Biodata Baginda Rasulullah
SAW
Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan
merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu
anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan
yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul
tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat
manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang
segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad
merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107
bermaksud:
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam."
Kelahiran Rasullah SAW
Ayahnya telah meninggal
sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia
kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh
seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam
tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya.
Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila
datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing
bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam
urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak
pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab
jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
Masa Remaja
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya
dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh
dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak
yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka.
Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan
para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As
Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa
dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung
halamannya di Mekah.
Alam Perkahwinan
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda
menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang
dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan
bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong
beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima
lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang
anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan
Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal
pada usia 51 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda
dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu
juga meninggal semasa kecil.
Kerasulan
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat
jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An
Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi
masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon
kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika
baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah
di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu
membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca
tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar
manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia
apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun.
Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun.
Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan
dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas.
Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain.
Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya,
tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara
hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
Marhala Dakwah Rasullaah
Perjuangan dakwah
Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
- Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk
melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
- Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat
agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama
dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan
bernegara dan bermasyarakat.
- Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia. Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Cabaran-Cabaran Dakwah
Rasulullah
Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak
ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari
anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara
terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa,
baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin
yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk
mempertahankan agama datuk nenek mereka.Semangat penganut Islam meningkat
apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin
Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari
masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya,
disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan
untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus
mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa
di Makkah.
Hijrah Rasulullah
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim
a.s. beberapa abad lalu
sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia
dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari
Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama.
Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai
bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk
menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah
sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa
bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk
melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya,
sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui
Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul
Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu.
Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke
Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog
yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan
pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan
masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk
berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai
masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya
berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang
kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh
masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian
memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan
berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan
selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
Pembukaan Kota Mekkah
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah
berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000
orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka
terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa
sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan
patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Dakwah Rasulullah Di
Mekkah
Dengan mengamati perjalanan dakwah
di Mekah, akan dapat difahami bahawa Rasulullah SAW berdakwah melalui dua tahap
(marhalah). Tahap Pertama adalah Tahap Pembinaan dan Pembentukan manakala Tahap
Kedua adalah Tahap Penyebaran Dakwah Secara Terang-terangan dan Melakukan
Perjuangan untuk Membentuk Sebuah Masyarakat yang Baru (dari segi pemikiran dan
perbuatan).
(1) Tahap Pembinaan dan Pengkaderan( Pembentukan) [Marhalah Tasqif]
Tahap ini dimulai sejak
Baginda SAW diutus menjadi Rasul, setelah
firman Allah SWT :
"Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah, lalu berilah
peringatan!" [Al-Muddatstsir: 1-2
Baginda SAW secara diam-diam
(sirriyah) mulai mengajak masyarakat untuk memeluk Islam. Selama tiga tahun
Baginda SAW menyampaikan dakwah dalam bentuk ajaran per individu dari rumah ke
rumah. Bagi yang menerima dakwah, segera dikumpulkan di rumah seorang sahabat
bernama Arqam, sehingga rumah tersebut dikenali sebai Daurul Arqam (rumah
Arqam). Di rumah ini setiap hari para sahabat mendengarkan ayat-ayat Al-Qur'an
dan penjelasan dari Rasulullah SAW. Pendek kata tempat inilah mereka dibina dan
dibentuk dengan bersungguh-sungguh dan terus menerus. Selanjutnya beberapa
daripada mereka diutus untuk menyampaikan dakwah kepada yang lain. Di antaranya
adalah Khabab bin Arts yang mengajarkan Al-Qur'an di rumah Fatimah binti
Khaththab bersama suaminya, yang kemudian dari sinilah Umar bin Khaththab masuk
Islam. Walaupun terasa lambat, namun semakin hari semakin bertambah jumlah
mereka hingga mencapai 40 orang dalam tempoh waktu 3 tahun.
Sememangnya dakwah pada
marhalah ini dilakukan secara diam-diam, tetapi bukan bererti Rasulullah takut
melaksanakannya secara terang- terangan. Apakah ada yang meragukan rasa yakin
Rasulullah SAW bahawa dalam mengembang risalah ini pasti akan mendapat
perlindungan daripada Allah SWT? Seandainya dakwah dilaksanakan secara
terang-terangan pun, insyaAllah Rasulullah dijamin keselamatannya oleh Allah.
Bila demikian, mengapa Rasul melakukannya secara diam-diam?
Jika dikaji secara saksama, maka akan dapat difahami mengapa tahap awal dakwah
Rasulullah ini dilakukan secara sirriyah (diam-diam).Suatu konsepsi atau
pemikiran yang masih asing dan belum terfikirkan oleh masyarakat, hendaklah
terlebih dahulu disampaikan secara diam-diam dengan memperbanyakkan bersemuka
dan penjelasan. Ternyata terbukti kemudian, aktiviti seperti ini mampu
menghasilkan kader (pembetukan kumpulan kecil) dan pendukung teguh yang
bersedia mengorbankan apapun untuk meraih cita-cita yang diharapkan. Maka
inilah thoriqah (jalan atau cara) yang tepat untuk mengawali dakwah di
tengah-tengah masyarakat yang menerapkan aturan jahiliyyah yang sama sekali
jauh dari nilai-nilai Islam.
Berdasarkan langkah dakwah ini
jumhur (majoriti) fuqoha berpendapat bahawa bila kaum muslimin berada pada
posisi atau kedudukan lemah, rapuh kekuatannya dan khuatir hancur binasa oleh
kekuatan lawan, maka hal ini lebih utama kerana seseorang muslim tidak boleh
menyerah kepada kaum kafir atau zalim dan tidak boleh berdiam diri tanpa berjihad
melawan orang-orang kafir.
Hal ini terbukti pernah
dilakukan oleh Rasulullah SAW pada permulaan dakwah. Saat bersama isterinya
iaitu Siti Khadijah, Rasulullah pernah diancam oleh Abu Jahal tatkala solat di
depan Ka'bah dan dengan terang-terangan mencela patung-patung berhala yang
disembah oleh orang-orang Arab. Ketika di Mina, Rasul bersama Ali bin Abi
Thalib menyampaikan kepada orang ramai bahawa suatu masa nanti Kerajaan Rom dan
Parsi akan ditakluk oleh Islam.
Menurut periwayan hadis ini,
apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para pengikutnya yang masih
berjumlah tiga orang (Siti Khadijah, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Ali RA)
itu adalah untuk menarik perhatian kaum Quraisy agar berfikir tentang hakikat
berhala yang dijadikan sebagai tuhan, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi
Ibrahim AS.
Dari hal tersebut dapat pula
diketahui bahawa sejak awal dakwah Rasulullah SAW bukanlah dakwah ruhiyyah
(kerohanian) semata-mata, melainkan juga dakwah siyasiyyah (politik). Kerana
tidak mungkin Kerajaan Rom dan Parsi akan dapat ditakluk tanpa niat dan usaha
kaum muslimin untuk memperoleh kekuasaan yang berdaulat, kekuasaan yang mampu
menggerakkan bala tentera untuk menghancurkan kedua-dua kerajaan itu.
(2) Tahap Interaksi
dengan Masyarakat dan Perjuangan [Marhalah tafaa'ul wal kiffah]
Pada tahap ini dakwah
Rasulullah berubah dari sembunyi-sembunyi menjadi terang-terangan. Dari
aktiviti mendekati individu-individu untuk kemudian disiapkan kutlah (kelompok)
menjadi menyeru secara langsung dan terbuka kepada masyarakat seluruhnya. Hal
ini dilakukan setelah Rasulullah beserta para pengikutnya mendapat perintah
daripada Allah SWT:
"Maka sampaikanlah secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan
kepadamu dan berpalinglah dari orang-orang musyrik." [Al-Hijr: 94]
Sejak saat itu maka bermulalah
pertempuran antara kekafiran dengan keimanan, dan pertarungan antara pemikiran
yang rosak dan tercemar melawan pemikiran yang benar dan suci. Pertempuran yang
dasyat pada tahap dakwah itu segera mendapat reaksi keras daripada orang-orang
kafir di Mekah. Sehingga menimbulkan tentangan berupa penyiksaan-penyiksaan
yang hebat dan datang secara bertubi-tubi. Pada tahap ini, para pengikut
Rasulullah SAW sungguh-sungguh diuji sampai sejauh mana kualiti keimanan mereka
setelah tiga tahun dibina keperibadiannya (syakhsiyah) di Darul Arqam.
Penyiksaan secara keji
terhadap orang-orang yang memeluk Islam banyak terjadi. Penyiksaan terhadap
Bilal bin Rabah, keluarga Yasir, Khabab bin Arts, Abu Dzar Al Ghifari, Ibnu
Mas'ud, serta boikot yang dilakukan oleh kaum kafir Quraisy terhadap kaum
muslimin hanyalah sedikit contoh daripada ujian itu.
Di puncak penderitaan itu,
Rasulullah SAW berharap ada orang kuat diantara pengikutnya yang dapat
melindungi dakwah. Harapan Rasulullah tidak sia-sia. Saidina Hamzah, paman
Rasulullah yang sangat disegani, masuk Islam ketika melihat Muhammad Rasulullah
dianiaya dan dicaci maki oleh Abu Jahal. Ketika itulah Rasulullah SAW
berdoa:
"Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Abu Jahal bin Hisyam atau dengan
Umar bin Khathtab."
Doa Rasulullah yang
mengharapkan Umar bin Khaththab masuk Islam menjadi pengajaran bahawa dakwah
Islam dimana pun perkembangannya memerlukan pendukung-pendukung yang kuat dari
orang-orang yang memiliki pengaruh di hadapan masyarakat.
Pengajaran lain daripada
peristiwa- peristiwa itu adalah bahawa penderitaan, ujian dan cubaan merupakan
ujian iman untuk memisahkan antara haq dengan yang bathil. Manakah pengikut
Rasulullah yang teguh dan bersungguh-sungguh dan mana yang bukan. Kisah-kisah
ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi semua kaum muslimin untuk tetap dapat
istiqomah di jalan dakwah serta ikhlas menegakkan deenullah (Agama Allah),
meskipun mendapat ancaman maut, dianiaya dan disiksa oleh penguasa yang zalim.
Pengorbanan merupakan hal yang tidak dapat dihindari dalam setiap perjuangan
dakwah.
Pada tahap ini, dakwah Rasulullah lebih banyak menggugat mengenai aqidah,
sistem serta adat-istiadat jahiliyah orang-orang kafir Mekah. Hal ini dapat
dilihat dari ayat-ayat Makiyah yang pada umumnya mengajak manusia untuk
memikirkan kejadian alam semesta, agar meninggalkan kepercayaan nenek moyang
yang mereka warisi dan amalkan dalam kehidupan mereka.
Ayat-ayat tersebut adalah sebagai berikut:
a) Dalam masalah aqidah, seperti yang tersebut dalam firman
Allah SWT:
"….. orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: `Sesungguhnya
kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami
adaqlah pengikut jejak-jejak mereka.' (Rasul itu) berkata: `Apakah kamu akan
mengikutinya juga sekalipun aku untukmu agama yang lebih nyata memberi petunjuk
daripada apa yang kamu dapati bapak-bapakmu menganutnya? '…." [Az
Zukhruf: 23-24]
b) Dalam Bidang Sosial, Allah SWT berfirman:
"Apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak
perempuan, merah padamlah mukanya dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan diri
dari orang ramai kerana buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia
akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburnya dalam
tanah. Ketahuilah, alangkah buruknya yang mereka tetapkan itu." [An Nahl: 58-59]
c) Dalam Bidang Ekonomi, Allah SWT berfirman:
"Orang-orang yang menimbunkan emas dan perak serta tidak menafkahkannya
di jalan Allah, beritahukanlah kepada mereka azab yang amat pedih." [At
Taubah: 34]
Aktiviti dakwah yang dilakukan
Rasulullah SAW membuatkan para tokoh pemimpin kafir Quraisy bertindak berkumpul
di Darun Nadwah untuk membincangkan perilaku dan dakwah Rasulullah SAW yang
telah menyusahkan mereka serta menggoncang kepimpinan mereka ke atas kaum
Quraisy. Kemudian dibuat-buat isu bahawa Muhammad memiliki kata-kata yang
menyihir, yang dapat memisahkan seseorang dengan isterinya, dari keluarganya,
dan bahkan dari kaumnya. Akan tetapi kemudian Allah SWT mengkabarkan kepada
Rasulullah SAW mengenai persekongkolan ini denagan firman-Nya:
"Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan (apa yang
ditetapkannya) . Maka celakalah dia, bagaimanakah dia menetapkan? Kemudian
celakalah dia, bagaimanakah dia menetapkan? Kemudian dia memikirkan.Sesudah
itu, dia bermasam muka dan merungut. Kemudian dia berpaling (dari kebenaran)
dan menyombongkan diri. Lalu dia berkata: `(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah
sihir yang dipelajari (dari orang-orang dahulu). Ini tidak lain hanyalah
perkataan manusia.' Aku (Allah SWT) akan memasukkannya ke dalam (neraka)
Saqar." [Al-Muddatstsir: 18-26]
Tatkala para pemimpin Mekah
mengalami kejumudan dan mulai menyakiti Rasul setelah paman Baginda RAW, Abu
Thalib wafat. Rasulullah berusaha mencari pendukung ke kota Tha'if. Tetapi
usaha Baginda tidak berhasil bahkan disambut dengan penghinaan dan lemparan
batu. Rasulullah juga menyeru para pemuka kabilah-kabilah Arab. Baginda berkata
kepada mereka,
"Ya Bani fulan! Saya adalah utusan Allah bagi kalian, dan menyeru
kepada kalianuntuk beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan- Nya, dan agar
kalian meninggalkan apa yang kalian sembah, agar kalian beriman kepadaku dan
percaya kepadaku, dan agar kalian membela dan melindungiku, sehingga aku bisa
menjelaskan apa yang telah disampaikan Allah kepadaku."
Dalam Sirah Ibnu Hisyam diriwayatkan, "Zuhri menceritakan bahawa
Rasulullah SAW mendatangi secara peribadi Bani Kalban, akan tetapi mereka
menolak. Baginda juga mendatangi Bani Hanifah, dan meminta kepada mereka nusroh
(pertolongan) dan kekuatan, namun tidak adaorang Arab yang lebih keji penolakannya
terhadap Baginda kecuali Bani Hanifah. Baginda juga mendatangi Bani Amir bin
Sha'sha'ah, mendoakan mereka kepada Allah dan meminta kepada mereka secara
peribadi. Kemudian berkatalah seorang laki-laki dari mereka yang bernama
Baiharah bin Firas: `Demi Allah, seandainya aku mengabulkan pemuda Quraisy ini,
sungguh orang Arab akan murka.' Kemudian ia berkata: `Apa pendapatmu jika kami
membai'atmu atas urusan kamu, kemudian Allah memenangkanmu atas orang yang
menyisihmu, apakah kami akan diberi kekuasaan setelah engkau?' Rasulullah SAW
berkata kepadanya: `Urusan (kekuasaan) itu hanyalah milik Allah, yang Dia
berikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki.' Baiharah berkata: `Apakah kami
menyerahkan leher-leher kami kepada orang Arab padahal jika Allah memenangkan
kamu, urusan (kekuasaan) itu bukan untuk kami. Kami tidak perlu urusanmu.'
"
Baginda SAW selain aktif
berdakwah kepada kabilah-kabilah di sekitar Mekah, Baginda juga mendatangi
kabilah-kabilah di luar Mekah yang datang tiap-tiap tahun ke Mekah, baik untuk
berdagang mahupun untuk mengunjungiKa' bah, di jalan-jalan, pasar Ukadz, dan
Mina. Sampai suatu ketika pada musim haji, datanglah serombongan orang dari
suku Aus dan Khazraj dari Yatsrib (Madinah). Kesempatan ini digunakan oleh
Rasulullah SAW untuk menyampaikan dakwah. Ketika rombongan ini mendengar ajakan
Rasul, satu sama lain antara mereka saling berpandangan sambil berkata:
"Demi Allah, dia ini seorang nabi seperti yang dianjurkan orang-orang
Yahudi kepada kami."
Kemudian mereka menerima
dakwah Rasulullah SAW sambil berkata: `Kami tinggalkan kaum kami disana dan
tidak ada pertentangan serta permusuhan antara kaum kamidengan kaum yang lain,
mudah-mudahan Allah SWT mempertemukan mereka denganmu dan menerima dakwahmu,
maka tidak ada lagi orang yang paling mulia darimu.'
[Sirah Ibnu Hisyam
1: 428]
Tatkala tahun
berikutnya tiba dan musim haji datang, dua belas orang lelaki dari penduduk
Madinah bertemu dengan Rasulullah SAW di Aqobah. Mereka berbai'at kepada
Rasulullah SAW yang dikenal dengan Bai'atul Aqabah.
Isi baiat (Pengistiharan untuk patuh) tersebut adalah:
"Tidak menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak
membunuh anak-anak kecil, tidak berbohong serta tidak menentang Rasulullah
dalam perbuatan ma'ruf."[ Hadis Riwayat Bukhari ]
Setelah bai'at itu, mereka kembali ke Madinah bersama utusan Rasul, yaitu
Mush'ab bin Umair untuk mengajarkan Al-Quran dan hukum agama. Pada tahun
berikutnya, Mush'ab bin Umair kembali ke Mekah bersama tujuh puluh lima orang
Madinah yang telah masuk Islam. Dua diantaranya adalah wanita dan mereka
membai'at Rasulullah SAW. Bai'at ini dinamakan Bai'atul Aqabah II. Selesai
melakukan bai'at, Rasulullah menunjuk dua belas orang untuk menjadi pemimpin
masing-masing qabilah mereka.
Abbas bin Ubadah, salah seorang dari mereka berkata kepada Rasulullah:
"Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, bila engkau mengizinkan,
kami akan perangi penduduk Mina besok pagi dengan pedang-pedang kami."
Jawab Rasulullah SAW:
"Kita belum diperintahkan untuk itu, dan lebih baik kembalilah ke
kenderaanmu masing-masing. "[Sirah Al Halabiah II: 176]
Jelas bahawa sebelum hijrah ke Madinah dan membangunkan Daulah di Madinah,
kewajiban berjihad di dalam Islam belum diperintahkan. Dengan demikian dapat
diketahui bahawa dakwah Rasulullah dalam period Mekah adalah dakwah dalam
rangka memperkenalkan Islam melalui dakwah fikriyyah (intelektual) kemudian
membina umat, mengatur barisan dan menyusun kekuatan untuk kemudian Hijrah ke
Madinah.
Dakwah Rasullah Di
Madinah
Selama
13 tahun sudah Nabi Muhammad berdakwah di Makkah, mulai kepada keluarga,
kerabat dekat, saudara satu suku (Bani Hasyim), hingga seluruh suku di wilayah
Makkah rasanya tidak ada yang tertinggal untuk Ia dakwahi. Nabi Muhammad
sebagai orang tokoh muda yang berpredikat terpercaya (al amin) mestinya dapat
dengan mudah mengajak suku-suku diseluruh Makah untuk mengikuti ajakannya.
Namun yang terjadi sebaliknya, terhadap seruan dakwah yakni ajakan untuk
menyembah hanya kepada Allah yang Esa dan pengakuan bahwa Muhammad adalah Nabi
dan Utusannya, kebanyakan masyarakat Makkah sulit menerimanya. Alih-alih
menerima seruan Nabi, mereka justru meencemooh, mencaci, menyakiti secara fisik
mereka yang mengikuti Nabi, memboikot secara ekonomi dan social, bahkan hendak
membunuh Nabi sendiri. Ringkasnya, selama 13 tahun berdakwah di Makkah, Nabi
dan para sahabatnya justru mendapatkan perlawanan hebat. Bahkan hampir saja
missi kerasulan itu gagal dilaksanakan. Satu hal yang penting untuk dicatat
dalam dakwah di Makkah ini adalah dakwah yang menggunakan pendekatan cultural.
Yakni dakwah yang bertujuan untuk menggugah kesadaran masyarakat dengan
cara-cara persuasive, jauh dari kesan memaksa, dengan sasaran masyarakat secara
individu. Sering kali Nabi mengumpulkan anggota satu suku, mulai dari
keluarganya, kerabat hingga semua suku Makkah, namun tetap saja ajakan itu
untuk membuka kesadaran individual. Dalam sejarah dakwah di Makkah tidak
ditemui adanya aturan yang dibuat Nabi dan masyarakat Makkah secara
bersama-sama dan mengikat semua warga atau komunitas dalam menerima dakwah.
Beberapa orang atau keluarga yang masuk Islam masih sebatas perorangan atau
individual. Mengapa dakwah cultural yang dilakukan Nabi? Jawaban yang paling
realistis adalah karena Nabi bukan seorang yang memiliki kkekuasaan di wilayah
Makah. Ia hanyalah warga biasa. Pelajaran lain yang dapat diambil dengan dakwah
di Makkah ini adalah dakwah cultural adalah metode dakwah yang paling sesuai
untuk wilayah dimana Islam belum menjadi realitas dalam kehidupan. Diujung rasa
yang hampir putus asa berdakwah di Makkah ini, datang secercah harapan dari
wilayah lain di tanah Arab, yakni Yastrib. Pada satu musim haji tepatnya tahun
622 h, Muhammad bertemu dengan 12 orang jama’ah haji yang sekaligus mewakili
dua suku di Yastrib yakni Aus dan Khajraj. Pertemuan itu seperti biasanya
digunakan Muhammad untuk mengajak memeluk agama Islam. Repon atas ajakan
Muhammad tersebut adalah diterimanya agama islam, bahkan lebih jauh dari itu
mereka berjanji setia kepada Muhammad untuk masuk Islam dengan bersyahadat dan
berjanji mendukungannya. Mereka juga hendak mengabarkan perihal agama baru
tersebut kepada kerabatnya di Yastrib sepulang dari haji. Perjanjian antara
Muhammad dengan 12 orang tersebut dikenal dengan Aqobah I. menyusul Aqabah I,
Muhammad mengirimkan seorang sahabatnya yang tentu terpercaya yakni Mushab bin
Umair untuk melakukan dakwah di Ystrib. Sungguh luar biasa, kehadiran 12 orang
dan juga Mushab disambut dengan positif dan penerimaan agama baru ini bagi
mereka ykni suku Aus dan Khajraj. Muhammad dan ajarannya begitu dikenal ,
dikenang, dan disenangi di bumi Yastrib ini. Akhirnya pada bulan haji tahun
berikutnya dating lagi utusan dari Yastrib ini 70 orang di Makkah untuk menemui
Muhammad dan menyatakan kesetiaannya kepadanya dan ajarannya. Perjanjian setia
70 orang wakil dari Yastrib dengan Muhammad ini kemudian disebut dengan
perjanjian Aqabah II. Lebih terinci isi perjanjian Aqabah II ini dari ada
Aqabah I. Kecuali mereka bersyahadat, sanggub untk menjalankan syariat Iislam
yang telah ada pada waktu itu, mereka juga berjanji untuk tidak akan melanggar
larangan-larangan Islam, dan bahkan mereka juga berjanji setia untuk membela
Muhammad jika dia nanti tinggal di Yastrib. Perjanjian ini begiu meyakinkan,
karena disamping dilAKUKan dengan jumlah orang yang jauh lebih banyak, juga
Muhammad waktu itu didampingi salah seorang kerabatnya dari Bani Hasyim
(sekalipun masih belum muslim) yang menanyakan jaminan keamanan bagi saudaranya
yakni Muhammad kelak di Yastrib. Pertanyaannya adalah mengapa orang-orang
Yastrib ini begitu mudah menerima ajaran Muhammad?
Setidaknya ada dua jawaban akan hal tersebut, yakni Yastrib waktu itu dihuni
oleh beberapa suku bangsa, diantara suku bangsa yang terbesar adalah Aus,
Khajraj dan Yahudi. Secara keagamaan dua suku Aus dan Khajraj beragama pagan
yakni penyembah berhala. Sedang orang-orang Israel (sebenarnya mereka ini
adalah emigrant dari Palestina) aadalah beragama Yahudi. Kaum Yahudi ini secara
social merasa lebih tinggi tingkat sosialnya dari pada ddua suku yang lain,
karena mereka menyembah Tuhan. Berbeda dengan suku Aus dan Khajraj yang hanya
menyembah berhala. Dari hubungan social yang demikian memungkinkan orang –orang
Aus dan Khajraj sudah mengenal dan behkan terlibat dalam wacana tentang Tuhan
dan ajarannya dari langit, sekalipun mereka masih kuat memegangi agama berhela
mereka. Singkatnya persoalan Tuhan yang begitu abstrak dari Tuhan yang
sementara telah mereka kenal dan sembah selama ini sudah bukan masalah
asing. Jawapan yang kedua adalah kenyataan social diantara tiga suku
tersebut. Dengan latar belakang agama yang berbeda tersebut suku Yahudi seolah
menjadi saingan dari dua suku yang lain penyembah berhala. Sering kali bangsa
Yahudi merendahkan para penyembah berhala tersebut. Merasa diremehkan, sehingga
suku Aus dan Khajraj tentu memberikan respon yang juga bermusuhan terhadap
orang-orang Yahudi. Hingga akhirnya dengan kelicikannya, orang-orang Yahudi ini
mencari cara agar kedua suku tersebut menejadi lemah. Tipu daya dilakukan dengan
mengadu domba antara keduanya. Siasat adu domba tersebut berhasil membuat dua
suku yang beragama sama ini bermusuhan bahkan menjadi peperangan diantara
keduanya. Peperangan ini disebut dengan Ba’ath. Perang antara keduanya
berlangsung habis-habisan hingga menewaskan banyak korban. Kekalahan ada pada
suku Aus. Dengan lemahnya Aus dan Khajraj berarti suku bangsa Yahudi dapat
dengan lebih leluasa mengembangkan kehidupannya. Tetapi ujung dari tipu
muslihat Yahudi ini akhirnya dapat dirasakan juga oleh kedua suku yang
berperang. Pada saat belakangan, tokoh-tokoh mereka sering kali membayangkan
masa-masa damai sebelumnya, sehingga upaya damai mulai diusahakan. Untuk
berdamai, dua suku ini harus disatukan dalam suatu kepemimpinan. Nah
kepemimpinan tentu bukan berasal dari pihak yang berseteru tetapi harus dair
orang luar. Upaya mencarri pemimpin inilah diantara yang mengantarkan pertemua
12 orang Yastrib dengan Muhmmad.
Disamping
ittu ada lagi satu factor penting, yakni superioritas suku Yahudi atas kedua
suku yang lain adalah karenaa mereka mengklim sebagai makhluk kesayangan Tuhan.
Beberaapa Nabi diturunkan dari bangsa Israil (Yahudi), dan mereka telah diberi
informasi dari kitab mereka bahwa sebentar lagi akan segera diutus nabi
terakhir kepada mereka dan tentu akan berasal dari bangsa Yahudi lagi. Merasa
inferior dalam hal keagaamaan ini, maka ketika mereka bertemu dengan Muhammad
yang mengenalkan diri sebagai Nabi terakhir sebagaimana dikabarkan bangsa
Yahudi, dengan segala senang hati menerima ajakan Muhammad. Kabar kenabian
Muhammad mereka dengar lebih awal lebih baik sehingga tidak kedahuluan bangsa
Yahudi. Dengan jalan inilah mereka akan duduk sama rendah berdiri sama tinggi
dengan Yahudi, karena mereka telah lebih dulu mendapatkan agama baru yang dulu
selalu diklim akan turun dari keturunan Yahudi.
Bagi
Muhammad sendiri, Yastrib bukan daerah asing. Bahkan telah alam wilayah ini
telah menjalin hubungan batin dengan Muhammad. Hal ini dilatarbelakangi oleh
karena; pertama, nenek moyang ibunda Nabi, Aminah berasal dari Ystrib ini.
Kedua, ayahanda Nabi Abdullah juga wafat dan dimakamkan di kota ini. Sehingga
banyak kenangan bahkan juga saudara nabi ada di daerah ini. Kedekatan batiniah
adalah suatu kemestian antara Nabi dan Yastrib. Sehingga sangat wajar jika
perjanjian Aqabah I dan II segera berlangsung karena beberapa faktor yang
melatarbelakangi di atas.
Atas
dasar ini Nabi mulai menganjurkan para saahabatnya yang telah lama menjadi
sasaran kebencian orang-orang Makkah karena menjadi seorang muslim, untuk
hijrah mendapatkan kehidupan yang lebih aman khususnya demi agama mereka untuk
pindah ke Yastrib. Perpindahan ini jelas bukan bentuk dari tidak adanya
keberanian untuk bertahan di Makah, melainkan kecuaali karena perintah Allah
melalui wahyu alQur’an, juga justru dalam rangka melakukan strategi dakwah yang
lain. Jika karena sifat penakut, tentu nabi dan Sahabatnya tidak akan bertahan
seama 13 tahun di Makkah sekalipun dimusuhi orang-orang Makah dengan berbagai
bentuk permusuhan. Atas seruan hijrah ini kaum muslimin secara bergantian,
rombongan demi rombongan segera hijrah ke Yastrib. Palaksanaan hijrah inipun
tidak lepas dari halangan dan rintangan orang-orang kafir Makkah. Menyikapi
rintangan tersebut beberapa orang muslim hijrah dengan sembunyi, dan guna
menghindari kesan dan tuduhan mereka memindahkan kekayaan Makah ke Yastrib,
kaum muslimin tidak membawa harta kekayaan miliknya sendiri di Makah dalam
hijrah. Mereka hanya berbekal sekedarnya seperti mau bepergian beberapa hari
saja. Harta kekayaan, rumah, pekarangan, ternak, dan lainya ditinggal begitu
saja. Bagi mereka yang enting menyelamatkan akidah dan keyakinan mereka.
Mengapa Yastrib menjadi tujuan hijrah, atau mengapa kaum muslimin
berbondong-bondong hijrah ke Yastrib. Mungkin jawaban akan keadaan Yastrib
dengan kondisi geografis yang lebih subur sehingga kehidupannya tidak kalah
makmur dengan kehidupan Makkah, juga menjadi penyebab yang lain.
Nabi
sebagai seorang pemimpin yang bertanggung jawab mempersilahkan semua sahabatnya
untuk berangkat hijrah terlebih dahulu, kecuali Abu Bakar dan Ali sahabatnya
yang paling dekat. Ada beberapa peristiwa dramatis di sekitar keberangkatan
Nabi untuk hijrah ke Yastrib. Pertama adalah adanya siasat kaum kafir untuk
membunuh Nabi sebagai upaya terakhir merintangi dakwah. Ketika pembunuhan sudah
hendak dilakukan dengan mengepung rumah Nabi di suatu malam, Ali diminta Nabi
untk mengecoh para pemuda tim eksekutor rencana pembunuhan Nabi, dengan cara
menggantikan Nabi untuk tidur di tempat tidur nabi. Dengan cara itu, Muhammad
bias lolos dari pembunuhan dan berangkat hijrah bersama sahabatnya yang lain,
yakni Abu Bakar. Kedua, Nabi bersama Abu Bakar berjalan keluar untuk hijrah di
tengah malam dengan menempuh jalan yang tidak biasanya, dan kemudian dengan
singgah dulu untuk bersembunyi dari kejaraan orang-orang kafir, di sebuah gua
yakni gua Tsur. Dalam goa tersebut, nabi dan saahabatnya itu nyaris tertangkap.
Namun terjadilah keajaiban besar yakni, pintu gua tiba –tiba tertutup oleh
rumah laba-laba, sehingga tidak ada kesan baru saja dilalui seseorang.
Disamping rumah laba-laba, juga ada sepasang merpati yang sedang mengerami
telurnya persis di depan gua. Dengan jalan itu, Allah melindungi Nabi dan
sahabatnya tersebut, sehingga orang-orang kafir tidak menemukannnya. Singkatnya,
Nabi akhirnya berangkat dengan selamat untuk melaksanakan perintah Allah hijrah
ke Madinah. Pertanyaan berikutnya adalah apa yangdilakukan Nabi setelah sampai
di Yastrib.
Sebelum Nabi sampai Yastrib,
tepatnya ketika sampai di Quba, tepat sebelah barat Yastrib, Nabi dan kaum
muslimin di daerah tersebut secara bersama-sama membangun sebuah masjid.
Mengapa dibangun masjid? Apa kaitannnya dengan yang hendak dilakukan Nabi di
Yastrib? Adalah pertnyaan kritis berikutnya. Berdasarkan kajian yang dilakukan
oleh Sidi Gazalba, masjid dalam ajaran maupun sejarah Islam ternyata memiliki
fungsi dan peran yang sangat strategis, yakni tidak saja menjadi tempat
beribadah bagi umat Islam, melainkan juga sebagai pusat pembangunan kebudayaan
Islam. Fungsi ini tentu disadari Nabi dan para sahabatnya sehingga Masjid
didirikan sebelum kehidupan Islam di Madinah dimulai.
Pada tulisan ini sengaja tidak diuraikan hal-hal teknis, namun hanya akan
menjelaskan hal-hal strategis dalam dakwah yang dilakukan Nabi di Yastrib. Setelah
kehadiran Nabi, Yastrib dirubah namanya menjadi Madinatun Nabii (kota Nabi).
Secar berurutan yang dilakukan Nabi setelah sampai di Madinah adalah; pertama,
mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Anshar. Muhajirin adalah kaum muslimin yang
baru dating dari Makah. Mereka dating tidak membawa harta kekayaan, kecuali
seperlunya saja. Sehingga mereka memerlukan bantuan untuk melaksanakan
kehidupan di Madinah. Hal lain yang melatarbelakangi kebijakan Nabi tersebut
adalah pentingnya komunitas muslim yang bersatu, solid dalam arti yang luas.
Bisa dibayangkan mereka yang nanti pada gilirannya bertanggung jawab mengambil
peran sebagai embrio masyarakat Islam, tetapi elemen-elemen dalam komunitas
tersebut masih berserakan serta tidak dikoordinasikan dengan baik, tentu peran
berikutnya akan gagal dilaksanakan.
Hubungan persaudaraan yang diserukan Nabi kepda Muhajirin dan Anshar adalah
hubungan persaudaraan yang sangat kuat. Yakni hubungan persaudaraan yang
dibangun atas dasar ikatan akidah, tetapi melebihi persudaraan karena darah
keturunan. Setiap seorang Anshar dipersudarakan dengan seorang Muhajirin.
Muhammad sendiri bersaudara dengan Ali, Hamzah dengan Zaid bekas budaknya, Abu
bkar dengan Kharija bin Zaid, Umar dengan Itban Bin Malik. Denagn persudaraan
seiman dan sekaligus senashab ini komunitas muslim menjadi sangat kuat untuk
bias mengemban tugas dakwah.
Hal
strategik lain yang dilakukan Nabi adalah membuat perjanjian antar komunitas
yang ada di kota Madinah, yakni persaudaraan anatar kaum muslimin, Yahudi, dan
Nasrani. Perjanjian ini dirumuskan bersama-sama antar mereka dibawah bimbingan
dan pengawasan dan tentu prakarsa Nabi. Perjanjian yang sangat penting scara
social dan politik ini disebut dengaan Piagam Madinah. Beberapa dictum isinya
adalah sebagai berikut :
1. Kebebasan Bergama
2. Kebebasan menyatakan pendapat
3. Keselamtan harta benda
4. Larangan berbuat kejahatan
5. Kewajiban menjaga pertahanan wilayah secara
bersama-sama
Inilah
dokumen politik yang telah diletakkan Muhammad 1400 tahun yang lalu. Sebuah
dokumentasi politik yang elok dan baru serta maju, berbeda dengan tradisi
politik yang ada saat itu, yang biasanya sebagai alat bagi sebuah tirani untuk
menguasai. Dengan dokumen ini pada akhirnya kota Madinah telah berubah dari
kota biasa menjadi kota yang terhormat di mata kemanusiaan.
Dua
tindakan strategis (mempersudarakan kaum muslim muhajirin dan anshar serta
piaagam madinah) adalah dilakukan Nabi daalam rangka membawa risalah Islamiyah
(dakwah). Dakwah pada intinya memiliki dua fungsi utama yakni menyampaikan atau
menyiarkan risalah Islamiyah, dan mereaalisasikan nilai serta ajaran Islam
dalam kehidupan sehari-hari. Pertama sebagai fungsi penyiaran risalah Islam
yang sudah pasti dilakukan Nabi serta para sahabatnya guna menjelaskan ajaran
Islam, sehingga masyarakat berbodong-bondong mengikuti dan masuk Islam. Hal ini
terbukti dengan diutusnya Mushab bin Umair ke Yastrib sebelum hijrah. Dengan
fungsi risalah ini, Nabi menjadi sumber rujukan setiap permasalahan yang
dihadapi umat baik individu maupun sebagai komunitas. Nabi selalu menyampaikan
wahyu kepada umat atau sahabat-sahabatnya setiap kali wahyu itu diterimanya.
Disinilah peran Nabi sebagai pembawa risalah memperoleh bentuknya. Saat-saat
tertentu Nabi menjadi sahabat bagi para sahabatnya yang lain, pada saat lain
Nabi sebagai guru atau ustadz bagi sahabatnya.