai 17 orang dan lelaki
adalah sebanyak 57.5% seramai 23 orang. Jumlah keseluruhan responden adalah
seramai 40 orang.
Walau
bagaimana pun pemilihan jumlah responden lelaki dan perempuan agak seimbang,
oleh itu kajian tersebut dapat menunjukkan gambaran situasi sebenar tahap
pemahaman pelajar IKMAS.
Manakala,
Berdasarkan Jadual 4.2,
lingkungan umur yang
telah diberikan borang
soal selidik ini
mempunyai pelbagai lingkungan
umur. Responden terdiri
daripada remaja yang
berumur 18 tahun
hingga ke responden
yang berumur 30
tahun. Seramai 17
orang atau 42.5% responden terdiri daripada
lingkungan umur 18
tahun hingga ke
20 tahun. Manakala,
untuk linkungan 21
tahun hingga ke 24
tahun seramai 15
orang iaitu bersamaan dengan 37.5%.
Seterusnya
dalam jadual 4.3 menunjukkan responden Melayu merupakan bilangan yang tertinggi
iaitu sebanyak 52.5% diikuti responden Melanau sebanyak 20%, Iban dan Dusun
masing-masing 10% dan lain-lain sebanyak 7.5%. berdasarkan data-data yang
diperolehi, kaum Melayu adalah seramai 21 orang, manakala bagi kaum Melanau
pula seramai 8 orang seterusnya kaum Iban dan dusun seramai 8 orang. Terdapat 3
orang mewakili bagi kategori lain-lain dimana responden dari kaum Bajau,
Bisayah dan Kedayan.
4.3.2 Kajian
Terhadap Kefahaman Responden Mengenai Peranan Remaja Dalam Mengembangkan Dakwah
Berdasarkan carta
pai di dalam jadual 4.4, responden
telah dikenal pasti dalam
boring soal selidik mempunyai
taraf pemahaman yang
berbeza. Antara pemahaman
yang diperolehi oleh
responden adalah peringkat
sangat faham, faham, berkecuali, tidak faham. Seramai
43% mempunyai pemahaman yang
sangat faham. Seterusnya, 48% pada
peringkat faham. Manakala,
responden yang bekecuali
adalah sebanyak 8%. Manakala bagi
yang tidak faham adalah sebanyak 3%.
Dalam latar
belakang yang telah
dikaji ini dapat
disimpulkan bahawa malalui
lingkungan umur, jantina,
kefahaman adalah menjadi
salah saru faktor utama berkembangnya dakwah melalui golongan
remaja. Hal ini kerana
percampuran kaum yang
berbeza sama ada
lelaki atau perempuan,
umur, dan komunikasi
antara orang Melayu
dengan kaum Iban, Melanau, Dusun
dan sebagainya ketika dalam pembelajaran di IKAMS serta
kehidupan berjemaah mereka
dilihat tiada sebarang permasalahan atau kejanggalan yang mengahalang mereka
dari terus melakukan dakwah.
4.3.3 Kajian
Terhadap Program Amali Dakwah Perlu Diperluaskan
Dalam
jadual 4.5, menunjukkan hasil kajian soal selidik daripada 40 responden
memperlihatkan kesungguhan di mana kesemua daripada responden bersetuju supaya
program ini diperluaskan. Responden menyedari akan kepentingan aktiviti amali
dakwah yang melibatkan peranan remaja ini satu program yang lebih baik demi
memanfaatkan kepentingan dakwah.
4.3.4 Kajian
Terhadap Kaedah Paling Berkesan Bagi Menjayakan Program Amali Dakwah
Berpandukan Jadual 4.6 di atas, peratusan
tertinggi adalah 40% yang menyatakan bersetuju supaya kaedah pendidikan dan
badan disiplin dapat memberi kesedaran kepada pelajar paling efaktif untuk
menjayakan program amali dakwah. Sementara itu, pendidikan sahaja merupakan
peratusan kedua yang tertinggi dalam memberi kesedaran dan diikuti badan
disiplin sebanyak 22.5% dan yang terakhir iaitu lain-lain sebanyak 1%.
Pelajar
Melayu menunjukkan peratusan tertinggi dalam memberi sokongan pelaksanaan
peraturan-peraturan dalam pendidikan dan badan disiplin.susulan berikutnya
adalah dari kaum Melanau, Iban dan lain-lain. Bagi kategori umur pula, di bawah
24 tahun memberikan peratusan paling tinggi dan diikuti peringkat antara 18
tahun hingga 20 tahun, peringkat umur 25 tahun ke atas. Kesemua data-data ini
berpandukan hasil data soal selidik.
Pendedahan
haruslah bermula diperingkat sekolah lagi kerana pendidikan daripada peringkat
awal dapat membuka minda disamping amalan ini dipraktikkan dan akan menjadi
kebiasaan sekali gus menjadi rutin pelajar. Justeru itu, organisasi pendidikan
seperti sekolah-sekolah, kolej-kolej atau institut-institut dan
universiti-universiti mestilah bersungguh-sungguh dalam mengaplikasikan dakwah
dalam kehidupan seharian.
Kekurangan
pendekatan tentang kesedaran program amali dakwah menjadikan kempen ini kurang
efektif dan tidak menjadi. Ia seperti ditunjukkan di dalam gambar foto pada
lampiran 3. Oleh itu kempen kursus motivasi, seharusnya diterapkan agar
pelajar-pelajar menjadi lebih peka dan rasa bertanggungjawab tentang keutamaan
pengurusan program amali dakwah dan peranan remaja dalam mengembangkan
dakwah dapat dilaksanakan dengan baik.
4.4 KESIMPULAN
Secara
keseluruhannya, pencapaian indeks kefahaman pelajar dalam dakwah menunjukkan
pencapaian yang baik iaitu sebanyak 90%. Manakala bagi pelajar yang tidak faham
mengenai pentingnya peranan remaja dalam mengembangkan dakwah hanya sedikit
sahaja iaitu 10% di mana ada segelintir daripada mereka yang menganggap bahawa
kerja-kerja dan usaha-usaha dalam mengembangkan dakwah ini hanya ditugaskan
kepada golongan-golongan tertentu sahaja
Kajian kefahaman
pelajar ini juga perlu dijalankan secara berterusan bagi memantau dan mengukur
tahap prestasi peranan mereka dalam mengembangkan dakwah. Di samping itu juga
pihak pentadbiran IKMAS dapat memberi dan mendidik mereka supaya kefahaman
mereka mengenai pentingnya peranan remaja dalam mengembangkan dakwah ini
meningkat dari semasa ke semasa.
Kajian ini telah
mengenal pasti bahawa prestasi kefahaman pelajar mengenai dakwah yang berada di
bawah atau pada tahap sederhana perlu diambil tindakan segera oleh pihak yang
berkenaan dan mereka perlu diasah dengan lebih gigih untuk mencapai tahap yang
lebih baik dan cemerlang.
Post a Comment