ABSTRAK
SIAGAN
ANTONIO (15-021/2011). “PERANAN REMAJA DALAM MENGEMBANGKAN DAKWAH: SUATU KAJIAN
TERHADAP PELAJAR IKMAS, SARAWAK”.
Kajian
ini berkisar mengenai salah satu cabang ilmu dakwah remaja iaitu peranan remaja
dalam mengembangkan dakwah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji
remaja masa kini dalam berperanan mengembangkan dakwah terhadap pelajar
Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak. Antaranya sejauh manakah tahap
seseorang pelajar berperanan dalam mengembangkan dakwah kepada masyarakat pada
masa kini. Ini kerana tuntutan dalam dakwah pada masa kini adalah wajib bagi
mengatasi gejala-gejala sosial yang berlaku kepada masyarakat kita pada hari
ini. Selain itu, persoalannya sejauh manakah tahap pemikiran dan usaha remaja
kita pada masa kini dalam mengembangkan dakwah. Jika diperhatikan , gejala sosial
yang berlaku kepada masyarakat kita pada akhir-akhir ini begitu memerbahaya
kepada akidah, syariah dan akhlak khususnya kepada remaja. Penulis telah
menggunakan beberapa metod untuk mendapatkan data dan membuat penilaian terhadap fakta yang diperolehi dan menjawab
persoalan-persoalan tersebut. Metod-metod tersebut ialah, pengumpulan data dan
metod penganalisaan data. Dalam metod pengumpulan data, penulis telah
menggunakan metod perpustakaan, metod dokumentasi, metod internet, metod
observasi dan historis dalam dalam mengumpulkan bahan-bahan kajian. Manakala
bagi metod penganalisaan data pula, penulis telah menggunakan metod induktif,
metod deduktif dan metod komparatif. Kajian ini mengandungi lima bab termasuk
bab pendahuluan dan penutup. Hasilnya kajian ini diharap dapat membuka minda
dan pandangan para remaja dan juga kepada pengkaji-pengkaji yang lain bahawa
betapa pentingnya peranan remaja dalam mengembangkan dakwah. Penulis berharap
perkongsian ilmu yang sedikit ini mampu memberi keinsafan kepada setiap
pembacanya agar dapat bersama-sama memperjuangkan usaha Baginda Rasulullah SAW
dalam mengembangkan dakwah. Justeru itu, kajian ini juga adalah satu usaha
untuk penambahbaikan kepada institut-institut
dan jabatan pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah atau
institut-institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia bagi merangka dan
membina modul yang lebih bersesuaian dengan situasi pelajar khususnya remaja
yang terlibat dalam mengembangkan dakwah Islamiah. Selain itu kajian ini akan
dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan
untuk pelajar-pelajar di sekolah-sekolah atau institut pengajian tinggi untuk
mempelajari cara-cara berdakwah seterusnya dapat mengembangkan dakwah keseluruh
alam. Penulis berharap agar kajian ini mendatangkan manfaat kepada para remaja
yang akan berhadapan dengan masyarakat untuk mengembangkan dakwah Islamiah pada
masa akan datang.
mcm sama dgn tajuk tesis umu